Pages

23 Oct 2015

Dugaan dan ujian menerjah lagi

Salam semua.....Maaf sebab dah lama tak membebel dalam  blog ni. Last updated bulan 5 hari tu. Bayangkan dah berapa lama saya takmembebel dalam blog nie. Dalam masa tu jugak mesti dah banyak yang jadi kan. Memang betul pun. Selama hampir 5 bulan tu macam2 jadi. Jadi saya nak mintak maaf pada kawan2 yang ada em el saya tanya berkaitan serra dan sebagainya. X sempat saya nak balas disebabkan kesibukan dan masalah yang datang.

Saya pernah plan nak buat IVF selepas raya. Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Selepas raya hari tu, suami saya masuk hospital. Diagnos kidney failure. Sebenarnya dia dalam sebulan sebelum tu mmg x der selera makan, tapi tak tau sebab apa. Husband saya ni penakut jarum  so mmg takde lah kan nk g check bagai kt hospital. Hari raya kedua, kaki dia bengkak. Dah agak dah ada problem dgn kidney. So dia buat test kt pathlab. Result dia bacaan kreatanin dia high. Boleh google ehh pasal kreatanin nie..ehheheh.....

Sebulan lepas dapat result tu keadaan dia makin teruk. Cepat penat, susah nak tidur, tak lalu makan. Last sekali terpaksa panggil ambulan ke PPUM. So bila doktor buat fully checkup rupanya ada problem buah pinggang. Berkampunglah saya kat PPUM selama hampir 2 minggu.

Now dah okay sikit tapi planning IVF saya tersangkut sikit. X apa. Janji dapat tgk husband sihat. Pun dah ok. Sekarang ni baru nak rancang balik nak buat IVF. Pantang saya sebelum ni pun dah ke laut semenjak husband masuk hospital. Now baru nk start balik. Huhuuhuhu.....

Selepas ni saya akan aktif balik berblogging. :). Sekarang ni pun saya dah sibuk sebab dah join jadi agen Prudential. Kalau ada kengkawan yang nak dapatkan konsultansi berkaitan Medical Card, Income Replacement, Pelaburan, Perancangan tunaikan haji boleh contact2 saya yer. Quotation FREE. :).


Boleh baca info kt blog saya yang lagi satu 
http://prubsntakafulsuzy.blogspot.com