Social Icons

Pages

11 Aug 2017

40 days Pantang Challenge - 3/8/2017 - 10/8/2017

Salam semua....wowww...dah setahun lebih tak update blog...huhuhu.....macam banyak benda tertinggal tak direkodkan. Semenjak failed IVF 2015 dan diagnos pula ada fibroid rasa down sangat. Macam2 usaha dah buat. Makan itu makan ini. Sakit pulak on off. Dah nampak ok sikit sakit tu sakit pulak balik. Oh ya...awal bulan Februari 2017 yang lepas saya warded PPUM sebab anemia. Macammana boleh dapat anemia? Period non stop for 2 weeks uolllsss. Terus drop hb. Badan cepat penat, jantung laju dan tak bermaya. Buat checkup pasal lain terus doktor soh admit hari tu gak. Period panjang relate pulak dengan fibroid sebesar 10x7. Lepas tu doktor detect pulak ada tiroid. Allahuakbar....besarnya dugaan..sakit yang sedia ada pun tak baik lagi datang lagi satu penyakit. Tak pikir panjang terus buat appointment kat PPUM sebab takut tiroid melarat. Alhamdulillah lepas makan ubat doktor selama 2 bulan lebih hormon tiriod saya dah normal. Cuma sekarang doktor turunkan dos ubat sebab nak kena makan ubat tiroid untuk setahun setengah sekurang-kurangnya baru boleh stop. Berkaitan fibroid pulak, masa bulan puasa hari tu saya buat MRI untuk tengok detail sebab saya still sakit perut walaupun tak period. Everyday painkiller. Dalam 30 hari sebulan adalah 1,2 hari je sihat. Lain2 hari yilekkk. Lepas dapat result MRI tu doktor cakap tiub saya bengkak dan dia bagi ubat Medroxyprogesterone untuk 2 bulan. Kesannya period tak berhenti pulak sebulan. Terpaksalah saya minum air rebusan kayu manis untuk stopkan darah period. Fuhh...Dugaan.

Okaylah kita tutup cerita pasal masalah kat atas tu. Yang saya nak cerita ni pasal saya nak start balik apa yang saya dah stop sebelum ni. Orang kata saya tak istiqamah...Hehehhhe....kejap buat kejap tidak. Senang cerita sakit endo, adeno, fibroid, cysts dan yang seangkatan dengannya ni berkait jugak dengan corak pemakanan kita. Kita makan ubat, supplement macam2 tapi makan kita tak control. Emosi dan stress kita abaikan. Sekarang adalah masanya untuk saya tekad nak sihat dan nak pregnant cepat2.

Sekarang saya tengah join 40 days Pantang Challenge yang bermula 3/8/2017. Apa yang saya pantang? Saya akan cuba pantang ayam, daging, telur, seafood dan ikan. Dalam masa yang sama saya ambil lemon panas+ teh hijau, vitamin D3 dan satu ubat herba xue fu zhuyu untuk rawat endo saya ni. Teh hijau dan vitamin D3 ni adalah untuk rawat fibroid saya. 

Kalau fikir nak pantang ni cabaran memang banyak tapi bila memikirkan nak sihat dan kalau boleh masa next appointment saya kat PPUM 30/8/2017 ni ada fibroid saya kecutla kan. Saya tutup mata je tengok makanan2 tu. Terus terang saya cakap sepanjang seminggu ni memang saya ada on off pantang tu. Ada jugak hari2 saya terlanggar pantang but it's a good start for me. Untuk minggu pertama ni saya agak sibuk dan tak sempat nak simpan senarai apa yang saya makan untuk cabaran ni tapi boleh bagi sedikit gambaran.

Untuk permulaan ni saya dapat mengurangkan makanan seperti ayam, daging dan telur. Seafood memang tak usik langsung minggu ni. Yang terlajak pantang tu kadang2 terambik dengan kuantiti yang sikit. Saya tak boleh drastik terus tidak makan sebab berat badan saya pun tak berapa nak cukup. Berusaha untuk makan sup sayur macam sup sawi dan sup kentang. Untuk sumber protien yang saya tak boleh ambik tu (walaupun ada yang dah terambik sikit...huhuhu) saya ada ganti dengan makan tempe goreng sambal campur ikan bilis. Yummm....sedap tau. Saya juga ada ambil roti, dan ambil kuih muih untuk breakfast. Hari tu masa balik rumah mak dapat makan sambal jering. Sedap betul rasa dia.

Saya masih kekalkan minum air teh hijau, air lemon panas, vitamin D3 dan herba xue fu zhuyu setiap hari.

Okaylah.. next entri nanti saya share sumber protien yang boleh dimakan untuk gantikan ayam, daging, telur, seafood dan ikan.

p/s: Untuk period bulan ni saya masih ada sengugut tapi tidak berapa sakit. Ya allah! Kau hapuskanlah semua kesakitanku ini dan semua rakan2ku yang senasib denganku. Ssesungguhnya kami amat merindui nikmat sihat itu. Amiin....

22 Jan 2016

Dugaan lagi: Fibroid

Yes, dugaan silih berganti. Apa2 pun saya redha. Ada hikmah yang saya masih x nampak. Alhamdulillah. Dua minggu lepas saya sakit perut. tak tau nk describe macammana. Then pergi klinik scan doktor cakap ada fibroid dalam 7x4cm. Besar jugak. Patutlah sakit. Bergantung pada ubat tahan sakit. Doktor bagi surat refer ke hospital. Ya allah..... takutnya nak ke hospital lagi. Operate? Lagilah takut..takut sangat2....tapi kalau dibiar lagi besar lagi bahaya n lagi sakit. Saya lepaskan dulu pergi kursus kt JB 3 hari. Kebetulan 27hb ni saya ada appointment kat PPUM. Kalau ditakdirkan saya kena masuk wad hari tu, saya ready. Kalau tak saya ok jer. Tapi sekarang ni sakit tu alhamdulillah, tak perlu saya nak bergantung pada ubat tahan sakit. Bila sakit saya tekan je perut tu sampai dia baik sendiri. Dalam 2 minggu ni pagi2 saya ambik arabic gum n lemon panas. Usaha kan. Bangun tajahud n Dhuha, mohon diringankan kesakitan saya nie.. Kalau x mampu nak bangun tahajut, masa terjaga tu saya doa mohon diberi kesembuhan. Allahuakbar... semua ini ujian dari Allah.., saya terima walaupun kadang2 tergelincir jugak hati nie..berlinang airmata sedih.....

Saya mintak nasihat kawan2 saya. Semua ckp better saya buang fibroid ni sementara masih kecil dan jangan dibiarkan. Mudah jugak untuk saya buat IVF nanti. Saya sebenarnya takut nak melalui operation tu...takut sangat......tapi kalau tak buat saya akan menanggung sakit setiap hari dan x boleh nk proceed IVF. Terpulang pada appointment saya minggu depan. Semoga dipermudahkan untuk saya. Doakan saya yer kawan2... i need ur support...:)

10 Dec 2015

Alhamdulillah...hubby dah ok!

Sebelum ni saya ada cerita tentang keadaan hubby saya kan..alhamdulillah..walaupun nampak macam mustahil...dia tak perlu lagi buat dialisis..Doktor minta hold dulu n kena makan ubat untuk keluarkan racun dalam badan dia melalui air kencing. Untuk pengetahuan semua, walaupun hubby saya ada masalah buah pinggang (dr diagnos end stage), tapi dia ada air kencing..maknanya masih boleh kencing macam org yang sihat dan racun boleh dikeluarkan melalui air kencing. Mula2 dr bagi test dulu untuk seminggu boleh tahan ke tidak kalau x buat dialisis (asalnya IJC kabel kat leher tu tercabut n kena tunggu hari Isnin bar boleh pasang balik). Bila test darah, kreatanin dah turun....then test lagi untuk 2 minggu..turun lagi kreatanin..n now dah 3 minggu tak buat dialisis  tapi masih bergantung pada ubat..hopefully lepas ni tak perlu bergantung pada ubat pulak..insya allah...

Oh ya...memandangkan hubby pun dah macam semakin sihat....barulah saya terfikir nk start balik treatment.....masa hubby masuk hospital n buat dialisis hari tu saya tinggalkan semua ubat2 n supplement saya tu...sebab risaukan hubby..x pikir diri sendiri.....skrg nak start balik..walaupun hari tu nak start buat IVF bulan 12 kan..tapi kita merancang tuhan yang menentukan....

Ada berita yg x best jugak nie..tadi g buat scan kt klinik sbb sakit perut belah kiri walaupun dah habis period... ada cyst kecik sangat belah kiri tu n dr suspect ada fibroid but not confirm yet... next month kena check balik...harap2....bukanlah....n skrg ni nk start balik minum air lemon, madu, susu kambing, kurma dan vitamin2....apa2 pun..doakan saya yer dipermudahkan...saya anggap setiap musibah tu ada hikmahnya... mungkin belum nampak sekarang.

23 Oct 2015

Dugaan dan ujian menerjah lagi

Salam semua.....Maaf sebab dah lama tak membebel dalam  blog ni. Last updated bulan 5 hari tu. Bayangkan dah berapa lama saya takmembebel dalam blog nie. Dalam masa tu jugak mesti dah banyak yang jadi kan. Memang betul pun. Selama hampir 5 bulan tu macam2 jadi. Jadi saya nak mintak maaf pada kawan2 yang ada em el saya tanya berkaitan serra dan sebagainya. X sempat saya nak balas disebabkan kesibukan dan masalah yang datang.

Saya pernah plan nak buat IVF selepas raya. Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Selepas raya hari tu, suami saya masuk hospital. Diagnos kidney failure. Sebenarnya dia dalam sebulan sebelum tu mmg x der selera makan, tapi tak tau sebab apa. Husband saya ni penakut jarum  so mmg takde lah kan nk g check bagai kt hospital. Hari raya kedua, kaki dia bengkak. Dah agak dah ada problem dgn kidney. So dia buat test kt pathlab. Result dia bacaan kreatanin dia high. Boleh google ehh pasal kreatanin nie..ehheheh.....

Sebulan lepas dapat result tu keadaan dia makin teruk. Cepat penat, susah nak tidur, tak lalu makan. Last sekali terpaksa panggil ambulan ke PPUM. So bila doktor buat fully checkup rupanya ada problem buah pinggang. Berkampunglah saya kat PPUM selama hampir 2 minggu.

Now dah okay sikit tapi planning IVF saya tersangkut sikit. X apa. Janji dapat tgk husband sihat. Pun dah ok. Sekarang ni baru nak rancang balik nak buat IVF. Pantang saya sebelum ni pun dah ke laut semenjak husband masuk hospital. Now baru nk start balik. Huhuuhuhu.....

Selepas ni saya akan aktif balik berblogging. :). Sekarang ni pun saya dah sibuk sebab dah join jadi agen Prudential. Kalau ada kengkawan yang nak dapatkan konsultansi berkaitan Medical Card, Income Replacement, Pelaburan, Perancangan tunaikan haji boleh contact2 saya yer. Quotation FREE. :).


Boleh baca info kt blog saya yang lagi satu 
http://prubsntakafulsuzy.blogspot.com

20 May 2015

Persediaan IVF 2: Masalah telur


Lama dah rasanya tak berblogging. Saya agak sibuk kebelakangan ni. Dengan audit yang silih berganti. Rasa tak terkejar rasanya. Ni sempat nak berblog ni pun sebab tunggu hubby sebab lambat datang ambil kat office.

Usaha TTC masih lagi saya teruskan. Cuba sedaya upaya untuk terus konsisten. Selepas fail untuk proceed IVF yang lepas, doktor suruh datang balik buat appointment dan dicadangkan untuk saya ambik test AMH (Anti Mullerian Hormone). Ujian ini membantu untuk menganggarkan 'ovarian reserve' dengan mengukur bilangan folikel membangun dalam ovari pada masa tertentu. Dalam masa 2 minggu dah dapat resut. Resultnya ialah bacaan AMH saya tersangatlah rendah berbanding umur saya yang tak lah tua sangat.....bacaan AMH saya ialah 1.2. AMH rendah ni maksudnya bilangan telur rendah atau penurunan dalam bilangan telur, berkurangan pengeluaran dan kemudian berhenti sebagai folikel berkembang. Sedih kan.......dan doktor inform maybe sebab saya pernah kena infection masa akhir tahun 2013 yang lepas dan bagi kesan pada perkembangan telur saya. Tapi hubby sangat positif.... dia bagitau bukannya x ada langsung cuma sikit....so kami decide untuk proceed IVF lepas raya nie. Maybe dalam bulan 8. Sbb nak bagi badan saya sihat balik dengan ambik supplement2 untuk masalah telur saya yang tidak matang dan tak berkembang ni.

Maybe sebelum raya ni saya nak ambik lagi sekali test AMH ni untuk tengok perkembangan sebab sekarang saya memang mengamalkan supplement2 yang mungkin boleh bantu masalah saya nie. Ambik jugak makanan sunnah. Kos untuk buat test AMH ni ialah RM169 di PPUM. Test ni doktor akan ambik darah dan buat ujian di makmal. Kt farmasi luar maybe mahal sikit.

Oh ya....saya ada pertambahan vitamin yang saya ambik selain yang pernah saya cerita dalam entri sebelum nie. Saya ada ambil Serrapeptase enzym , NAC, Vitamin D3 dan COQ10.

Serrapeptase enzym , NAC ni saya order dari kawan saya sebab kena beli online dari oversea. Fungsinya adalah untuk membantu masalah endo,cyst dan tiub yang blok. Saya dapat tahu ni pun dari group FB....so saya pun cuba lah....setakat ni dah 2 bulan saya amalkan.....period saya mmg dah kembali ke cycle normal dan alhamdulillah period pain tu tak berapa teruk dan x banyak macam dulu2.....bab tiub tu saya x check pun lagi..seriau tu ada lagi nak buat HSG.....Ada kawan dari group FB bagitau, tiub dia dah unblocked bila buat HSG balik selepas makan Serrapeptase enzym dan NAC. Dan sampai sekarang masih amalkan. Mula amalkan dari tahun 2014.Itu yang buat saya nak cuba jugak tu.

Untuk masalah tiub tersumbat

Untuk masalah endo, cyst dan yang sewaktu dengannya

Fokus saya sekarang ni untuk solve untuk problem telur yang tidak berkembang dan matang nie. Dan dari pembacaan saya vitamin D3 dan COQ10 adalah vitamin yang sesuai untuk dicuba. Kalau nak diikutkan hati banyak yang saya nak makan, tapi x apalah...saya cuba yang ini dulu....ini pun hubby dah bising sebab banyak sangat saya nak cuba....dah berderet vitamin kat umah tu. Akupuntur setakat ni dalam sebulan saya buat 2 kali. Saya start makan supplement ni secara konsisten masa akhir bulan 3 selepas saya fail nak proceed IVF.... saya join group2 TTC dan dapat banyak ilmu vitamin apa yang sesuai untuk masalah macam saya nie.......Saya tak nak terlalu merintih sedih...saya akan usaha selagi boleh......

Ok, nanti saya sambung cerita lagi yer.....doakan my next AMH test ni ada perkembangan positif yer kawan2.....sebelum raya ni nak g buat test kt PPUM then kalau ok terus proceed dengan IVF. Sesungguhnya apa yang terjadi itu ada sebabnya yang kita tak ketahui..Maybe tuhan bagi saya lambat sikit sebab ada banyak yang nak saya kena uruskan. Mmg betul pun, sebelum raya ni banyak betul kerja-kerja office yang perlu saya selesaikan. Harap2 lepas raya n buat IVF dan ditakdirkan success saya dah boleh rest dari pikir bab2 kerja nie...Doakan saya tau :)

LUV U!!!