Pages

25 Dec 2012

HSG kedua di Hospital Serdang

Alhamdulillah...semalam (24/12/12) saya dah selamat menjalani prosedur HSG kali kedua selepas HSG pertama yg lepas tak menjadi. Boleh baca pengalaman HSG saya yang pertama pada entri saya yang lepas.
Pengalaman kedua ni macam ok sikit. Kalau yg first hari tuh perasaan berdebar2 tu sampai tak boleh tidur malam bila dah nak dekat tarikh HSG. Kali ni saya relax jer....tak rasa apa2...cuma bila dah masuk bilik HSG tu jer berdebar2....kumat kamit jugak mulut ni baca doa

lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin

Appointment saya pukul 8 tapi sampai jer org memang dah ramai kt hospital....10 minit lepas register nama saya kena panggil....mula2 cuak sebab yang panggil nama saya lelaki...aikkk...takkan lelaki kot yg nak buat HSG nihh...x boleh jadi nih....dia soh saya tukar baju dan tanya soalan lazim..heheheeh.....
i. Ada alergi tak?
ii. Ada asma tak?
iii. Ada bersama suami tak?

Dah masuk bilik HSG tu barulah saya nampak doktor....fuhhh...nasib baik doktor perempuan...doktor cina.....nurse pon semuanya perempuan dan ada jugak nurse yg perasan muka saya sebab dah dtg last month.....Masa buat HSG tu sakit sikit masa nak masukkan tiub tu.....dan alhamdulillah..dipermudahkan.....masa doktor n nurse masukkan ubat tru tiub tu tak rasa apa2 pun.....dan doktor soh mengiring ke kiri dan ke kanan....dan prosedur kali ni lebih cepat dari yg sebelum ni.........bila dah habis tu nurse cakap dia tak tau result dia dan tanya dengan saya kenapa tak tanya dokor...huhuh..tak terpikir plak nak tanya.......takperlah..result boleh tahu masa next appointment saya dengan doktor gyne nanti......bila dah habis prosedur tu saya terasa ada benda keluar kt "tut" saya..rupanya cecair yg dimasukkan tadi yang keluar dan ada sikit tompok darah..dokor pun dah cakap akan ada tompok darah yg keluar.....tompok darah tu cuma keluar sehari jer....hari ni dah tak ada dah......masa first HSG hari tu tompok darah tu keluar sampai 3 hari.......sakit perut tak ada langsung.......harap2 resultnya ok.....

Lepas selesai semuanya dan dah amik mc saya pergi klinik Gyne nak amik tarikh appointment baru....dapat tarikh 15/1/2012....harap2 semua result ok dan membolehkan saya buat prosidur IUI plak......dan dalam masa menunggu IUI tu harap2 cyst saya akan mengecut dengan jayanya. Cyst saya pun dah mula mengecut selepas saya amalkan jus kumanggo dan GLA Complex Shaklee.






19 Dec 2012

Emosi hari ini : Down

Emosi saya hari ini....down..sgt2 down....kerana baru terima berita gembira yg adik saya dah pregnant....baru 3 bulan kahwin dah pregnant..saya dah 3 tahun belum lagi......sedih sgt2....sepanjang hari air mata berjurai2 tanpa henti.......lepas ni saya terpaksa mengharungi soalan2 cepu emas dari saudara mara....ermm...org yg bertanya tak pikir perasaan org lain..main sedap mulut jer tanya...hari ni saya tak boleh kawal air mata saya daripada turun berjurai2 macam air hujan..nasib baik saya dok dalam bilik....kunci bilik dan tak keluar2..nak tenangkan fikiran....bagi yg TTC rasanya faham apa perasaan saya kan......rezeki saya lambat sikit...tapi tak apalah....ada hikmah agaknya...mungkin tuhan nak beri saya rezeki yag lebih besar selepas ni.......semua tu kuasa tuhan...cuma hari ni emosi saya tak stabil...sedihhh....

17 Dec 2012

Alhamdulillah....cyst dah kecut

Alhamdulillah.....cyst yang mengganggu saya sekian lama akhirnya dah kecut dari 4++cm ke 3.6cm.....Maknanya ada perkembanganlah....harap2 lepas ni cyst ni terus hilang dari hidup saya...ehhehehehe.....

Sepertimana yang saya ceritakan sebelum ni...saya ada amalkan makan jus kumanggo dan GLA Complex dari Shaklee...alhamdulillah...selain tu saya juga amalkan makan kurma.....yang mana satu yg beri kesan saya tak tahu..rasanya semua yang saya amalkan memberi kesan pada cyst saya.......yang pasti, darah period saya dah tak keluar berketul2 lagi....dan perut rasa lebih ringan...kalau ada kawan2 yang ada masalah cyst bolehlah cuba GLA Complex ni sebab saya dah mencubanya dan berhasil walaupun ambik masa sikit.....

Sekarang ni saya nak teruskan treatment @ hospital serdang untuk try untuk pregnant...Semoga tahun 2013 ada sinar baru dalam hidup kami sekeluarga dengan kehadiran baby comel....doakan saya .....huhuhu...:)...
Saya akan menjalani prosidur HSG sekali lagi pada 24/12/12 ni.....harap2kedua-dua tiub saya tak tersumbat......insya allah.......dan tak sabar rasanya nak proceed pulak dengan IUI...dan kalau ada rezeki saya tak perlu nak buat IUI....tapi tak kisahlah.......janji saya berjaya pregnant dengan jayanya ......

7 Dec 2012

Menunggu rawatan seterusnya

Ernmm....terasa lama plak nak tunggu next cycle untuk period sebab nak proceed untuk next treatment......First period nanti saya kena call hospital untuk set appointment untuk buat HSG pada D10......lepas habis jer HSG kena set appointment plak dengan doktor kt untuk rawatan seterusnya. Doktor cakap appointment untuk kesuburan akan dibuat 2 minggu selepas HSG sebab nak dapatkan result HSG tu dalam 2 minggu......Lepas tu kena lah tunggu next period untuk proceed makan clomid start pada D2. Then boleh proceed terus dengan IUI kalau x ada apa2 halanganlah.

So, sementara menunggu tu saya hanya mampu berdoa dan amalkan pemakanan yang sihat dan vitamin tambahan. Mana tau kan.....dalam menunggu tu, saya boleh pregnant secara semulajadi. Sebab ada kes yang doktor bagitau saya, ada pesakit yang tengah tunggu nak buat IUI, akhirnya pregnant tanpa bantuan clomid dan IUI...best kan...ada jugak yg saya baca dalam forum, ada yang berjaya pregnant dalam bulan yang sama buat HSG...maybe masa tu, proses HSG bantu bukakan saluran untuk memudahkan pregnant. Kuasa Allah...Tak ada siapa boleh nafikan..walaupun kadang2 doktor kata mustahil...tapi berkat doa dan usaha, semua tu tak ada yang mustahil......saya tetap percaya yang itu.........

Antara pemakanan yang saya amalkan ialah
1. Ambil vitamin tambahan untuk meningkatkan kesihatan badan
2. Makan buah kurma setiap hari. (Saya pun tak tahu berapa biji saya makan sehari. Ikut suka jer)
3. Minum jus kumanggo yang dikatakan dapat memperbaiki dalaman wanita selain dapat mengecutkan cyst.
4. Makan ubat homeopathy Dr Hassan (klinik ni kt PKNS, Bangi..cubalah)
5. Tak sentuh jeruk langsung walaupun itulah makanan kegemaran saya dulu.
6. Makan asif folic (setiap kali appointment doktor bagi so makan je lah kan bagi persediaan un tuk mengandung nanti....Insya allah)



3 Dec 2012

Sekadar MOTIVASI kepada TTC sekalian


Bukan mudah menjadi orang yang TTC ni..apalagi kalau sudah bertahun2 berkahwin....soalan2 cepu emas tak lekang dibibir org2 yang tidak pernah faham hati dan perasaan kita..nak tak nak itulah yang kita perlu hadapi....Mungkin nasib kita tidak sebaik mereka yang cepat dikurniakan rezeki pregnant.....dah bahagian kita lambat..tapi percayalah..setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.....

Bohonglah kalau saya katakan saya tidak tertekan, sedih , jeles dan sebagainya...berita orang tiu, orang ini pregnant kdgkala bagaikan satu halilintar bila mendengarnya..apa lagi diselangi dengan pertanyaan2 yang tak sepatutnya ditanya kepada kita.........bila saya suft internet, join forum, baru saya tahu bahawa saya tidak keseorangan......ya....saya tidak keseorangan......ramai yang senasib dengan saya....dan itulah pembakar semangat saya kerana sama2 berkongsi masalah dan suka duka.....hanya orang yang berada dalam keadaan yg kita lalui saja yang faham....lain2 cuma tahu memandang sinis....menghina secara tak sedar dan sebagainya....

Sebenarnya kita golongan TTC ni bertuah sebenarnya.....

1. Sebab kita diberi ujian dan dugaan hebat ni.....tuhan tak akan menduga dan menguji kalau Dia rasa kita tak mampu nak harungi semua tu...

2. Bertambah2 ilmu kita sebab masalah yang kita hadapi ni membuatkan kita sentiasa mencari jalan penyelesaiannya... Pernah masa saya jumpa doktor untuk rawatan kesuburan saya ni, doktor macam terkejut bila saya tau apa yang dia ckpkan...sampaikan doktor tu tanya saya, "Mana tau semua ni?" saya jawab, "Saya banyak membaca doktor"...kebetulan masa tu ada ramai student yang sedang jalani praktikal dengar dan doktor siap cakap dengan student dia, "Tgk, pesakit ni pun tahu dari awak semua, malu sikit"...tiba2 rasa kembang sikit..ehhehehehe.......
Percaya atau tidak kadang2 kita golongan TTC ni banyak ilmu yang kita dapat sebenarnya..dan kita menjadi semakin peka dengan kesihatan diri sendiri.....Dulu2 masa belum kahwin saya pun x ambil hal sangat benda2 kesuburan ni, bila dah termasuk golongan TTC ni...banyak benda yang saya cari dan pelajari.......

3. Secara tak langsung, kita akan bertambah dekat dengan Allah kerana setiap hari kita berdoa untuk dikurniakan zuriat....ada banyak doa dan zikri yang boleh kita amalkan....Insya Allah....saya sendiri mengamalkan doa2 dan zikir yang saya ambil dari blog2.....hati pun tenang.......selain mencuba cara moden, doa juga penting......Tuhan tu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita........

Kepada semua kawan2 yang senasib dengan saya, marilah kita sama2 sentiasa positifkan diri...perasaan rendah diri  dan segalanya tak dapat dielakkan tapi mungkin boleh dikurangkan ........Kesulitan dan dugaan yang kita lalui ni akan membuatkan kita bertambah kuat!


1 Dec 2012

Kesan HSG

Isnin lepas (26/11/2012) saya dah buat HSG tapi kena buat balik next cycle atas sebab-sebab tertentu. Boleh baca kt entri saya sebelum ni. Nak tau apa kesannya....huhuhuhu...

Masa lepas selesai tu saya ada bleeding sikit...Dalam 2 hari bleeding tuh. Tapi darah yang keluar taklah macam darah period keluarnya tak henti...cuma setompok2 macam tu lah......Lepas 2 hari dah okay dah..cuma ada macam keluar coklat2 sikit..macam dah nak habis period tu.......Masa hari pertama tu memang rasa macam tak selesa sikit kt 'tut' tu......tapi okay lagilah...tidur jer sepanjang hari lepas balik tu......

Lepas habis bleeding tu saya rasa macam gatal2 plak badan ni terutamanya kt bhgn 'tut' tu....saya ingatkan gatal2 biasa jer..lama2 cam lama plak kan...ishhh....xtang tu yg tak tahan tu..bleeding dah habis..gatal2 plak.....sampai hari ni (dah 6 hari) still gatal2 lagi.Sampai kena selalu g toilet.....huhuhuh.....kalau tak okay gak gatal2 ni...ingat nak ajak hubby g klinik....ishhh.....maybe saya alah kot ubat dia...sebab tu gatal2....Hopefully lepas ni dah okaylah.....Lain org maybe lain kesannya..:)


29 Nov 2012

Positif untuk ketenangan

Dalam keadaan sekarang ni, berfikiran positif adalah penting.....jangan terlalu berfikiran negatif..walaupun macam2 keputusan yang doktor bagitau.....jangan stress kan kepala tu sebab bila kita negatif apa pun tak boleh jadi...

Macam situasi TTC macam saya sekarang ni...apa2 pun yang orang cakap, kutuk, sinis dan sebagainya saya akan cuba untuk terus berfikiran positif...bergaul dengan orang yang sentiasa positif juga boleh membantu......lagi satu kalau boleh elakkan dari bergaul dengan orang yang sentiasa negatif ni sebab ia akan buat kita lebih stress.......

Contohnya, saya pun ada seorang kawan yang TTC juga seperti saya....bezanya dia dah 10 tahun TTC berbanding saya 3 tahun......bila ada jer org yang pregnant dia bagitau saya dan dia pun sentiasa berfikiran negatif...itu lah..ini lah....daripada saya ni rasa kepala tenang....lagi berserabut pulak...senang cerita elakkan diri..huhuhu..sebab saya tak suka fikiran negatif dia menguasai dan mengganggu saya.........

Saya percaya pada doa..walau apa pun yg doktor cakap..orang di luar sana cakap..walaupun saya sedikit tertekan..saya tetap percaya....dengan izin Allah..segalanya mungkin....dan dengan sebab itu jugalah..selain mencuba secara fizikal (jumpa doktor, makan vitamin macam2 dan sebagainya)...saya juga sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat...sebab saya percaya kepada kuasa doa itu......kerana sebelum ini saya pernah menghadapi dugaan yang hebat hinggakan saya hanya berserah sahaja dengan berdoa selepas habis usaha dah....alhamdulillah.....segalanya dipermudahkan........

Bila kita berfikiran positif, percayalah...kita akan menjadi lebih tenang....Insya allah...buat TTC semua..sama2lah kita positif satu hari nanti kita akan merasai nikmat yang tidka terhingga itu.....

p/s: Dugaan itu HEBAT, sehebat NIKMATNYA....

27 Nov 2012

Prosedur HSG @ Hospital Serdang

Seperti yang dijanjikan. Hari ni saya nak story sikit tentang prosedur HSG yang saya dah buat semalam. Malam sebelum tu saya memang dah tak lena tidur....pikir macam2..apa yang saya baca tu membuatkan saya takut sikit..ada yg cakap sakit..ada yang cakap tak sakit....huhuhu..tang yang sakit tu yg saya seram sikit. Appointment saya dalam pukul 10 pagi n saya sampai dalam pukul 9.30 pagi....En hubby sibuk mencari parking. parking kt sini mmg susah sikit..aduyaiiii......So dengan hati yang berdebar2 saya pun masuk daftar.......then saya disruruh tunggu sekejap...dalam 5 minit lepas tu nurse panggil nama saya...alamak...cepatnya panggil..hehehehe.......dah la takut ni.....dia nak interview dulu....tanya ada alergi ke tidak.......saya cakaplah..saya x ada alergi apa2 pun buat masa sekarang ni.....

Tak sampai 5 minit lepas interview tu nurse panggil nama masuk bilik xray....lagilah berdebar kan...muka cuak giler......dalam hati "alahai....kenapa cepat sangat panggil ni...."....mulut ni dari semalam memang tak lekang baca doa nabi yunus tuh.....

Nurse soh tukar baju untuk xray...sempat lagi tanya kat nurse tu ,...sakit tak?..nurse cakap tanya doktor..ehhehehe......prosidur dia macam pap smear jugak....kena kangkang kaki tu luas2....bila doktor masukkan alat dia tu....ermm....memang sakit jugak....susah nak gambarkan sakit dia......doktor pompuan...okaylah...

Pastu...ada problem lak...doktor cakap x nampak apa dalam skrin xray tu..alamak...apa plak ni.........rasa dah macam experimen dah ni.........pastu masuk plak 3 orang doktor lelaki nak tgk...maybe doktor pakar kot...alamak............malunyerrrrrr...tahan je la malu....

Adalah dalam sejam jugak dalam tu...godek sana godek sini...huhuhu...last2 doktor cakap dah...tapi tak dapat buat sebab sepatutnya akan dimasukkan tiub khas utk check tiub kita tu okay ke tidak....tapi disebabkan tiub tu dah habis stok ..diaorg guna besi...alat besi tu plak x boleh nak masuk n sakit...so....hasilnya....kena tunggu next cycle period untuk buat lagi sekali.......alamakkkkkkkk....kalau boleh tak nak tempuh dah HSG ni.....huhuhuhu.......yg dapat prosedur ni sakit jer lah...n ada bleeding sikit..nurse bagi pad.....

Bleeding ni sampai hari ni ada lagi...hopefully esok dah x ada bleeding lagi lah.....

So, saya kena tunggu next cycle period untuk buat HSG ..kalau tiub saya ok..doktor akan proceed dengan IUI...kalau tak ok....proceed dengan IVF...hopefully tiub saya ni oklah........harap2 sangat.......bila pikir2 macam2 betul dugaan.....tapi saya kena lalu jugak benda2 ni untuk baby....maybe rezeki saya payah sikit....tapi x apalah.....bersabar ajer lah kan...harap2 doakan saya berjaya lalui semua ni.....:)


23 Nov 2012

Ujian HSG minggu depan....takutnya!

Seperti yang dijadualkan......saya akan menjalani ujian HSG minggu depan (26hb November 2012)...perasaan?...macam2....takut dan sebagainyalah.....yelah....dari apa yang saya baca di forum2 dan blog..ada yang cakap sakit dan sebagainya......semua tu ikut penerimaan badan masing2........tahlah.....lagi dekat dengan tarikh tu lagi gerun plak rasanya.......macam2....tapi saya ada terbaca dalam satu blog elok diamalkan baca doa Nabi Yunus masa berada dalam perut ikan yu@paus:

lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin

Doa ni boleh dibacakan bagi mengurangkan kesakitan. Doa ni biasanya diamalkan bagi mereka yang nak melahirkan anak..supaya senang nak melahirkan..

Anyway...wish me luck minggu depan yer.....:)

Tertekan...sedih dan sewaktu dengannya

Bagi TTC ni perasaan sedih, tertekan dan sebagainya memang dah menjadi darah daging...chewaaahhh...huhuhuhu.......kenapa?....sebabnya sekarang ni ramai sangat artis yang berlumba2 nak umumkan kehamilan masing2...siap letak pregnancy test lagi.....nak2 yang baru berkahwin 16 hari tuh...si DD dan Farid Kamil..hehehe..anyway....happy for both of them...cuma ada rasa sedih sikit bila dengar citer2 org pregnant ni......terfikir...bila lah masa saya nak tiba ni.....tapi cuba jugak tenangkan hati ni....Insya allah.....

Kadang2 tu terfikir gak tak nak buka FB dah dengan baca gosip2 artis yang mengandung ni....maklumlah...sedih rasa hati ni...hiba jer.....walaupun diaorg ni tak salah pun..hehehehe..sajer je nak sedih2 kan.......itu belum bab2 tgk kwn2 kat ofis lagi yang sorang2 buncit pastu bercerita pasal anak masing2....huhuhu..dugaan sungguh.....tak habis kat ofis...kt kampung plak mengadap saudara mara ni....macam tak ada soalan lain nak tanya.......dah nampak perut tu tak buncit2 tak payahlah menambahkan sakit hati bila bertanya tu kan...dah nampak berdua tak payahlah tanya " berdua ker?"....tolong jaga sensitiviti orang lain....huhuhuhu.......Bertanya tu sebenarnya bukannya nak simpati dengan kita tapi dengan nada sinis...HINA sangat ke kami golongan TTC ni...kami tak mintak pun.......kami pun berusaha macam orang lain...cuma rezeki tak menyebelahi kami......rezeki itu hak Allah....kami hanya mampu berdoa...

Tapi bila di fikir2kan.....ada hikmah disebaliknya.....bila tuhan turunkan dugaan macam yang TTC sedang lalui ni, terasa diri ni masih banyak yang perlu dipelajari dan mendekatkan diri kepadaNya.....berdoa dan terus berdoa kerana itulah senjata kita orang Islam. Yang itu tak perlu dipertikaikan.....

Teringat saya kata2 kawan saya yang hampir 4 tahun berkahwin baru dikurniakan anak...."Aku nak merancang pun tapi tuhan tu tahu bila Dia rasa kita betul2 dah bersedia untuk menjadi ibu"..

Mungkin ada hikmah lain di sebalik ujian yang tuhan turunkan pada aku ni dan TTC semua....cuma kita yang tak nampak....cuma jangan sesekali pandang hina pada kami.....:)

p/s: kalaulah saya diberikan nikmat untuk mengandung dan menimang cahayamata, Insya allah saya tak nak melukakan hati orang lain dengan soalan2 yang menyentuh perasaan......sebab saya sendiri dah melalui perkara tersebut....Ya allah.....berilah aku nikmat itu ya allah......nikmat yang didambakan oelh semua wanita di dunia ini..lambat atau cepat itu adalah dengan kehendakMu......berilah aku kekuatan untuk menghadapinya...



16 Nov 2012

Rawatan seterusnya di Hospital Serdang

Lama pula rasanya tak menulis di blog ni. Bersawang dah rasanya....Okaylah sebelum ni saya ada tulis tentang rawatan yang saya dah lalui di Hospital Serdang dan antara usaha-usaha saya untuk mengecutkan cyst selain mencuba dan terus mencuba untuk pregnant.

Sebenarnya sebelum ni saya dah dijadualkan untuk menjalani laparoscopy pada 31 Oktober 2012 tetapi telah ditangguhkan sehingga 16 November 2012. Maknanya pada hari saya menulis entri ni saya sepatutnya dah menjalani prosedur laparoscopy ni. Ehh..kenapa saya masih berblog lagi nih...huhuhu...

Jawapannya ialah...sebab tak jadi lah...hhehehe.....masa second appointment hari tu.....doktor ada syorkan untuk buat operation. Bukannya laparoscopy. Sebab saya ada history cyst dan doktor nak bukak (bahasa doktor la kot) untuk senang nak kenalpasti. Masa tu doktor ada terangkan implikasi pada operation tu dan membuatkan saya dan husband gerun sikit sbb kalau boleh saya tak nak lalui lagi operation macam 4 tahun lepas...nak elakkan.....so doktor bagi option..nak teruskan boleh tak nak pun boleh..dia x nak paksa...so kami decided untuk tidak teruskan.....so my husband tanya doktor boleh tak untuk kami teruskan dengan IUI. Doktor kalau boleh nak kami selesaikan masalah cyct ni dulu sebab kalau condition rahim tidak bagus mungkin susah untuk baby lekat dan sebagainya....tapi dia juga tidak menolak kemungkinan kalau dah rezeki dari Allah nak bagi..bila2 masa Dia boleh bagi pada kita..asalkan kita berusaha...

Memang betul kita perlukan pandangan doktor dan tak salah kalau kita nak usaha cara lain kan. Saya kalau boleh tak nak lagi melalui proses operation yang menyakitkan tu. Selain ke berMC selama 2 bulan dan perlu disuntik ubat hentikan period untuk 6 bulan, cukup2lah pengalaman lepas. Saya sentiasa berfikir +ve selagi kita berdoa dan berusaha..InsyaAllah ada jalan untuk kita

Doktor bagitau pada kami husband n wife dia boleh proceed dengan IUI kalau kami nak cuba. Mana tau ada rezeki..itu semua kerja Allah.....So...untuk next cycle bila firt period saya kena call hospital untuk dapatkan tarikh HSG.



HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir ke dalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG ni biasanya dibuat pada hari ke-10 period tapi saya dapat tarikh hari ke-13. Maybe ramai yang buat appointment. Bila dah buat HSG dan confirm yang tiub ok barulah boleh proceed dengan IUI. Harap2 ujian HSG saya adalah normal dan baik. Mungkin ini jalan yang perlu saya lalui untuk mendapatkan zuriat. :)

Nanti saya update cerita next appointment saya ok.

p/s: Saya masih mengamalkan minum jus kumango dan pengambilan vitamin Shaklee (GLA Complex) bagi penyelesaian masalah cysts saya ni. Mudah2han.....berhasil.




7 Oct 2012

Mesti kecutkan cyst sebelum next appointment!

Saya mesti berusaha untuk memastikan cyst saya kecut sebelum next appointment. Next appointment saya dijadualkan untuk buat laparoscopy. So harap2 saya tak perlu jalani prosidur tuh......doakan saya yer kawan2.....


Dalam masa yang tak sampai sebulan ni, saya harus sentiasa positif yang cyst saya akan kecut...insya allah....antara usaha yang saya sedang buat ialah:

1. Minum jus monavie
2. Minum jus kumango
3. Makan vitamin GLA Shaklee (boleh baca testimonial yang dah makan vitamin ni)

4. Baca doa kecilkan bengkak sebanyak yang mungkin (sebagai umat Islam, doa adalah senjata kita, berdoalah dengan yakin, insya allah)


" Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai  yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."

*Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari


5. Solat hajat mohon agar cyst ni semakin kecut. Insya allah.

Ini je yang termampu saya doa supaya dipermudahkan segalanya. Saya akan berkongsi dengan korang semua hasilnya nanti yer...Doakan yang terbaik untuk saya....

Buat apa nak balik awal? Ko kan tak ada anak!



"Buat apa nak balik awal? Ko kan tak ada anak!" Ermm....korang pernah tak dapat statement macam tu?...huhuhuhu..mesti adakan....sipi2 pun mesti adakan......itulah yang saya lalui semalam masa kenduri di rumah mertua saya........

Apa perasaan korang kalau korang kena sound macam tuh..bagi yg TTC macam saya ni amatlah sensitif ok...maknanya kalau orang yang ada anak jer lah boleh balik awal tanpa kena buat keje...dia sorang je ke yg ada ANAK?...ermm.....sudahlah saya datang dari pagi sampai ke tengah malam tak balik2 lagi semata2 nak memastikan kenduri tu berjalan lancar..penat lagi dengan sakit pinggang sampai kena makan ubat penahan sakit.......tapi buat jugak kerja....BIRAS saya yg sorang lagi?....ermm.........tak boleh datang katanya....anak tengah lasak....opss...anak org lain tak selasak dia agaknya.....MAYBE...tup2 sampai bak VVIP dengan family dia....udahlah tak datang menjenguk muka + menolong.....datang pulak bak VVIP..alasan dia satu jer...I ADA ANAK....ANAK I LASAK........okay...saya kan x ada anak..so.sayalah yang kena dok dapur tu dari pagai sampai malam okay...

Bukannya saya nak merungut pasal kena dok dapur tu..tapi sekurangnya hargai apa yang saya dah buat dan bukannya menyindir bila saya yang dah tak boleh nak berdiri lagi ni sebab penat bila nak balik rumah......jangan suka2 hati nak menyindir2 saya..saya dah cukup penat okay........dan untuk orang yg ada ANAK tu...org lain pun ada anak.....berderet2 lagi..takderlah nak kena monitor 24jam..time makan boleh pulak bergelak2 makan sampai badan dah bulat....x der plak anak lasak time tu..

ermm....rasanya blog ini tempat saya meluah perasaan sebab kalau luah dalam blog nanti orang tau plak yang siapa yang saya maksudkan....saya berharap bila saya dah dikurniakan anak nanti saya tidak akan bertanyakan soalan2 sensitif pada orang yang belum ada rezeki anak tu..insya allah....:)

maaf..saya memang agak sensitif sejak akhir2 ni....semoga rawatan saya di hospital serdang tu ada sinar harapan untuk saya....doakan saya.....:)

2 Oct 2012

Rawatan pertama di Hospital Serdang

Salam semua..seperti yang dijanjikan....hari ni saya nak story sikit tentang rawatan pertama saya di Hospital Serdang. Sebenarnya saya berdebar2 jugak nak pergi maklumlah takut nak jumpa doktor....macam2 dalam otak ni..itu lah..inilah.....

Sampai hospital awal pagi tapi nak carik parking agak susah....sementara nak tunggu kawan saya yg nak guide saya kt sana, saya dan husband pergi makan dulu kt  cafe....harga boleh tahan mahal..huhuhuh....

Then saya pergi daftar sebab saya belum ada rekod lagi kt sana.....proses untuk pendaftaran untuk dapat buku rawatan taklah terlalu lama......nampak cepat jugaklah kaunter dia bergerak..disebabkan saya daftar atas nama UPM so cepat sikitlah proses dia sebab pesakit tak ramai.....letak kad rawatan terus timbang berat dan ambil tekanan darah.semuanya ok..agaknyerlah kot...nurse tak cakap apa2 pun..hehehe...pastu di bawa ke ruang menunggu sementara tunggu doktor panggil.....

Kawan saya dah cakap awal2, student (student tahun akhir utk medical) ni memang ramai nak tanya itu dan ini..layankan ajerlah..sebab diaorg ni nak belajar kan....sian plak......walaupun mak aiii..byknyer soalan dia tanya..huhuhu...

Dalam 10 minit lepas tu barulah doktor panggil saya..masa tu, dikelilingi dalam 5 orang student yg nak belajar...layankan ajerlah sebab doktor dia baik..lembut jer....PR dia memang sgt sebab buat saya selesa.....huhuhu...

Saya kenalah ceritakan semua history saya sebelum ni b4 rawatan seterusnya.....then saya kena buat scanning utk tgk keadaan rahim dan cyst...resultnya..saya ada cyst sebesar 4cm dan fibroid....ermm....sedih gak..tapi doktor cakap saiz tu x ada masalah sebab tak besar sgt. Then saya kena buat pap smear,.....aduyaii...ni yg saya x nak ni..sebab saya tak ready pun dengan first appointment nak kena buat pap smear tapi mmg x boleh nak elak.....masa buat pap smear tu saya agak tegang dan sakit sikit....hhuhuhu.....sampai doktor suruh saya relax.....maybe byk sangat baca itu dan ini kot....sakitlah...itulah...ermm..sebenarnya doktor ckp x sakit pun kalau kita relax sikit....maybe first time kot buat pap smear tu.....

Disebabkan saya ada history cyst tu so doktor cadangkan utk saya buat  laparoscopy...utk tgk keadaan dalam...sebenarnya saya fobia sikit sbb dulu saya saya dah pernah buat operation cyst  ni...

Laparoscopy ni sebenarnya adalah satu prosidur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranaka wanita. Melalui satu hirisan pada perut, laparoscopy memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri. Pemeriksaaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat mengapa wanita gagal hamil.

Pakar bedah akan buat 2-3 hirisan pada perut lebih kurang 1cm panjang dan satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan ke dalam abdomen untuk halang usus menghalang penglihatan. Kemudian satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej dirakamkan di dalam perut .

Sumber: portal.alamhamil

Rasanya saya redha jelah kalau doktor nak buat laparoscopy ni..harap2 menjelang tarikh yang diberikan utk prosidur tu cyst saya dah kecut sepenuhnya..Doktor pun cakap..bykkan berdoa...kita sebagai org Islam ni, akhirnya berserah juga dengan berdoa kepadaNya...Next appointment saya next week untuk ambik darah pulak....

Apa2 pun saya harap saya tak perlu lalui prosidur laparoscopy ni...huhuhu.....kalau dah selesai semua barulah saya akan dirujuk ke pusat kesuburan untuk rawatan kesuburan..harap2 semuanya berjalan lancar...:)

Okaylah, nanti saya story lagi cerita tentang next appointment saya yer....

26 Sept 2012

Usaha kecutkan Cyst dengan Jus Kumango dan Jus Monavie

Salam semua.......sebelum ni saya ada nyatakan yang saya ada cyst yang saya agak menghalang untuk saya mengandung dengan cepat...tapi..apa2 pun itu semua kuasa tuhan kan..kalau dia nak bagi..bila2 pun dia bagi....cuma orang sekeliling ni tak henti2 nak bertanya.."Bila lagi ni?..."Berdua lagi?"..fuhh....please lahh.....jgn tanya boleh.......emo sikit...huhuhu....

Okaylah berbalik pada tajuk post saya ni..mmg skrg ni saya dalam usaha untuk terus 'melenyapkan' cyst saya ni...syohhh...pergi jauh2 .....hehehehe....apa yang saya buat sekarang ni...saya minum jus Kumango dan Monavie.....masa tu saya sajer surf internet..terjumpa tentang juskumango ni.....alhamdulillah....rasanya sebelum ni cyst saya hampir 5cm mengecil menjadi 3.2cm...saya makan dalam tempoh 3 bulan....lepas tu saya stop kejap makan jus ni..n bahananyer....cyst saya bertambah balik ke 4cm...huhuhu...n now, saya start minum balik kedua-dua jus ni.....dan alhamdulillah period saya tak sakit sangat....maybe 1hb Oktober nanti saya nak g scan lagi...nak check saiz cyst ni......sebab 2hb saya ada appointment di Hospital Serdang untuk rawatan kesuburan.....harap2 dipermudahkan....

Oh ya..mana ek nak dapat jus kumango dan monavie ni.....jus kumango ni biasanya saya beli online jer......dengan agen dia.....monavie boleh dapat kt Giant, Tesco dan mana2 kedai pun ada rasanya sekarang........

Ni cerita tentang pengguna Jus Kumango dari Kosmo:


KOORDINATOR klinikal dan pensyarah kejururawatan di Kolej Lincoln, Petaling Jaya, Selangor, Noor Shakinah Hassan Basri, 43, pernah disangka hamil kerana perutnya yang buncit.
Malah, gaya beliau berjalan juga sering menimbulkan tanda tanya mereka yang memerhati.
“Saya disahkan mempunyai ketumbuhan fibroid berdiameter empat sentimeter pada kedua-dua belah ovari pada tahun 2000.

“Setiap kali datang haid, saya akan mengalami pendarahan yang teruk. Darah yang keluar berketul-ketul dan saya perlu menukar tuala wanita hampir setiap lima minit.
“Insiden darah terkena pakaian juga terlalu lazim, biarpun sudah masuk hari ketiga haid. Malah, setiap kali datang haid, saya tidak akan duduk kerana risau akan ‘kebocoran’.
“Sakit akibat senggugut juga mengganda menyebabkan saya kerap ambil cuti sakit, hilang mood ketika mengajar dan perlu makan ubat penahan sakit.
“Hendak berjalan pun dirasakan sukar,” dedahnya yang pada waktu itu akan mengalami haid sehingga sembilan hari.

Tatkala didatangi haid juga Shakinah akan tidur berasingan daripada suami di atas tikar getah di lantai bilik tidur.
Biarpun sering memakai baju dan seluar yang besar serta longgar bagi mengelakkan perut buncit itu kelihatan terlalu jelas, Shakinah tidak dapat berbuat apa-apa dengan caranya berjalan.
“Ketumbuhan itu menyebabkan pembengkakan pada bahagian bawah perut. Jadi setiap kali berjalan, saya merasakan geselan pada bahagian itu. Ia bukan saja tidak selesa, tetapi juga menyakitkan,” kongsi Shakinah.

Sebelum itu, pada tahun 1996, Shakinah disahkan menghidap endometriosis, iaitu keadaan yang berlaku apabila tisu endometrium tumbuh di luar rahim. Akibatnya, Shakinah mengalami keguguran sehingga dua kali.

Rentetan daripada itu, Shakinah menjalani pembedahan untuk mengikis dinding rahim, membuang fibroid dan mengambil suntikan untuk menghentikan haid sehingga enam bulan.
“Ubat herba Cina yang paling pahit pun saya makan tetapi fibroid tumbuh lagi di tempat yang sama selepas itu,” katanya yang berkahwin pada tahun 2006.
Secara kebetulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Lincoln, Prof. Datuk Dr. Ir. Badaruddin Nordin sedang membuat kajian tentang khasiat buah kumango atau Star Apple.
NOOR SHAKINAH disahkan menghidap fibroid pada tahun 2000.



Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu mendapati buah tersebut mengandungi elemen terapi yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

“Saya orang pertama mencuba air buah itu. Disebabkan ia dihasilkan daripada buah dan tidak dicampur sebarang bahan kimia, saya berani mencubanya.
“Hanya selepas seminggu mengambil air buah itu, saya tidak lagi mengalami pendarahan haid yang melampau.
“Untuk mengesahkan keadaan fibroid dan endometriosis di dalam rahim saya itu, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk melakukan imbasan bunyi.

“Doktor itu mengatakan saiz fibroid saya yang asalnya ialah tiga sentimeter sudah mengecut kepada satu sentimeter,” kenang Shakinah.

“Perut saya juga semakin kempis dan sekarang saya boleh menyarungkan baju kebaya dan berkasut tumit tinggi. Saya juga semakin yakin dengan diri sendiri,” tambahnya.
Malah, tiga bulan selepas mencuba air buah kumango yang dipopularkan sebagai Bio-99 itu, Shakinah disahkan hamil.

Malangnya Shakinah keguguran sekali lagi semasa kandungan mencecah usia empat bulan akibat terjatuh dari tangga kapal terbang.
“Sekurang-kurangnya usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Itu tempoh paling lama saya hamil berbanding sebelum ini di mana saya gugur belum pun usia kandungan mencecah tiga bulan,” ujarnya positif.


Harga Jus Kumango ni RM99. Kalau masuk kos penghantaran kena +RM20. So harga dia RM119. Jus Monavie yang saya beli dalam harga RM120. Harga lain2 ikut agen yang menjual...Bagi korang yang ada masalah cyst tu tak salahkan kalau nak mencuba.....dan sekarang kedua jus inilah yang saya cuba..alhamdulillah....dan setiap pagi juga saya akan makan buah kurma dan madu......mudah-mudahan dipermudahkan semuanya....doakan saya yer kawan2......harap2 tahun depan tak perlulah saya menjawab soalan2 cepu emas lagi...huhuhu...



 

16 Sept 2012

Rawatan IUI dan IVF

Bagi pasangan yang sudah lama mengharapkan kehadiran cahayamata seperti saya pasti tercari2 rawatan lain yang akan dilakukan bagi mendapatkan cahayamata. Sebenarnya saya tidaklah terfikir untuk mendapatkan rawatan kesuburan di mana2 hospital dan klinik tetapi bila ada ajakan dari kawan saya yang nak buat rawatan IVF di HUKM, tiba2 hati saya terdetik...."tak salah rasanya kalau aku nak mencuba kan"...sebenarnya saya agak takut nak buat rawatan ni.....saya banyak google tentang IUI dan IVF ni......salah satu blog yang saya sangat suka akan informasi dan pengalaman dalam IUI ialah littlemamadiary.

                                                                         IUI

                                                                                IVF

Pengalaman Puan Ros yang melalui proses IUI dengan penuh sabar memang menaikkan semangat saya untuk mencuba rawatan ini. Kadang2 doktor hanya memberi ramalan tapi tak salah kalau kita mencuba sebab doktor bukan tuhan. Ada juga yang pernah diramal tidak boleh mengandung, melalui IUI dan IVF tapi masih tidak boleh mengandung, akhirnya mengandung secara semulajadi.......itu semua kuasa tuhan...cerita beginilah yang menguatkan saya untuk terus mencuba...

Okaylah berbalik pada rawatan yang saya nak buat ni...insyalah pada 2 Oktober 2012 ni saya ada appointment di Hospital Serdang......ada banyak pilihan hospital sebenarnya tapi saya memilih Hospital Serdang sebab berdekatan dengan rumah saya dan ada kawan yang boleh guide saya sebab dia pun sedang menjalani rawatan di sana....

14 Sept 2012

Sensitifkah saya?

Bagi korang yang diluar sana yang senasib dengan saya, tipulah kalau saya katakan kalau kita tak pernah terasa atau sensitif dengan soalan2 cepu emas yang diberikan......terutama sekali bila tibanya hari raya dan kenduri kendara..rasa nak lari pun ada....nak lempang pun ada...ehehhehe......(gurau jer)...

Agak2nya diaorg ni suka kot nak tanya soalan2 yang menyakitkan hati ni...."Bila lagi ni?"....Haii....berdua jer ker...bila nak bertiga?"...... "Anak orang lain dah berlari, korang bila lagi ni?"...pergghhhh...soalan2....x pernah tak menyakitkan hati....cubalah faham perasaan orang yang tergolong TTC ni...hati mudah terasa, sensitif.....muka memang manis tersenyum tapi hati siapa yang tahu..kadang2 air mata pun dah bergenang....

Kalaulah dapat anak tu semudah ABC.....tak apalah..semua tu rezeki masing2..ada bahagian masing2 yang tuhan dah tentukan...cepat atau lambat itu urusanNya....kita hanya mampu berdoa padaNya...

Ada satu insiden yang paling saya tak boleh nak lupakan bila biras saya yang dah ada anak ni...dengan selamba sound saya bila saya cuma tanya kenapa nak balik awal sgt (sedangkan baru sampai dan menolong masak pun tidak di rumah mertua).....jawapan dia dengan sinisnya...." Kita ada anak kat rumah".....aduuhhh...pedihnya...yelah kan ...saya ni tak ada anak......kenalah tunggu sampai majlis habis sambil membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun tu (bukan mengeluh tapi terkilan ...huhuhu)....

Ya...memang saya sensitif setiap kali orang bertanya soalan2 cepu emas ni....dan di dalam blog inilah saya nak meluahkan apa yang saya rasa dan nak berkongsi dengan yang senasib dengan saya.....setiap kali nampak status dalam FB kawan2 yang dah pregnant lagilah luluh hati saya......belum masuk kawan2 kt ofis..lepas kahwin jer terus buncit...huhuhuhu...jeles jugak tapi belum rezeki saya kan....mungkin rezeki saya lepas ni ker...sapa tahu kan ada ganjaran untuk orang yang bersabar ni....



Ovarian Cyst penyebab susah hamil?

Ovarian Cyst ialah kantung yang mengandungi cecair yang berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini ini boleh jadi seperti air atau mengandungi tisu-tisu seperti gigi dan rambut. Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita.

Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Itu adalah story serba sedikit tentang cyst yang menghantui wanita....kalau nak tahu detail korang boleh google jer....x susah pun.....persoalannya sekarang adakah cyst penyebab bagi seseorang wanita tu mengandung? Persoalan ni susah nak diterangkan sebab mengikut secara perubatannya memang ya jawapannya sebab cyst melibatkan kesuburan wanita. Tetapi ada juga dalam sesetengah kes, wanita yang ada cyst ni boleh mengandung.....semua ni kuasa tuhan kan..saper kita nak menentukannya.

Saya sendiri ada history penyakit cyst ni..pada tahun 2008 saya telah dikenalpasti ada cyst...masa tu saya belum kahwin lagi...dalam perancangan nak kahwin...saya kena period pain secara berterusan + demam yang tak kebah2....bila check dekat hospital rupanya saya dah di stage 4. Macam2 dalam fikiran saya masa tu....nak kena buang ke ovari saya?...walaupun asalnya doktor memang nak buang sebelah ovari saya..tapi alhamdullah ovari saya tidak diusik dan masih ada kedua2nya......berkat doa mak dan ayah agaknya masa tu kan....

Setahun lepas tu saya kahwin (tahun 2009)...dan sehinggalah hari ni saya masih belum ada tanda2 untuk mengandung :(....sedih tu memanglah sedih...tapi saya sentiasa positif....mungkin tuhan belum nak bagi kami rezeki lagi......

Pada tahun 2011, saya pernah check di klinik sebab saya sakit perut yg amat sangat...rupa2nya cyst saya tumbuh lagi dan hampir2 untuk dibedah pada Februari 2011. Tapi saya dan husband decided utk tak teruskan sebab kalau boleh nak selesaikan masalah cyst ni dengan cara lain bukan dengan pembedahan......saya redha dengan apa yang diberikan pada saya...mungkin ada hikmahnya yang saya tak nampak lagi kan.....tapi alhamdulillah....cyst saya dah kecut sikit hasil usaha saya.....cuma masih ada lagi.....insya allah...pada bulan Oktober ni saya akan memulakan rawatan kesuburan di Hospital Serdang....doakan saya :)

p/s : Kawan saya yang ada cyst masih boleh mengandung so pada kawan2 yang ada masalah cyst seperti saya, jgnlah kita putus asa.....doa + usaha....tak mustahil kan...



Salam Perkenalan Semua

Salam perkenalan semua....Blog ini saya create adalah untuk berkongsi suka duka orang-orang yang senasib dengan saya yang menghadapi kesukaran untuk pregnant. Mungkin bagi orang lain perkara ini tidaklah sebesar mana tapi bagi kami yang melaluinya saja yang merasainya...betul tak? ...... Okaylah...nama say adalah Anna...boleh panggil Anna saja...Saya lebih selesa untuk untuk tidak menonjolkan penampilan saya...huhuh...malulah.....hehehehe......apa yang penting kita boleh berkongsi bersama-sama tanpa rasa malu dan segan...boleh diluahkan di sini.. mungkin luahan secara penulisan ini lebih selesa.....Sebelum ni saya pernah menulis beberapa blog dan ini adalah blog peribadi saya yang pertama......bolehlah dikatakan saya ni tergolong dalam TTC Club (Trying To Conceive)....huhuhu...Okaylah...next entri kita sembang2 lagi k...