Pages

10 Dec 2015

Alhamdulillah...hubby dah ok!

Sebelum ni saya ada cerita tentang keadaan hubby saya kan..alhamdulillah..walaupun nampak macam mustahil...dia tak perlu lagi buat dialisis..Doktor minta hold dulu n kena makan ubat untuk keluarkan racun dalam badan dia melalui air kencing. Untuk pengetahuan semua, walaupun hubby saya ada masalah buah pinggang (dr diagnos end stage), tapi dia ada air kencing..maknanya masih boleh kencing macam org yang sihat dan racun boleh dikeluarkan melalui air kencing. Mula2 dr bagi test dulu untuk seminggu boleh tahan ke tidak kalau x buat dialisis (asalnya IJC kabel kat leher tu tercabut n kena tunggu hari Isnin bar boleh pasang balik). Bila test darah, kreatanin dah turun....then test lagi untuk 2 minggu..turun lagi kreatanin..n now dah 3 minggu tak buat dialisis  tapi masih bergantung pada ubat..hopefully lepas ni tak perlu bergantung pada ubat pulak..insya allah...

Oh ya...memandangkan hubby pun dah macam semakin sihat....barulah saya terfikir nk start balik treatment.....masa hubby masuk hospital n buat dialisis hari tu saya tinggalkan semua ubat2 n supplement saya tu...sebab risaukan hubby..x pikir diri sendiri.....skrg nak start balik..walaupun hari tu nak start buat IVF bulan 12 kan..tapi kita merancang tuhan yang menentukan....

Ada berita yg x best jugak nie..tadi g buat scan kt klinik sbb sakit perut belah kiri walaupun dah habis period... ada cyst kecik sangat belah kiri tu n dr suspect ada fibroid but not confirm yet... next month kena check balik...harap2....bukanlah....n skrg ni nk start balik minum air lemon, madu, susu kambing, kurma dan vitamin2....apa2 pun..doakan saya yer dipermudahkan...saya anggap setiap musibah tu ada hikmahnya... mungkin belum nampak sekarang.

23 Oct 2015

Dugaan dan ujian menerjah lagi

Salam semua.....Maaf sebab dah lama tak membebel dalam  blog ni. Last updated bulan 5 hari tu. Bayangkan dah berapa lama saya takmembebel dalam blog nie. Dalam masa tu jugak mesti dah banyak yang jadi kan. Memang betul pun. Selama hampir 5 bulan tu macam2 jadi. Jadi saya nak mintak maaf pada kawan2 yang ada em el saya tanya berkaitan serra dan sebagainya. X sempat saya nak balas disebabkan kesibukan dan masalah yang datang.

Saya pernah plan nak buat IVF selepas raya. Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Selepas raya hari tu, suami saya masuk hospital. Diagnos kidney failure. Sebenarnya dia dalam sebulan sebelum tu mmg x der selera makan, tapi tak tau sebab apa. Husband saya ni penakut jarum  so mmg takde lah kan nk g check bagai kt hospital. Hari raya kedua, kaki dia bengkak. Dah agak dah ada problem dgn kidney. So dia buat test kt pathlab. Result dia bacaan kreatanin dia high. Boleh google ehh pasal kreatanin nie..ehheheh.....

Sebulan lepas dapat result tu keadaan dia makin teruk. Cepat penat, susah nak tidur, tak lalu makan. Last sekali terpaksa panggil ambulan ke PPUM. So bila doktor buat fully checkup rupanya ada problem buah pinggang. Berkampunglah saya kat PPUM selama hampir 2 minggu.

Now dah okay sikit tapi planning IVF saya tersangkut sikit. X apa. Janji dapat tgk husband sihat. Pun dah ok. Sekarang ni baru nak rancang balik nak buat IVF. Pantang saya sebelum ni pun dah ke laut semenjak husband masuk hospital. Now baru nk start balik. Huhuuhuhu.....

Selepas ni saya akan aktif balik berblogging. :). Sekarang ni pun saya dah sibuk sebab dah join jadi agen Prudential. Kalau ada kengkawan yang nak dapatkan konsultansi berkaitan Medical Card, Income Replacement, Pelaburan, Perancangan tunaikan haji boleh contact2 saya yer. Quotation FREE. :).


Boleh baca info kt blog saya yang lagi satu 
http://prubsntakafulsuzy.blogspot.com

20 May 2015

Persediaan IVF 2: Masalah telur


Lama dah rasanya tak berblogging. Saya agak sibuk kebelakangan ni. Dengan audit yang silih berganti. Rasa tak terkejar rasanya. Ni sempat nak berblog ni pun sebab tunggu hubby sebab lambat datang ambil kat office.

Usaha TTC masih lagi saya teruskan. Cuba sedaya upaya untuk terus konsisten. Selepas fail untuk proceed IVF yang lepas, doktor suruh datang balik buat appointment dan dicadangkan untuk saya ambik test AMH (Anti Mullerian Hormone). Ujian ini membantu untuk menganggarkan 'ovarian reserve' dengan mengukur bilangan folikel membangun dalam ovari pada masa tertentu. Dalam masa 2 minggu dah dapat resut. Resultnya ialah bacaan AMH saya tersangatlah rendah berbanding umur saya yang tak lah tua sangat.....bacaan AMH saya ialah 1.2. AMH rendah ni maksudnya bilangan telur rendah atau penurunan dalam bilangan telur, berkurangan pengeluaran dan kemudian berhenti sebagai folikel berkembang. Sedih kan.......dan doktor inform maybe sebab saya pernah kena infection masa akhir tahun 2013 yang lepas dan bagi kesan pada perkembangan telur saya. Tapi hubby sangat positif.... dia bagitau bukannya x ada langsung cuma sikit....so kami decide untuk proceed IVF lepas raya nie. Maybe dalam bulan 8. Sbb nak bagi badan saya sihat balik dengan ambik supplement2 untuk masalah telur saya yang tidak matang dan tak berkembang ni.

Maybe sebelum raya ni saya nak ambik lagi sekali test AMH ni untuk tengok perkembangan sebab sekarang saya memang mengamalkan supplement2 yang mungkin boleh bantu masalah saya nie. Ambik jugak makanan sunnah. Kos untuk buat test AMH ni ialah RM169 di PPUM. Test ni doktor akan ambik darah dan buat ujian di makmal. Kt farmasi luar maybe mahal sikit.

Oh ya....saya ada pertambahan vitamin yang saya ambik selain yang pernah saya cerita dalam entri sebelum nie. Saya ada ambil Serrapeptase enzym , NAC, Vitamin D3 dan COQ10.

Serrapeptase enzym , NAC ni saya order dari kawan saya sebab kena beli online dari oversea. Fungsinya adalah untuk membantu masalah endo,cyst dan tiub yang blok. Saya dapat tahu ni pun dari group FB....so saya pun cuba lah....setakat ni dah 2 bulan saya amalkan.....period saya mmg dah kembali ke cycle normal dan alhamdulillah period pain tu tak berapa teruk dan x banyak macam dulu2.....bab tiub tu saya x check pun lagi..seriau tu ada lagi nak buat HSG.....Ada kawan dari group FB bagitau, tiub dia dah unblocked bila buat HSG balik selepas makan Serrapeptase enzym dan NAC. Dan sampai sekarang masih amalkan. Mula amalkan dari tahun 2014.Itu yang buat saya nak cuba jugak tu.

Untuk masalah tiub tersumbat

Untuk masalah endo, cyst dan yang sewaktu dengannya

Fokus saya sekarang ni untuk solve untuk problem telur yang tidak berkembang dan matang nie. Dan dari pembacaan saya vitamin D3 dan COQ10 adalah vitamin yang sesuai untuk dicuba. Kalau nak diikutkan hati banyak yang saya nak makan, tapi x apalah...saya cuba yang ini dulu....ini pun hubby dah bising sebab banyak sangat saya nak cuba....dah berderet vitamin kat umah tu. Akupuntur setakat ni dalam sebulan saya buat 2 kali. Saya start makan supplement ni secara konsisten masa akhir bulan 3 selepas saya fail nak proceed IVF.... saya join group2 TTC dan dapat banyak ilmu vitamin apa yang sesuai untuk masalah macam saya nie.......Saya tak nak terlalu merintih sedih...saya akan usaha selagi boleh......

Ok, nanti saya sambung cerita lagi yer.....doakan my next AMH test ni ada perkembangan positif yer kawan2.....sebelum raya ni nak g buat test kt PPUM then kalau ok terus proceed dengan IVF. Sesungguhnya apa yang terjadi itu ada sebabnya yang kita tak ketahui..Maybe tuhan bagi saya lambat sikit sebab ada banyak yang nak saya kena uruskan. Mmg betul pun, sebelum raya ni banyak betul kerja-kerja office yang perlu saya selesaikan. Harap2 lepas raya n buat IVF dan ditakdirkan success saya dah boleh rest dari pikir bab2 kerja nie...Doakan saya tau :)

LUV U!!!


27 Mar 2015

Persediaan IVF 2: Daun Belalai Gajah


Hari ni dah genap sebulan dari tarikh saya period bulan lepas. Bulan lepas jugak prosidur IVF saya tak dapat dibuat disebabkan masalah telur yang tak respon dengan ubat yang doktor bagi selama 8 hari. Tapi x apa..itu cerita bulan lepas..walaupun pada mulanya saya sedih tapi saya redha...apa nak buat kan...bukan rezeki saya..maybe rezeki saya lepas nie. Dan saya pun selama 3 bulan ni nak bagi badan saya betul2 bersedia untuk next IVF. 

Selepas doktor bagitau IVF saya x boleh nak proceed, saya tak tunggu lama untuk berusaha cara lain. Saya ambil banyak tips dari kawan2 yang sama2 TTC di watsapp group dan FB. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat. Post sebelum ni pun saya dah bagitau supplement apa yang saya ambil. Alhamdulillah, ada yang saya konsisten ambik, ada jugak yang kadang2 tertinggal jugak. Akupuntur pulak saya akan buat insya allah 2 minggu sekali.

Saya ada terbaca dalam FB group ada member yang buat jus daun belalai gajah. Umum dah tau kan khsiat daun belalai gajah nie. Baik untuk cancer dan yang ada ketumbuhan. Kwn2 boleh google sendiri yek khasiat daun nie. Ada yang buat jus sekali dengan epal hijau dan madu. Buat masa sekarang ni saya belum cuba lagi buat jus tu. Maybe saya nak rebus jer daun tu. Daun ni senang je nak tanam. Daun ni kwn husband saya (doktor) yang bagi soh tanam. Katanya utk ubat cancer. Masa tu kami tak tau pun nama daun ni daun belalai gajah. Bawak balik kg mak tanamkan. Then ada sedara datang umah nampak pokok ni then dia cakap mmg utk ubat cancer. Baru2 ni member dalam FB bagitau lepas amalkan buat jus, period ok dan x sengungut lagi. Satu nikmat tu x ada sengugut. Orang yang ada sengugut je tau betapa seksanya masa kena. Serba serbi x senang duduk.

Daun belalai gajah dah selamat amik dari umah mak cuma belum minum jer lagi airnya....ehehhehe......cadang nak start minum esok...mudah-mudahan kan......oh ya....selepas saya proceed dengan IVF yang lepas, saya dah stop mkn Duphaston. Walaupun saya makan Duphaston sebelum nie, period saya still tak normal cyle dia....21 hari...awal seminggu.....sekarang ni plak x period 2 plak.....cuma tanda2 tu dah ada....x keluar fresh blood je lagi.......maybe period saya dalam proses nak nak jadi normal cyle balik. Insya allah....

Baru2 ni ada baca dalam watsapp dan FB group ada produk dari oversea yang boleh membantu yang ada masalah tiub tersumbat dan endo stage 4....next post saya cerita yekk.....tungguuuuu....:)

17 Mar 2015

Persediaan IVF 2: Vitamin & Makanan yang diamalkan


Ni ibarat bermula dari zero selepas IVF saya sangkut di tengah jalan. Nak start balik makan vitamin dan makanan2 sunnah. Ada yang saya dapat dari pembacaan di blog dan ada juga yang saya dapat dapat dari kawan2 group watsapp. Terima kasih guideline yang diberikan. Okaylah kt bawah ni saya nak senaraikan makanan dan vitamin yang saya akan dan sudah amalkan untuk persediaan IVF kali kedua ni.

  1.  Telur rebus@separuh masak (untuk mencantikkan dan kualiti telur)
  2.  Vitamin D
  3.  Madu+Apple cider
  4. Asid folic
  5. Aberet Folik (x larat nak makan hari2 sebab sure saya sembelit, so kena make sure minum air yang banyak)
  6. Multivitamin
  7. Vitamin C
  8. Jus Delima Gulsan
  9. Lemon+air suam
  10. Susu Kambing (yang ni belum amalkan sebab x suka susu...huhuhu)
  11. Buah Kurma
  12. Air Zamzam 
  13. Air masak
  14. Air Herba Cina (Yang ni paling tak suka nak minum, bau tak best. Setiap kali minum kena ada air lain kat sebelah nak elak muntah)
  15. Akupuntur (Sila rujuk post sebelum ni pasal akupuntur yang saya dah buat) 
  16. Buah delima (yang ini belum makan lagi sebab saya ambik jus delima. Insya allah nanti nak cari jugak buah delima ni)
Dari segi rohani saya amalkan solat Dhuba, Tahajud, Hajat, baca quran, sedekahkan alfatihah (boleh baca post sebelum ni) dan beberapa zikir harian.

Semoga usaha saya kali ini membuahkan hasil. Rancang untuk next IVF selepas raya. So saya ada lebih kurang dalam 4 bulan untuk buat persediaan. Bulan 6 puasa. Bulan 7 raya. Semoga usaha saya ni berterusan bukan hangat2 taik ayam....heheheh.....

Minggu ni saya nak pergi balik tempat akupuntur tu. Sepatutnya saya pergi minggu ni tapi air herba ni tak habis minum lagi..heheheh......asik x minum jer.....x sedap......tapi bak kata hubby, mahal tu, kena habiskan jugak...okaylah....ada lagi 3 bungkus tak minum...caiyok2.....

 p/s: Saya selalu berangan pregnant natural. Tak mustahil kan. Tak kisahlah dengan cara apa pun yang penting kita usaha. Kalau kawan2 ada tips lain bolehlah kongsikan dengan saya yer....Boleh bertukar2 pendapat.

8 Mar 2015

Persedian IVF 2 : Rawatan Akupuntur


Yang dah berlalu biarkan berlalu. Biarpun perit nak terima hakikat, hidup perlu diteruskan. Tipulah kalau saya cakap saya tak sedih. Sedih tetap sedih. Terus sedih pun tak guna kan. Usaha tetap diteruskan selagi hayat dikandung badan. Cuba untuk terus positif walaupun kadang2 down sikit. 

As I mentioned before, saya nak try buat rawatan akupuntur sebelum proceed next IVF treatment. Persediaan badan sangat penting. Apa2 pun pengalaman first IVF memang sangat berharga pada saya walaupun separuh jalan. Tak apa. Itu bahagian saya. Tuhan nak saya terus berdoa dan merintih lagi.

Semalam saya pergi ke tempat akupuntur cina sepertimana yang saya baca dalam blog sebelum nie. Dulu kt PJ but now dah pindah kat Seri Kembangan. Tak susah pun cari tempat dia. Ikut jer Waze tu.

Kami sampai dalam pukul 11 lebih disambut oleh seorang lelaki cina. Sebelum tu memang hubby ada call then dia soh dtg utk check dulu. Sebelum jumpa Dr Lim, lelaki cina ni interview kitaorg dulu. Rupanya lelaki cina ni husband  Dr Lim, hehehehe.....lepas tu kitaorg kena jumpa Dr Lim kt tingkat atas. Sampai je kt tingkat atas tu terpampang gambar baby dlm blog Hanim. I saw ur son pic! :).....comel tau......menguatkan hati memang tempat  ni betul....hehehehehe.....

Then Dr Lim interview plak. Komunikasi dalam English walaupun English dia tak berapa baik. Janji faham kan. Dia mintak maaf sebab English dia tak berapa baik. Ok jer Dr. Janji kita paham susah kan........kadnag2 pandai jugak dia selit Bahasa Melayu dia..ehhehehe...not bad......dah kawin dengan org Malaysia kan :).....adalah dalam 1/2 jam interview tu......Dia cakap badan saya sejuk dan saya ni je nis tak tahan sejuk. Memang betul pun. Then dia syorkan buat akupuntur, makan ubat yang dia bagi dan scan. Kos adalah seperti berikut:

  1. Akupuntur - RM20
  2. Scan          - RM50
  3. Ubat          - RM300 (untuk 10 hari, tapi saya try ambik untuk 5 hari dulu iaitu RM150)
Buat akupuntur dalam 1/2 jam. Lepas tu sambung buat scan dalam 15-20 minit macam tu.

Bilik Akupuntur
Lepas habis scan Dr Lim print hasil scan tu. Dia terangkan ada tempat2 dalam badan yang tak berapa nak sihat. terutama perut. Itu saya akui. Sebab itu agaknya telur saya tak respon masa cucuk ubat Puregon n Orgalutran tu. Dua-dua ovari saya tak sihat. Sebelah kanan ok sikit dari kiri sepertimana yang doktor PPUM bagitau...sebelah ovari je nampak ok sikit, itupun x berapa sangat lah....sebab tu telur tak membesar dengan jayanya walaupun dah bagi ubat untuk rangsang ovari tu.

Selesai scan saya turun bawah balik untuk ambil ubat. Ada 5 paket ubat herba yang perlu minum 2 kali sehari. Satu hari satu paket. Belum tau rasa sebab belum rebus...sebab umah x de air semalam...malas nak rebus..hehehehehe........

Saya kena datang balik selepas 5 hari minum ubat herba tu. Insya allah Jumaat atau Sabtu depan saya datang balik tgk progress macammana lepas minum ubat herba tu. Harap2 ada perkembangan positif. Kita hanya berusaha kan..tuhan yang tentukan. Saya cadang nak proceed balik IVF sebelum atau selepas raya nie. Nak sihatkan badan dan dalaman saya dulu. Continue makan supplement2 yang ada dan tambah apa yang patut. Ibarat start from zero....x apa....kalau tak cuba kita tak tahu kan...

Kalau ada kawan 2 yang nk try akupuntur kat sini ni alamat dia

25, Jalan PSK 6, 
Pusat Perdagangan  Seri Kembangan
Tel : 03-89430392, 016-2969628

p/s: Selamat mencuba kawan2.....:) Sentiasa positif akan buat kita lagi tenang....


5 Mar 2015

IVF:Hanya sampai di sini



Betul tu....tajuk tu x salah....selepas buat TVS semalam...maka berakhirlah perjalanan IVF saya yang baru nak bermula....IVF saya terhenti di tengah jalan berbanding kawan2 lain yang sempat merasa apa itu 2ww......dan saya pun dah ready dengan situasi ini. Di mana silapnya saya tak ada jawapan untuk itu. Semuanya ketentuan Allah. Saya dah cuba sebaik mungkin tetapi mungkin belum masanya....Dia nak saya cuba dan cuba lagi tanpa henti. Sebenarnya saya dah dapat agak keputusan doktor semalam dan saya jadi lebih tenang bila doktor ckp x boleh proceed to the next stage. Maybe saya dah bersedia dengan segala kemungkinan dan keputusan doktor. Ubat tak respon dan saya hanya berjaya dapat satu telur ajer....Mula2 memang saya frust tapi bila menangis puas2 saya cool balik. Kena move next step. Tak boleh terus menangis dan menangis. Tak jadi apa pun kan.

Doktor bagi saya tarikh appointment sebulan dari sekarang maknanya bulan 4 nanti datang jumpa dia balik. Nak jumpa husband n wife. Maybe proceed dengan next IVF tetapi guna dos ubat yang lagi tinggi.

Lepas habis appointment semalam sementara nak tunggu hubby ambik saya duduk kt lobi. Macam2 ragam orang saya tengok...Kebetulan dekat lobi tu ada Klinik Pediatrik (Kanak-kanak). Bila fikir nasib saya yang x ada anak lagi  nie, membuatkan saya sedar kejap....Ada orang tuhan tak bagi anak lagi, ada yang senang je dapat anak...ada yang dapat anak yang sihat..dan ada yang dapat anak yang ada penyakit dan perlukan perhatian.....tuhan ni adil sebenarnya...Dia bagi kita kurang kat sini, tapi lebih kat sini.....kalau kita rasa kita ni susah ada lagi yang susah.......Cuba kadang2 kita cuma fokus apa yang kita x ada tapi tak nampak apa yang tuhan dah bagi pada kita...bersangka baiklah pada Allah.....

Sepertimana yang saya mentioned sebelum ni saya mmg dah ada plan B dah kalau IVF ni fail. Terima kasih pada kawan2 yang follow blog saya dan bagi cadangan yang saya fikir sangat baik untuk saya cuba. Ya allah....terharunya dengan cadangan korang tu......Apa yang terfikir dalam minda saya skrg nie...saya nak try treatment akupuntur sebelum saya proceed next step utk IVF....mungkin saya plan nak buat IVF balik selepas raya......saya nak make sure sistem badan saya ready sebelum  proceed next IVF.....so saya ada dlm 3 bulan lagi untuk betulkan apa yang patut dalam sistem badan saya nie...rahim, ovari dan sebagainya. Cuma tempat jer saya tak decide lagi nak buat kat mana.....dalam pertimbangan.....Ada beberapa tempat akupuntur yang dlm pertimbangan saya berdasarkan cadangan kawan2 dan baca dalam blog

  1. Ummi Firdaus cadangkan http://www.goldengatefertility.com Klinik perubatan cina khas untuk rawatan kesuburan
  2. Pusat Homepathy Dr Nik Omar di Bangi - Saya pernah beberapa kali buat tapi lepas tu stop. Maybe akan pertimbangkan untuk buat kt sini sebab dekat dengan Kajang
  3. Saya pernah baca blog ni yang TTC selama 12 tahun , pregnant selepas buat rawatan akupuntur di PJ. Tapi dengarnya sekarang dah berpindah ke Serdang. Boleh baca detail dalam blog ni yer.
Kalau kawan2 ada lagi tempat cadangan untuk saya cuba dialu2kan....Kalau boleh dekat dengan rumah saya di Kajang. Saya cadang nak start Sabtu nie....Kalau kawan2 ada petua or apa2 untuk share dengan saya pun ok....petua nak banyakkan n matangkan telur ker..huhuhu.......

Terima kasih kepada korang semua yang sudi baca luahan dan celoteh saya dalam blog nie. Segala cadangan korang saya hargai...Doakan dipermudahkan usaha saya selama ini. Kadang2 apa yang kita nak sangat tak dapat tapi tuhan dah ada perancangan terbaik un tuk kita. Insya Allah.


3 Mar 2015

Result TVS : Sedih


Semalam (2/3/2015) hari ke-6 selepas sesi cucuk mencucuk di perut sendiri dan datang PPUM lagi untuk buat TVS untuk check berapa banyak telur yang dapat. 

Senang cerita dipendekkan lah citer yer..malas nak tulis panjang2... resultt TVS cuma ada 1 je telur....mmg down giler semalam..tak tau nak cakap apa..depan doktor cool ajer....masa balik satu hari banjir sampai sakit kepala nie.....tak tau nak ngadu dengan saper.....masa tu tuhan je yang tau perasaannya bila fail.....itu belum start IVF..baru untuk telur....so doktor bagi lagi 2 hari ubat untuk tengok keadaan telur tu....kalau still sama macam semalam...so dengan rasminya perjalanan IVF saya terhenti setakat ini....padahal dos yang doktor guna adalah untuk perempuan yang berumur 40 tahun ke atas katanya.......mula2 saya tak boleh nak pikir apa.......tapi hari ni dah cool sikit..dah boleh terima hakikat yang menyakitkan kalau result TVS saya esok tidak memihak pada saya...saya yakin ada hikmahnya....nak tau?...belum scan lagi esok, semalam saya dah cari plan B......nampak saya macam putus asa..tapi dalam hati saya masih ada harapan nak cuba.......Doktor cakap kalau telur tak berkembang jugak, stop prosedur IVF dan tunggu next cycle untuk proceed dengan dos ubat yang lagi tinggi....tapi saya rasa maybe saya akan start balik selepas 3,4 bulan....saya plan nak buat treatment tradisional yang lain....maybe akupuntur, perubatan holistik dan berurut.....itu just plan B.....saya dah ready jawapan yang akan doktor bagi esok..so saya tak jatuh kuat sangat kan......

Kalaulah tiub saya ni ok..dengan satu telur ni mesti saya boleh pregnant kan.......allahuakbar....semua dengan kuasa tuhan......saya nak try natural jugak.mana tau...tiub tersumbat bukan x de tiub langsung...yg x ada tiub pun boleh pregnant....itu yang jadi motivasi saya......kuasa Allah tak siapa yang boleh halang kan kalau nak bagi...apa2 pun saya tunggu je result esok......plan B tetap berjalan walaupun x keluar result lagi....

Kalau kawan2 ada cadangan untuk saya bolehlah share yer.....treatment apa lagi yg boleh saya buat....ini bukan penamat bagi saya....semalam mmg rasa dunia ni x adil pada saya..menangis sepanjang hari......tapi hari ni dah ok sikit.....mmg betul lah...prosedur IVF ni membuatkan kita ada macam2 emosi.. Sakit, sedih, suka, duka...ermmm.........

26 Feb 2015

Salah ke buat IVF?


Salah ke buat IVF? Persoalan yang saya nak tanya pada korang semua. Nak tau kenapa saya tanya soalan ni?..Sebab lately heboh pasal Lisa Surihani pregnant kembar dan buat IVF...siap ada yang seolah2 pandang lekeh pada orang yang buat IVF nie..kadang2 nak gelak pun ada bila baca komen2 dlm blog2 hiburan nie....... Hello.....reporter pun satu...kalau tak cukup ilmu di dada jangan nak tulis sesuka hati okay.....itulah kan.....ilmu cetek...tau tak...teknologi IVF ni dah lama wujud...meh baca sikit sejarah:

Wanita pertama yang melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji (IVF) adalah Lesley Brown apabila dia mencipta sejarah pada 25 Julai 1978 apabila anak perempuannya, Louise  Joy Brown lahir di Hospital Besar Oldham.

Lesley, dari Whitchurch, Bristol, mengambil bahagian dalam prosedur ujian IVF yang dikendalikan oleh Profesor Bob Edwards dan Dr Patrick Steptoe di Cambridge.

Bayi Tabung Pertama di Dunia

Nak cerita lebih lanjut sila lah carik kt Google yer.....

So kesalahan ke buat IVF nie..untuk pengetahuan orang di luar sana...

Bila tak pregnant sibuk pertikai bila nak pregnant..sibuk tanya saper yang ada masalah lah...bila dah pregnant sibuk pulak cakap "alah..buat cucuk2 (merujuk pada IVF) la tu, sebab tu dapat"......bila dapat kembar pun pertikai..sebab bukan secara semulajadi....itukan salah satu usaha...x salah rasanya...daripada duduk mengumpat orang itu ini...baik bukak Google tu baca sejarah sikit....ehehehhe......dapat gak ilmu....

Pada kawan2 yg berjuang tak kiralah apa pun cara kita..teruskan usaha okay......saya buat IVF ni pun cuma mak ayah n adik beradik je yang tau....kawan2 opis pun tak tau..sebab pada saya diaorg ni tak faham apa kita rasa...kesian kat Lisa Surihani.....pregnant salah..x pregnant pun salah..apa2 pun sabarlah yer dear.......abaikan mulut2 orang itu (macamlah Lisa baca blog ni kan..)...hehehheh...

p/s: Cerita nak cucuk untuk second day tadi.....nak ready perkakas dalam 15 minit awal konon...sekali bukak cooler bag...alcohol swab x bawak!....Gelabah beruk......12.30 dah kena cucuk.....nasib baik ada klinik panel dekat opis...dlm 5 minit jalan...telefon hubby dah gelabah dah.....terus turun g klinik....soh doktor cucuk..padahal boleh buat sendiri jer.....Doktor plak x pernah tengok Puregon Pen katanya...saya pulak yg ajar doktor..boleh gitu?...doktor tolong cucuk jer..sebab ALCOHOL SWAB punyer pasal....melayang RM15....nasib baik panel.. doktor bekalkan alcohol swab lebih......ehhehehe..pengajarannya..esok jangan lupa.....


Perjalanan IVF bermula


Semalam (25/2/2015) saya ke PPUM sebab D2 period......appointment pukul 9.30pagi..tapi alhamdulillah 9 pagi dah sampai...jalan macam biasa jem sikit...tapi masih ok..maybe ramai yag x balik raya cina lagi kot...huhuhu...macam biasa naik ke Klinik Reproduktif PPUM then pergi bayar pendaftaran kt tingkat 2..free..sebab guna GL..kalau tak...habis jugak lebih RM50 untuk pendaftaran dan buat scan/TVS/konsultansi......selamat duit...huhuhu.....

Then naik balik Klinik Reproduktif dan nurse soh g toilet dulu sebab doktor nak scan....tau dah...nak buat TVS..benda yang saya paling tak suka..huhuhu......baru nak masuk toilet...nama dah dipanggil...mak aii..cepatnyer.. selalunya kalau 2,3 jam baru jumpa doktor....alhamdulillah... dipermudahkan......pastu terus masuk bilik scan.....bukan Doktor Nugu tapi rasanya doktor biasa.....scan....x nampak kilang telur...ermm....hari tu nampak jugak yg sebelah kanan.......adoiii....dah down kejap.........selesai TVS....doktor panggil lagi..nak scan lagi sekali.....Dr Nugu plak nak tgk....lagi sekali.....huhuhu.....Dr Nugu scan pun katanya x nampak kilang telur..maybe kecik sangat atau tinggi kedudukannya yg saya dah sedia maklum sebelum nie....nak operate betulkan saya ambil risiko besar.....saya dah down.....tapi Dr Nugu bagitau bila bagi ubat untuk stimulate telur mudah-mudahan telurb tu berat dan turun ke bawah n senang nk pickup....mudah-mudahan....sy cuma pikir positif jer...kalau tuhan nk bagi...apa pun rintangan dan dugaan dapat juga.....jgn mudah mengalah....dan doktor hanya bagi 30% sahaja untuk sukses...takper...masih ada harapan.....yakin pada Allah....

Doktor soh beli ubat kt farmasi then jumpa kt klinik balik sebab nak ajar cara cucuk.......asalnya saya nak pergi klinik jer cucuk.....tapi bila dah demo untuk cucuk....takper lah saya cuba cucuk sendiri....

Doktor soh beli ubat

Puregon 300iu x 5 (makan untuk 5 hari) RM350 x 5 = RM1750
Orgalutron x 1 RM130X1 = RM130

Total : RM1880

Kos tambahan : Puregon Pen (RM10), Cooler Bag (RM20) - sebab ubat kena simpan dalam peti sejuk..cooler bag cuma untuk sementara....
 

Ubat Orgalutron tu kena beli lagi Isnin depan masa scan..huhuhu..sebab ubat tu sampai hari Ahad jer....

Maka bermulalah siri jelajah IVF saya.......saya masih mengamalkan beberapa suppliment.......doa, ikhtiar, usaha...yg penting yakin pada Allah...insya allah....

Cooler Bag

Puregon 300iu

Puregon Pen
 
Semalam dah start cucuk2...pukul 12.30tghari.......dibantu oleh nurse....so hari ni tengah berdebar nak cucuk sendiri.....fuh......mmg berdebar.......


p/s: Mohon kawan2 doakan dipermudahkan semuanya untuk saya.......saya tak nak dengar cerita2 negatif....hanya cerita positif je saya nak dengar..sebab akan beri kesan pada perasaan saya....saya tak nak down.....saya tetap yakin dengan kuasa tuhan......insya allah.....stay positive....



6 Feb 2015

Macam-macam hal.....


Masa berjalan begitu pantas..sedar tak sedar...dah masuk bulan 2 dah pun.......bulan depan dah bulan 3.....wowwww.......maknanya semakin hampir nak buat IVF......macam2 dalam kepala nie...boleh proceed ker?..ada masalah ker?....berjaya ke nanti IVF tu?.....fuh....macam2.......adakah saya dah bersedia sebenarnya...tapi nak tak nak tak boleh x buat...umur semakin meningkat.....bak kata mak....dapat sorang pun jadi lah kan.....best fren saya pun nak buat IUI bulan 3 nie...harap2 doa kami dimakbulkan.....kami kawin pun dekat2...dia bulan 5 saya bulan 7 pada tahun yang sama.....

Kat office ni masing2 sibuk bercerita pasal anak masing2.....wife staf saya baru je bersalin semalam..heboh jugaklah dalam wataspp group.....bertalu2 ucapan tahniah.....happy for both of them....tapi tetiba rasa tersisih sikit...sorang lagi staf wife dia pun menunggu hari..masa mula2 pregnant heboh kt FB buat pengumuman.....sampai skrg pun checkup pun memanjang update.....maybe tgh excited......sorang staf perempuan saya rasanya tgh pregnant.....gerak hati saya yang cakap....diaorg pun suka cakap bisik2 pasal anak...almaklum..saya belum ada...x boleh masuk group...hehehehe...tapi tak kisah...yg pasti saya sedang fokus dengan IVF saya next month...insya allah....

Berita Lisa Surihani pregnant pun bagi tamparan kat saya..kena tempias jugak...mak cerita...masa dia borak2 dengan makcik....makcik saya cakap..."baguslah dah mengandung tu...dah lama kawin..orang lain dah banyak dah anak dah tu"......kata mak saya makcik saya tu perli saya jugaklah....yelah...mentang2 anak tu pantang cuit jadi kan...tu yg perli saya tu......tetiba saya geram cakap dengan mak "takper..sekurang2nye Jie tak tanggung laki dok umah...tak keje"....hahahahaha......

Kalau ada buat makan2 family pun saya rasa tersisih gak....diaorg cerita pasal anak....saya..pasal anak kucing boleh kot...hehheheeh....tapi dah lali....jadi tak kisah..kadang2 jer perasaan tu datang..lepas tu hilang......

Oh ya..esok saya pergi forum IVF kat Hospital Pantai......saja nak dengar penerangan......dan baca dalam blog Dr Adilah..ada ujian darah percuma...tapi terhad..harap2 ada rezeki esok..hehehehe........

Tgh period skrg...awal seminggu jugak......tapi takde period pain langsung....hari pertama jer sengal2 pinggang...syukur yang amat.....masih teruskan dengan Duphaston.....

Apa2pun hidup kena teruskan jugak walau dikeji, dicaci dan diperli sepanjang masa tak kira kt opis, umah family n umah family mertua....dah jadi darah daging pun...janji saya tak susahkan orang lain kan....

ok...byeeee.....

28 Jan 2015

Surah Al Fatihah


Pagi2 tadi terbaca satu post dari blog Dr Adilah berkaitan surah alfatihah...Ada pesakit dia yang amalkan surah alfatihah ni sepanjang prosedur IVF...Allahuakbar.....kuasa tuhan siapa yang boleh menafikan.....itulah kuasa doa .......sebagai org islam....doa adalah senjata kita...malas nak cerita panjang...apa kata korang baca sendiri dalam blog Dr Adilah

:))

26 Jan 2015

Berangan....


Untuk pengetahuan semua sekarang saya tgh mkn ubat Duphaston untuk regular kan period cycle. Bulan ni period saya awal seminggu.....risau.....cycle 21 hari berbanding 28 hari sebelum nie....sehingga hari ke7 period masih banyak...risau jugak....banyak dah pad dibeli.....hari ke5 saya makan duphaston...entah betul entah tidak aturan yang saya makan tu....dalam masa yang sama saya masih amalkan madu+apple cider..... alhamdulillah...hari ke-8 period slowly stop.....masih teruskan Duphaston.....period kali ni ok...x sakit sangat..setakat sengal2 kt pinggang....telan jugak painkiller sebab nak buat kerja dengan selesa kt opis...huhuhu..ngengada kan...sakit sikit pun x boleh ...ehheeeheh..... sekarang ni selera makan pun memang menjadi2..sebab apa tak tau.....nak2 kalau mak yang masak..lagi lahkan.......sambal petai n jering...fuhhh..berantu bila makan tuh..x toleh kiri kanan dah......baju banyak yang dah sempit sikit...... dan semalam baru je kakak ipar tegur...."pipi dah tembam sikitlah"....huhuhu..memang perasan pun...pipi tu dah tembam.......kat opis ni memang sentiasa kena ada stok makanan....sebab lapar memanjang......

Next....saya cadang untuk call PPUM selepas satu lagi cycle period....di jangka next period 14hb Februari....then period yang seterusnya dijangka 14 Mac .....dan nak start bulan Mac tu..itu cuma perancangan...x tau lah ok ke tidak kan.....kalaulah apa yang dirancang tu dipermudahkan Allah....kalau IVF tu berjaya..maknanya bulan April saya akan terima berita gembira..hehhehe....BERANGANNNNN!!!!.....Well....siapa tau kan....stay positive beb....itu yang penting....kalau lah tarikh tu semua tepat je perjalanan dia....betul2 masa birthday saya saya terima berita gembira tu tau.....huhuhu..bila saya buat kira2 tu kan..x sangka plak kena dengan tarikh birthday saya....kalau dimakbulkan tuhan doa saya tu.....alhamdulillah....itulah hadiah birthday paling best yang akan saya dapat......

Ya allah! Perkenankan doaku ya allah...perkenankan doa rakan2 TTC ku....Semoga tahun 2015 ni tahun kegembiraan kami setelah sekian lama mengharap...amin.....

14 Jan 2015

Semoga ada sinar tahun 2015


Tahun 2015 dah dekat sebulan dah ...heheehhe...baru nak update....sibuk sikit...banyak benda nak setle di hujung2 tahun....

Saya harap tahun 2015 ni ada sinar buat saya sebagai TTC nie.....harap2 perancangan nak buat IVF tu terlaksana....now tengah proceed makan Duphaston sebab hari tu bleeding x berhenti..so doktor soh makan Duphaston utnutk 2 cycle...baru terhegeh2 nak makan utk cycle pertama nie....huhuhu.....period dah normal utk 7 hari je...cuma tak tau lagi sama ada datang 2 kali sebulan ke tidak....kalau ok..oklah...alhamdulillah.....hari tu beri Duphaston ada diskaun...RM55 jer....ni dah nak habis...nak cuba cari kat klinik panel kot2 ada kan...satu kotak ada 20 biji jer.....

Tahun ni jugak dua2 bos saya bertukar....so dengan kehadiran bos baru ni semoga ada sinar sikit...kot2 dapat naik pangkat ker kan..ehhehehe...berangan jer......

Saya cadang nak buat IVF penghujung bulan 2 nie..selepas habis 2 cycle makan ubat Duphaston nie.....doakan yer semuanya dipermudahkan yer kawan2.......x ada apa nak cakap dah......

SELAMAT TAHUN BARU 2015!