Pages

8 Mar 2015

Persedian IVF 2 : Rawatan Akupuntur


Yang dah berlalu biarkan berlalu. Biarpun perit nak terima hakikat, hidup perlu diteruskan. Tipulah kalau saya cakap saya tak sedih. Sedih tetap sedih. Terus sedih pun tak guna kan. Usaha tetap diteruskan selagi hayat dikandung badan. Cuba untuk terus positif walaupun kadang2 down sikit. 

As I mentioned before, saya nak try buat rawatan akupuntur sebelum proceed next IVF treatment. Persediaan badan sangat penting. Apa2 pun pengalaman first IVF memang sangat berharga pada saya walaupun separuh jalan. Tak apa. Itu bahagian saya. Tuhan nak saya terus berdoa dan merintih lagi.

Semalam saya pergi ke tempat akupuntur cina sepertimana yang saya baca dalam blog sebelum nie. Dulu kt PJ but now dah pindah kat Seri Kembangan. Tak susah pun cari tempat dia. Ikut jer Waze tu.

Kami sampai dalam pukul 11 lebih disambut oleh seorang lelaki cina. Sebelum tu memang hubby ada call then dia soh dtg utk check dulu. Sebelum jumpa Dr Lim, lelaki cina ni interview kitaorg dulu. Rupanya lelaki cina ni husband  Dr Lim, hehehehe.....lepas tu kitaorg kena jumpa Dr Lim kt tingkat atas. Sampai je kt tingkat atas tu terpampang gambar baby dlm blog Hanim. I saw ur son pic! :).....comel tau......menguatkan hati memang tempat  ni betul....hehehehehe.....

Then Dr Lim interview plak. Komunikasi dalam English walaupun English dia tak berapa baik. Janji faham kan. Dia mintak maaf sebab English dia tak berapa baik. Ok jer Dr. Janji kita paham susah kan........kadnag2 pandai jugak dia selit Bahasa Melayu dia..ehhehehe...not bad......dah kawin dengan org Malaysia kan :).....adalah dalam 1/2 jam interview tu......Dia cakap badan saya sejuk dan saya ni je nis tak tahan sejuk. Memang betul pun. Then dia syorkan buat akupuntur, makan ubat yang dia bagi dan scan. Kos adalah seperti berikut:

  1. Akupuntur - RM20
  2. Scan          - RM50
  3. Ubat          - RM300 (untuk 10 hari, tapi saya try ambik untuk 5 hari dulu iaitu RM150)
Buat akupuntur dalam 1/2 jam. Lepas tu sambung buat scan dalam 15-20 minit macam tu.

Bilik Akupuntur
Lepas habis scan Dr Lim print hasil scan tu. Dia terangkan ada tempat2 dalam badan yang tak berapa nak sihat. terutama perut. Itu saya akui. Sebab itu agaknya telur saya tak respon masa cucuk ubat Puregon n Orgalutran tu. Dua-dua ovari saya tak sihat. Sebelah kanan ok sikit dari kiri sepertimana yang doktor PPUM bagitau...sebelah ovari je nampak ok sikit, itupun x berapa sangat lah....sebab tu telur tak membesar dengan jayanya walaupun dah bagi ubat untuk rangsang ovari tu.

Selesai scan saya turun bawah balik untuk ambil ubat. Ada 5 paket ubat herba yang perlu minum 2 kali sehari. Satu hari satu paket. Belum tau rasa sebab belum rebus...sebab umah x de air semalam...malas nak rebus..hehehehehe........

Saya kena datang balik selepas 5 hari minum ubat herba tu. Insya allah Jumaat atau Sabtu depan saya datang balik tgk progress macammana lepas minum ubat herba tu. Harap2 ada perkembangan positif. Kita hanya berusaha kan..tuhan yang tentukan. Saya cadang nak proceed balik IVF sebelum atau selepas raya nie. Nak sihatkan badan dan dalaman saya dulu. Continue makan supplement2 yang ada dan tambah apa yang patut. Ibarat start from zero....x apa....kalau tak cuba kita tak tahu kan...

Kalau ada kawan 2 yang nk try akupuntur kat sini ni alamat dia

25, Jalan PSK 6, 
Pusat Perdagangan  Seri Kembangan
Tel : 03-89430392, 016-2969628

p/s: Selamat mencuba kawan2.....:) Sentiasa positif akan buat kita lagi tenang....


2 comments:

sweet tooth said...

Anna, i baca egg cycle is 90 days... so may be after 3 months u buat treatment, baru perubahan nampak kat telur tu...

Anna said...

Really? Tq 4 da info 😍