Pages

27 Mar 2015

Persediaan IVF 2: Daun Belalai Gajah


Hari ni dah genap sebulan dari tarikh saya period bulan lepas. Bulan lepas jugak prosidur IVF saya tak dapat dibuat disebabkan masalah telur yang tak respon dengan ubat yang doktor bagi selama 8 hari. Tapi x apa..itu cerita bulan lepas..walaupun pada mulanya saya sedih tapi saya redha...apa nak buat kan...bukan rezeki saya..maybe rezeki saya lepas nie. Dan saya pun selama 3 bulan ni nak bagi badan saya betul2 bersedia untuk next IVF. 

Selepas doktor bagitau IVF saya x boleh nak proceed, saya tak tunggu lama untuk berusaha cara lain. Saya ambil banyak tips dari kawan2 yang sama2 TTC di watsapp group dan FB. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat. Post sebelum ni pun saya dah bagitau supplement apa yang saya ambil. Alhamdulillah, ada yang saya konsisten ambik, ada jugak yang kadang2 tertinggal jugak. Akupuntur pulak saya akan buat insya allah 2 minggu sekali.

Saya ada terbaca dalam FB group ada member yang buat jus daun belalai gajah. Umum dah tau kan khsiat daun belalai gajah nie. Baik untuk cancer dan yang ada ketumbuhan. Kwn2 boleh google sendiri yek khasiat daun nie. Ada yang buat jus sekali dengan epal hijau dan madu. Buat masa sekarang ni saya belum cuba lagi buat jus tu. Maybe saya nak rebus jer daun tu. Daun ni senang je nak tanam. Daun ni kwn husband saya (doktor) yang bagi soh tanam. Katanya utk ubat cancer. Masa tu kami tak tau pun nama daun ni daun belalai gajah. Bawak balik kg mak tanamkan. Then ada sedara datang umah nampak pokok ni then dia cakap mmg utk ubat cancer. Baru2 ni member dalam FB bagitau lepas amalkan buat jus, period ok dan x sengungut lagi. Satu nikmat tu x ada sengugut. Orang yang ada sengugut je tau betapa seksanya masa kena. Serba serbi x senang duduk.

Daun belalai gajah dah selamat amik dari umah mak cuma belum minum jer lagi airnya....ehehhehe......cadang nak start minum esok...mudah-mudahan kan......oh ya....selepas saya proceed dengan IVF yang lepas, saya dah stop mkn Duphaston. Walaupun saya makan Duphaston sebelum nie, period saya still tak normal cyle dia....21 hari...awal seminggu.....sekarang ni plak x period 2 plak.....cuma tanda2 tu dah ada....x keluar fresh blood je lagi.......maybe period saya dalam proses nak nak jadi normal cyle balik. Insya allah....

Baru2 ni ada baca dalam watsapp dan FB group ada produk dari oversea yang boleh membantu yang ada masalah tiub tersumbat dan endo stage 4....next post saya cerita yekk.....tungguuuuu....:)

2 comments:

sweet tooth said...

Ada tanam kt umah ni... rebus gitu je ke? kalo buat jus cemana?

Suzy Anna said...

rebus je sweet tooth......minum air dia