Pages

26 Sept 2012

Usaha kecutkan Cyst dengan Jus Kumango dan Jus Monavie

Salam semua.......sebelum ni saya ada nyatakan yang saya ada cyst yang saya agak menghalang untuk saya mengandung dengan cepat...tapi..apa2 pun itu semua kuasa tuhan kan..kalau dia nak bagi..bila2 pun dia bagi....cuma orang sekeliling ni tak henti2 nak bertanya.."Bila lagi ni?..."Berdua lagi?"..fuhh....please lahh.....jgn tanya boleh.......emo sikit...huhuhu....

Okaylah berbalik pada tajuk post saya ni..mmg skrg ni saya dalam usaha untuk terus 'melenyapkan' cyst saya ni...syohhh...pergi jauh2 .....hehehehe....apa yang saya buat sekarang ni...saya minum jus Kumango dan Monavie.....masa tu saya sajer surf internet..terjumpa tentang juskumango ni.....alhamdulillah....rasanya sebelum ni cyst saya hampir 5cm mengecil menjadi 3.2cm...saya makan dalam tempoh 3 bulan....lepas tu saya stop kejap makan jus ni..n bahananyer....cyst saya bertambah balik ke 4cm...huhuhu...n now, saya start minum balik kedua-dua jus ni.....dan alhamdulillah period saya tak sakit sangat....maybe 1hb Oktober nanti saya nak g scan lagi...nak check saiz cyst ni......sebab 2hb saya ada appointment di Hospital Serdang untuk rawatan kesuburan.....harap2 dipermudahkan....

Oh ya..mana ek nak dapat jus kumango dan monavie ni.....jus kumango ni biasanya saya beli online jer......dengan agen dia.....monavie boleh dapat kt Giant, Tesco dan mana2 kedai pun ada rasanya sekarang........

Ni cerita tentang pengguna Jus Kumango dari Kosmo:


KOORDINATOR klinikal dan pensyarah kejururawatan di Kolej Lincoln, Petaling Jaya, Selangor, Noor Shakinah Hassan Basri, 43, pernah disangka hamil kerana perutnya yang buncit.
Malah, gaya beliau berjalan juga sering menimbulkan tanda tanya mereka yang memerhati.
“Saya disahkan mempunyai ketumbuhan fibroid berdiameter empat sentimeter pada kedua-dua belah ovari pada tahun 2000.

“Setiap kali datang haid, saya akan mengalami pendarahan yang teruk. Darah yang keluar berketul-ketul dan saya perlu menukar tuala wanita hampir setiap lima minit.
“Insiden darah terkena pakaian juga terlalu lazim, biarpun sudah masuk hari ketiga haid. Malah, setiap kali datang haid, saya tidak akan duduk kerana risau akan ‘kebocoran’.
“Sakit akibat senggugut juga mengganda menyebabkan saya kerap ambil cuti sakit, hilang mood ketika mengajar dan perlu makan ubat penahan sakit.
“Hendak berjalan pun dirasakan sukar,” dedahnya yang pada waktu itu akan mengalami haid sehingga sembilan hari.

Tatkala didatangi haid juga Shakinah akan tidur berasingan daripada suami di atas tikar getah di lantai bilik tidur.
Biarpun sering memakai baju dan seluar yang besar serta longgar bagi mengelakkan perut buncit itu kelihatan terlalu jelas, Shakinah tidak dapat berbuat apa-apa dengan caranya berjalan.
“Ketumbuhan itu menyebabkan pembengkakan pada bahagian bawah perut. Jadi setiap kali berjalan, saya merasakan geselan pada bahagian itu. Ia bukan saja tidak selesa, tetapi juga menyakitkan,” kongsi Shakinah.

Sebelum itu, pada tahun 1996, Shakinah disahkan menghidap endometriosis, iaitu keadaan yang berlaku apabila tisu endometrium tumbuh di luar rahim. Akibatnya, Shakinah mengalami keguguran sehingga dua kali.

Rentetan daripada itu, Shakinah menjalani pembedahan untuk mengikis dinding rahim, membuang fibroid dan mengambil suntikan untuk menghentikan haid sehingga enam bulan.
“Ubat herba Cina yang paling pahit pun saya makan tetapi fibroid tumbuh lagi di tempat yang sama selepas itu,” katanya yang berkahwin pada tahun 2006.
Secara kebetulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Lincoln, Prof. Datuk Dr. Ir. Badaruddin Nordin sedang membuat kajian tentang khasiat buah kumango atau Star Apple.
NOOR SHAKINAH disahkan menghidap fibroid pada tahun 2000.



Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu mendapati buah tersebut mengandungi elemen terapi yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

“Saya orang pertama mencuba air buah itu. Disebabkan ia dihasilkan daripada buah dan tidak dicampur sebarang bahan kimia, saya berani mencubanya.
“Hanya selepas seminggu mengambil air buah itu, saya tidak lagi mengalami pendarahan haid yang melampau.
“Untuk mengesahkan keadaan fibroid dan endometriosis di dalam rahim saya itu, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk melakukan imbasan bunyi.

“Doktor itu mengatakan saiz fibroid saya yang asalnya ialah tiga sentimeter sudah mengecut kepada satu sentimeter,” kenang Shakinah.

“Perut saya juga semakin kempis dan sekarang saya boleh menyarungkan baju kebaya dan berkasut tumit tinggi. Saya juga semakin yakin dengan diri sendiri,” tambahnya.
Malah, tiga bulan selepas mencuba air buah kumango yang dipopularkan sebagai Bio-99 itu, Shakinah disahkan hamil.

Malangnya Shakinah keguguran sekali lagi semasa kandungan mencecah usia empat bulan akibat terjatuh dari tangga kapal terbang.
“Sekurang-kurangnya usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Itu tempoh paling lama saya hamil berbanding sebelum ini di mana saya gugur belum pun usia kandungan mencecah tiga bulan,” ujarnya positif.


Harga Jus Kumango ni RM99. Kalau masuk kos penghantaran kena +RM20. So harga dia RM119. Jus Monavie yang saya beli dalam harga RM120. Harga lain2 ikut agen yang menjual...Bagi korang yang ada masalah cyst tu tak salahkan kalau nak mencuba.....dan sekarang kedua jus inilah yang saya cuba..alhamdulillah....dan setiap pagi juga saya akan makan buah kurma dan madu......mudah-mudahan dipermudahkan semuanya....doakan saya yer kawan2......harap2 tahun depan tak perlulah saya menjawab soalan2 cepu emas lagi...huhuhu...



 

16 Sept 2012

Rawatan IUI dan IVF

Bagi pasangan yang sudah lama mengharapkan kehadiran cahayamata seperti saya pasti tercari2 rawatan lain yang akan dilakukan bagi mendapatkan cahayamata. Sebenarnya saya tidaklah terfikir untuk mendapatkan rawatan kesuburan di mana2 hospital dan klinik tetapi bila ada ajakan dari kawan saya yang nak buat rawatan IVF di HUKM, tiba2 hati saya terdetik...."tak salah rasanya kalau aku nak mencuba kan"...sebenarnya saya agak takut nak buat rawatan ni.....saya banyak google tentang IUI dan IVF ni......salah satu blog yang saya sangat suka akan informasi dan pengalaman dalam IUI ialah littlemamadiary.

                                                                         IUI

                                                                                IVF

Pengalaman Puan Ros yang melalui proses IUI dengan penuh sabar memang menaikkan semangat saya untuk mencuba rawatan ini. Kadang2 doktor hanya memberi ramalan tapi tak salah kalau kita mencuba sebab doktor bukan tuhan. Ada juga yang pernah diramal tidak boleh mengandung, melalui IUI dan IVF tapi masih tidak boleh mengandung, akhirnya mengandung secara semulajadi.......itu semua kuasa tuhan...cerita beginilah yang menguatkan saya untuk terus mencuba...

Okaylah berbalik pada rawatan yang saya nak buat ni...insyalah pada 2 Oktober 2012 ni saya ada appointment di Hospital Serdang......ada banyak pilihan hospital sebenarnya tapi saya memilih Hospital Serdang sebab berdekatan dengan rumah saya dan ada kawan yang boleh guide saya sebab dia pun sedang menjalani rawatan di sana....

14 Sept 2012

Sensitifkah saya?

Bagi korang yang diluar sana yang senasib dengan saya, tipulah kalau saya katakan kalau kita tak pernah terasa atau sensitif dengan soalan2 cepu emas yang diberikan......terutama sekali bila tibanya hari raya dan kenduri kendara..rasa nak lari pun ada....nak lempang pun ada...ehehhehe......(gurau jer)...

Agak2nya diaorg ni suka kot nak tanya soalan2 yang menyakitkan hati ni...."Bila lagi ni?"....Haii....berdua jer ker...bila nak bertiga?"...... "Anak orang lain dah berlari, korang bila lagi ni?"...pergghhhh...soalan2....x pernah tak menyakitkan hati....cubalah faham perasaan orang yang tergolong TTC ni...hati mudah terasa, sensitif.....muka memang manis tersenyum tapi hati siapa yang tahu..kadang2 air mata pun dah bergenang....

Kalaulah dapat anak tu semudah ABC.....tak apalah..semua tu rezeki masing2..ada bahagian masing2 yang tuhan dah tentukan...cepat atau lambat itu urusanNya....kita hanya mampu berdoa padaNya...

Ada satu insiden yang paling saya tak boleh nak lupakan bila biras saya yang dah ada anak ni...dengan selamba sound saya bila saya cuma tanya kenapa nak balik awal sgt (sedangkan baru sampai dan menolong masak pun tidak di rumah mertua).....jawapan dia dengan sinisnya...." Kita ada anak kat rumah".....aduuhhh...pedihnya...yelah kan ...saya ni tak ada anak......kenalah tunggu sampai majlis habis sambil membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun tu (bukan mengeluh tapi terkilan ...huhuhu)....

Ya...memang saya sensitif setiap kali orang bertanya soalan2 cepu emas ni....dan di dalam blog inilah saya nak meluahkan apa yang saya rasa dan nak berkongsi dengan yang senasib dengan saya.....setiap kali nampak status dalam FB kawan2 yang dah pregnant lagilah luluh hati saya......belum masuk kawan2 kt ofis..lepas kahwin jer terus buncit...huhuhuhu...jeles jugak tapi belum rezeki saya kan....mungkin rezeki saya lepas ni ker...sapa tahu kan ada ganjaran untuk orang yang bersabar ni....



Ovarian Cyst penyebab susah hamil?

Ovarian Cyst ialah kantung yang mengandungi cecair yang berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini ini boleh jadi seperti air atau mengandungi tisu-tisu seperti gigi dan rambut. Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita.

Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Itu adalah story serba sedikit tentang cyst yang menghantui wanita....kalau nak tahu detail korang boleh google jer....x susah pun.....persoalannya sekarang adakah cyst penyebab bagi seseorang wanita tu mengandung? Persoalan ni susah nak diterangkan sebab mengikut secara perubatannya memang ya jawapannya sebab cyst melibatkan kesuburan wanita. Tetapi ada juga dalam sesetengah kes, wanita yang ada cyst ni boleh mengandung.....semua ni kuasa tuhan kan..saper kita nak menentukannya.

Saya sendiri ada history penyakit cyst ni..pada tahun 2008 saya telah dikenalpasti ada cyst...masa tu saya belum kahwin lagi...dalam perancangan nak kahwin...saya kena period pain secara berterusan + demam yang tak kebah2....bila check dekat hospital rupanya saya dah di stage 4. Macam2 dalam fikiran saya masa tu....nak kena buang ke ovari saya?...walaupun asalnya doktor memang nak buang sebelah ovari saya..tapi alhamdullah ovari saya tidak diusik dan masih ada kedua2nya......berkat doa mak dan ayah agaknya masa tu kan....

Setahun lepas tu saya kahwin (tahun 2009)...dan sehinggalah hari ni saya masih belum ada tanda2 untuk mengandung :(....sedih tu memanglah sedih...tapi saya sentiasa positif....mungkin tuhan belum nak bagi kami rezeki lagi......

Pada tahun 2011, saya pernah check di klinik sebab saya sakit perut yg amat sangat...rupa2nya cyst saya tumbuh lagi dan hampir2 untuk dibedah pada Februari 2011. Tapi saya dan husband decided utk tak teruskan sebab kalau boleh nak selesaikan masalah cyst ni dengan cara lain bukan dengan pembedahan......saya redha dengan apa yang diberikan pada saya...mungkin ada hikmahnya yang saya tak nampak lagi kan.....tapi alhamdulillah....cyst saya dah kecut sikit hasil usaha saya.....cuma masih ada lagi.....insya allah...pada bulan Oktober ni saya akan memulakan rawatan kesuburan di Hospital Serdang....doakan saya :)

p/s : Kawan saya yang ada cyst masih boleh mengandung so pada kawan2 yang ada masalah cyst seperti saya, jgnlah kita putus asa.....doa + usaha....tak mustahil kan...



Salam Perkenalan Semua

Salam perkenalan semua....Blog ini saya create adalah untuk berkongsi suka duka orang-orang yang senasib dengan saya yang menghadapi kesukaran untuk pregnant. Mungkin bagi orang lain perkara ini tidaklah sebesar mana tapi bagi kami yang melaluinya saja yang merasainya...betul tak? ...... Okaylah...nama say adalah Anna...boleh panggil Anna saja...Saya lebih selesa untuk untuk tidak menonjolkan penampilan saya...huhuh...malulah.....hehehehe......apa yang penting kita boleh berkongsi bersama-sama tanpa rasa malu dan segan...boleh diluahkan di sini.. mungkin luahan secara penulisan ini lebih selesa.....Sebelum ni saya pernah menulis beberapa blog dan ini adalah blog peribadi saya yang pertama......bolehlah dikatakan saya ni tergolong dalam TTC Club (Trying To Conceive)....huhuhu...Okaylah...next entri kita sembang2 lagi k...