Pages

26 Apr 2013

Akupuntur lagi....

Hari ni cuti..sepatutnya nak g jumpa dr adilah di Hospital Pantai tapi tak jadi sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan sbb nak settle kan pasal wedding sepupu. X nak rasa buang masa so kami pun pergilah buat balik akupuntur di klinik Dr Nik kat bangi. Sepatutnya pergi last week tapi tak sempat....kebetulan hari ni cuti..pergi kejap lah...buat akupuntur pun bukannya lama...1/2 jam dah siap dah. Weekday ni pun org tak ramai...

Sempat jugaklah tanya dr tadi berapa lama boleh kecut cyst ni....dia ckp ada kes yang sampai 3 bulan cyst pun kecut....kena buat at least 2 minggu sekali.....setakat ni saya buat sebulan sekali..maybe lepas ni saya buat 2 minggu sekali.....

Tak ada pantang larang makan ubat homeopathy dr nik ni..cuma kena jarakkan dalam 1 ke 2 jam kalau nak makan ubat hospital atau nak minum kopi atau teh...fuh...lega....sblm ni bukan nak tanya kan....huhuhu...

Okaylah......kalaulah cyst ni boleh kecut sepenuhnya bolehlah proceed dgn ivf plak kan....x nak operate2 dah....huhuh...takut...terukkan  sy ni....hubu..

Next week ingat nak g scan utk cyst tgk perkembangan...so far yg saya check..dia taklah membesar..terkawal...tapi bila lah nak kecut terus kan....ada yg ckp mkn jamu mak dara...tapi husband tak bagi makan sbb panas...x nak lawan ckp husband....i follow...

16 Apr 2013

A 6 Year Old Girl's Message for YOU!

  Salam semua....i just want to share wif all of u this video.......:)


Bila dengar mesej ni rasa hati sangat tersentuh.......Allah tu sayang kita sebab tu kita diuji.....menguji sejauh mana kita dapat bertahan....dan apa yang ada pada kita sekarang adalah bersifat sementara dan pinjaman......

Kehidupan kita ni juga hanya pinjaman......kita diberi peluang untuk hidup dan bernafas di muka bumi ini untuk sementara....terpulang pada kita untuk mencorakkan kehidupan kita...

Ya allah! Sesungguhnya kadang2 aku tak nampak apa yang dah kau berikan tetapi cuma nampak apa yang kau belum beri lagi..Ampunkan dosaku....

Aku bersyukur dengan kehidupan yang kau pinjamkan padaku...semoga aku akan terus bersyukur dengan rahmatMU....

12 Apr 2013

Rawatan Kesuburan : 2nd opinion

Bercakap tentang rawatan kesuburan ni sure kita ni ada banyak pilihan kan....cuba yang itu, cuba yang ini...selagi ada tu cuba jer lah....

Dalam kes saya ni ni, saya dah buat treatment dengan Hospital Serdang n nasihatkan saya proceed dengan IVF selepas report HSG saya tak menyebelahi saya.....so saya beralih ke HUKM (Private wing) dengan Prof Zainul.......dalam masa yang sama saya juga cuba untuk rawatan homepathy dan akupuntur.....n now, saya nak jumpa pula dengan Dr Adilah @ Hospital Pantai KL........

Bukannya tak percaya pada satu2 treatment yg saya dah buat sebelum ni tapi just nak dapatkan penerangan dari dr lain....nak bagi puas hati lahhh.....yelah.....kalau semua dr dah cadangkan untuk buat operation dulu...itulah yang terbaik....saya akan proceed.....kalau ada cara lain yg boleh saya buat selain operation tu lagi lah bagus kan....saya ni sebenarnya takut nak lalui tu sumer lagi...huhuhu...

Saya dah call PA Dr Adilah (Ida) n suruh saya call balik masa first period dan appointment pada D2 rasanya...n first period saya dijangka 25 or 26 April ni..huhuhu.....

p/s: Semakin banyak yg saya google semakin banyak pulak pilihan nak kena buat....huhuhuh.......teruk tak saya ni...hati tak tetap...huhuhu

9 Apr 2013

Berdoalah....setiap kesulitan ada penyelesaiannya


From FB
Doa dan doa tanpa rasa jemu:)..... Saya tak akan berhenti berdoa selagi saya termampu sebab kuasa doa itu sangat kuat. Bila kita sentiasa berdoa akan membuatkan kita lebih dekat dengan pencipta kita....Kepada Allah saja yang harus kita minta, merintih, mengadu dan sebagainya.......sbb Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin kita tak nampak hikmah di sebalik kelewatan rezeki zuriat kita berbanding orang lain tetapi Dia lebih mengetahui dan percayalah bila tiba masanya kita akan mengetahui hikmah disebaliknya.

Tadi sambil-sambil cari maklumat tentang masalah kesuburan ni, saya ada baca blog Dr Adilah. Yes..this is my favourite blog. Saya suka blog ni sebab ada banyak maklumat dan info yang jelas dan juga kata2 semangat yang dititipkan oleh Dr Adilah.

Ada satu entri yang mencuri perhatian saya iaitu tentang pesakitnya yang memang ada masalah kesuburan dan harapan tu kalau dilihat memang agak tipis untuk mendapatkan zuriat..tapi siapa tahu perancangan Allah dan janjiNya pada orang tak tak mudah putus asa. Pesakit Dr Adilah ni berjaya pregnant setelah berusaha tanpa rasa jemu. Subhanallah......Sesunguhnya Allah tak akan mengecewakan kita kalau kita berusaha tanpa jemu dan sentiasa mengingatiNya dengan berdoa.....

Berikut adalah antara maklumat tentang pesakit berikut:

1. Stage 3 endometriosis with bilateral tubal damage
2. Large uterine fibroid
3. Unsuccessful IVF (1st attempt yg fresh embrio tu)
4. Successful frozen embryo transfer (her daughter is now 4 y.o.)
5. 2 consecutive 'frozen transfer' pregnancies - although the 2nd ended up with miscarriage
6. Spontaneous pregnancy - 11 years after marriage, in fact after IVF, walaupun ektopik
7. Disebabkan ektopik - kena op buang tiub
8. Another spontaneous pregnancy - walaupun tiub yang tinggal satu tu pun nampak tak cantik, intrauterine dan dah nak bersalin pun esok ni. This is her fourth pregnancy.


Kalau nak baca detail tentang entri ni boleh baca kat blog Dr Adilah. Berdasarkan masalah yang dihadapi pesakit ni, tak mungkin boleh pregnant secara semula jadi tapi Dr Adilah ada bertanya padanya apakah rahsianya sampai boleh pregnant secara natural..

         "....solat hajat.....minta ibubapa saya doakan sekali..."


Ya allah Ya Tuhanku....besar sungguh kuasaMu.....oleh itu kawan2.....nasihat untuk diri saya sendiri juga yang kadang2 agak rapuh hati ni....BERDOA LAH...BERDOALAH......Allah itu sentiasa mendengar..........kalau kita rasa nasib kita tak baik....masih ada lagi orang lain yang nasibnya jauh lebih teruk dari kita....dan berkat doa merek2 itu, perkara yang mustahil di akal kita, dengan izinNya, tiada lagi yang mustahil....

Apa yang diceritakan oleh Dr Adilah ni betul2 membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan treatment walau apa cara sekali pun.......Dr berhak untuk memberi kita pandangan dan sebagainya....tapi semuanya terletak pada kita bagaimana kita menanganinya.....

Ya Allah, berilah aku dan kawan2 ku yang lain kekuatan untuk menghadapi segala ujianMu ini.

p/s: Rasanya lepas ni nak cuba dapatkan 2nd opinion dari Dr Adilah....huhuhuhuh......

 

 

1 Apr 2013

Kesan rawatan akupuntur dan homepathy

Sebelum ni saya ada buat satu entri tentang Rawatan Alternatif Kesuburan dengan Homeopathy dan Akupuntur    yang saya buat di Pusat Perubatan Homeopathy dan Acupunture Dr. Nik Omar di Bangi.

Masa jumpa Dr tu saya jugak ada bagitau pada Dr yang lately ni saya juga susah nak buang air besar...entah kenapa tah...mengada2 plak kan..selalu senang jer...huhuhuh....then dr cakap ubat yang dia akan bagi tu nanti akan mudahkan juga untuk buang air setiap hari.....

Nak dijadikan cerita...esoknyer lepas buat rawatan akupuntur n ambil ubat homeopathy ni dengan bangganya senang betul saya nak buang air besar...heheheh....tak tau lah kesan ubat homeopathy  n akupuntur atau sebab lain...tapi mmg before this adalah dalam seminggu jugaklah proses nak ke tandas setiap hari tu tak berapa nak lancar sangat..kejap ok..kejap tidak.........

Period saya bulan ni macam bulan2 yg sebelumnya jugak....nak kata sakit sangat pun tidak..nak kata tak sakit pun tidak...tengah2 la kan....nak kata guling2 atas katil x der lah....boleh lagi kalau nak masak ker pergi kerja ker.....

Memandangkan kos akupuntur ni boleh tahan jugak mahalnyer...(pada sayalah kan....huhuhu)...so saya planning nak buat akupuntur 2 kali sebulan......kalau ada bajet lebih tu boleh lah buat seminggu sekali..itu lagi bagus sebenanrnya....lagipun saya dalam proses nak buat IVF so......saya nak bersihkan secepat mungkin saki baki penyakit dalam badan saya ni.....

Ada satu story yg buat saya berkobar2 nak teruskan dengan akupuntur ni yg telah mencuba rawatan akupuntur ni selama 9 bulan...dan hasilnya berjaya pregnant....kalau nak baca boleh baca kt link ni...semoga ceritanya akan menjadi inspirasi buat kita semua yg sedang mencuba apa jua cara..tak salah mencuba..insya allah dengan izinNya...



Sempat ambil flyers ni masa kt klinik.....untuk tatapan semua :)

p/s : Kalau ada kawan2 yang dah berjaya guna rawatan alternatif tu boleh lah share kt sini yekkk.....