Pages

20 May 2015

Persediaan IVF 2: Masalah telur


Lama dah rasanya tak berblogging. Saya agak sibuk kebelakangan ni. Dengan audit yang silih berganti. Rasa tak terkejar rasanya. Ni sempat nak berblog ni pun sebab tunggu hubby sebab lambat datang ambil kat office.

Usaha TTC masih lagi saya teruskan. Cuba sedaya upaya untuk terus konsisten. Selepas fail untuk proceed IVF yang lepas, doktor suruh datang balik buat appointment dan dicadangkan untuk saya ambik test AMH (Anti Mullerian Hormone). Ujian ini membantu untuk menganggarkan 'ovarian reserve' dengan mengukur bilangan folikel membangun dalam ovari pada masa tertentu. Dalam masa 2 minggu dah dapat resut. Resultnya ialah bacaan AMH saya tersangatlah rendah berbanding umur saya yang tak lah tua sangat.....bacaan AMH saya ialah 1.2. AMH rendah ni maksudnya bilangan telur rendah atau penurunan dalam bilangan telur, berkurangan pengeluaran dan kemudian berhenti sebagai folikel berkembang. Sedih kan.......dan doktor inform maybe sebab saya pernah kena infection masa akhir tahun 2013 yang lepas dan bagi kesan pada perkembangan telur saya. Tapi hubby sangat positif.... dia bagitau bukannya x ada langsung cuma sikit....so kami decide untuk proceed IVF lepas raya nie. Maybe dalam bulan 8. Sbb nak bagi badan saya sihat balik dengan ambik supplement2 untuk masalah telur saya yang tidak matang dan tak berkembang ni.

Maybe sebelum raya ni saya nak ambik lagi sekali test AMH ni untuk tengok perkembangan sebab sekarang saya memang mengamalkan supplement2 yang mungkin boleh bantu masalah saya nie. Ambik jugak makanan sunnah. Kos untuk buat test AMH ni ialah RM169 di PPUM. Test ni doktor akan ambik darah dan buat ujian di makmal. Kt farmasi luar maybe mahal sikit.

Oh ya....saya ada pertambahan vitamin yang saya ambik selain yang pernah saya cerita dalam entri sebelum nie. Saya ada ambil Serrapeptase enzym , NAC, Vitamin D3 dan COQ10.

Serrapeptase enzym , NAC ni saya order dari kawan saya sebab kena beli online dari oversea. Fungsinya adalah untuk membantu masalah endo,cyst dan tiub yang blok. Saya dapat tahu ni pun dari group FB....so saya pun cuba lah....setakat ni dah 2 bulan saya amalkan.....period saya mmg dah kembali ke cycle normal dan alhamdulillah period pain tu tak berapa teruk dan x banyak macam dulu2.....bab tiub tu saya x check pun lagi..seriau tu ada lagi nak buat HSG.....Ada kawan dari group FB bagitau, tiub dia dah unblocked bila buat HSG balik selepas makan Serrapeptase enzym dan NAC. Dan sampai sekarang masih amalkan. Mula amalkan dari tahun 2014.Itu yang buat saya nak cuba jugak tu.

Untuk masalah tiub tersumbat

Untuk masalah endo, cyst dan yang sewaktu dengannya

Fokus saya sekarang ni untuk solve untuk problem telur yang tidak berkembang dan matang nie. Dan dari pembacaan saya vitamin D3 dan COQ10 adalah vitamin yang sesuai untuk dicuba. Kalau nak diikutkan hati banyak yang saya nak makan, tapi x apalah...saya cuba yang ini dulu....ini pun hubby dah bising sebab banyak sangat saya nak cuba....dah berderet vitamin kat umah tu. Akupuntur setakat ni dalam sebulan saya buat 2 kali. Saya start makan supplement ni secara konsisten masa akhir bulan 3 selepas saya fail nak proceed IVF.... saya join group2 TTC dan dapat banyak ilmu vitamin apa yang sesuai untuk masalah macam saya nie.......Saya tak nak terlalu merintih sedih...saya akan usaha selagi boleh......

Ok, nanti saya sambung cerita lagi yer.....doakan my next AMH test ni ada perkembangan positif yer kawan2.....sebelum raya ni nak g buat test kt PPUM then kalau ok terus proceed dengan IVF. Sesungguhnya apa yang terjadi itu ada sebabnya yang kita tak ketahui..Maybe tuhan bagi saya lambat sikit sebab ada banyak yang nak saya kena uruskan. Mmg betul pun, sebelum raya ni banyak betul kerja-kerja office yang perlu saya selesaikan. Harap2 lepas raya n buat IVF dan ditakdirkan success saya dah boleh rest dari pikir bab2 kerja nie...Doakan saya tau :)

LUV U!!!