Pages

26 Sept 2012

Usaha kecutkan Cyst dengan Jus Kumango dan Jus Monavie

Salam semua.......sebelum ni saya ada nyatakan yang saya ada cyst yang saya agak menghalang untuk saya mengandung dengan cepat...tapi..apa2 pun itu semua kuasa tuhan kan..kalau dia nak bagi..bila2 pun dia bagi....cuma orang sekeliling ni tak henti2 nak bertanya.."Bila lagi ni?..."Berdua lagi?"..fuhh....please lahh.....jgn tanya boleh.......emo sikit...huhuhu....

Okaylah berbalik pada tajuk post saya ni..mmg skrg ni saya dalam usaha untuk terus 'melenyapkan' cyst saya ni...syohhh...pergi jauh2 .....hehehehe....apa yang saya buat sekarang ni...saya minum jus Kumango dan Monavie.....masa tu saya sajer surf internet..terjumpa tentang juskumango ni.....alhamdulillah....rasanya sebelum ni cyst saya hampir 5cm mengecil menjadi 3.2cm...saya makan dalam tempoh 3 bulan....lepas tu saya stop kejap makan jus ni..n bahananyer....cyst saya bertambah balik ke 4cm...huhuhu...n now, saya start minum balik kedua-dua jus ni.....dan alhamdulillah period saya tak sakit sangat....maybe 1hb Oktober nanti saya nak g scan lagi...nak check saiz cyst ni......sebab 2hb saya ada appointment di Hospital Serdang untuk rawatan kesuburan.....harap2 dipermudahkan....

Oh ya..mana ek nak dapat jus kumango dan monavie ni.....jus kumango ni biasanya saya beli online jer......dengan agen dia.....monavie boleh dapat kt Giant, Tesco dan mana2 kedai pun ada rasanya sekarang........

Ni cerita tentang pengguna Jus Kumango dari Kosmo:


KOORDINATOR klinikal dan pensyarah kejururawatan di Kolej Lincoln, Petaling Jaya, Selangor, Noor Shakinah Hassan Basri, 43, pernah disangka hamil kerana perutnya yang buncit.
Malah, gaya beliau berjalan juga sering menimbulkan tanda tanya mereka yang memerhati.
“Saya disahkan mempunyai ketumbuhan fibroid berdiameter empat sentimeter pada kedua-dua belah ovari pada tahun 2000.

“Setiap kali datang haid, saya akan mengalami pendarahan yang teruk. Darah yang keluar berketul-ketul dan saya perlu menukar tuala wanita hampir setiap lima minit.
“Insiden darah terkena pakaian juga terlalu lazim, biarpun sudah masuk hari ketiga haid. Malah, setiap kali datang haid, saya tidak akan duduk kerana risau akan ‘kebocoran’.
“Sakit akibat senggugut juga mengganda menyebabkan saya kerap ambil cuti sakit, hilang mood ketika mengajar dan perlu makan ubat penahan sakit.
“Hendak berjalan pun dirasakan sukar,” dedahnya yang pada waktu itu akan mengalami haid sehingga sembilan hari.

Tatkala didatangi haid juga Shakinah akan tidur berasingan daripada suami di atas tikar getah di lantai bilik tidur.
Biarpun sering memakai baju dan seluar yang besar serta longgar bagi mengelakkan perut buncit itu kelihatan terlalu jelas, Shakinah tidak dapat berbuat apa-apa dengan caranya berjalan.
“Ketumbuhan itu menyebabkan pembengkakan pada bahagian bawah perut. Jadi setiap kali berjalan, saya merasakan geselan pada bahagian itu. Ia bukan saja tidak selesa, tetapi juga menyakitkan,” kongsi Shakinah.

Sebelum itu, pada tahun 1996, Shakinah disahkan menghidap endometriosis, iaitu keadaan yang berlaku apabila tisu endometrium tumbuh di luar rahim. Akibatnya, Shakinah mengalami keguguran sehingga dua kali.

Rentetan daripada itu, Shakinah menjalani pembedahan untuk mengikis dinding rahim, membuang fibroid dan mengambil suntikan untuk menghentikan haid sehingga enam bulan.
“Ubat herba Cina yang paling pahit pun saya makan tetapi fibroid tumbuh lagi di tempat yang sama selepas itu,” katanya yang berkahwin pada tahun 2006.
Secara kebetulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Lincoln, Prof. Datuk Dr. Ir. Badaruddin Nordin sedang membuat kajian tentang khasiat buah kumango atau Star Apple.
NOOR SHAKINAH disahkan menghidap fibroid pada tahun 2000.



Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu mendapati buah tersebut mengandungi elemen terapi yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

“Saya orang pertama mencuba air buah itu. Disebabkan ia dihasilkan daripada buah dan tidak dicampur sebarang bahan kimia, saya berani mencubanya.
“Hanya selepas seminggu mengambil air buah itu, saya tidak lagi mengalami pendarahan haid yang melampau.
“Untuk mengesahkan keadaan fibroid dan endometriosis di dalam rahim saya itu, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk melakukan imbasan bunyi.

“Doktor itu mengatakan saiz fibroid saya yang asalnya ialah tiga sentimeter sudah mengecut kepada satu sentimeter,” kenang Shakinah.

“Perut saya juga semakin kempis dan sekarang saya boleh menyarungkan baju kebaya dan berkasut tumit tinggi. Saya juga semakin yakin dengan diri sendiri,” tambahnya.
Malah, tiga bulan selepas mencuba air buah kumango yang dipopularkan sebagai Bio-99 itu, Shakinah disahkan hamil.

Malangnya Shakinah keguguran sekali lagi semasa kandungan mencecah usia empat bulan akibat terjatuh dari tangga kapal terbang.
“Sekurang-kurangnya usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Itu tempoh paling lama saya hamil berbanding sebelum ini di mana saya gugur belum pun usia kandungan mencecah tiga bulan,” ujarnya positif.


Harga Jus Kumango ni RM99. Kalau masuk kos penghantaran kena +RM20. So harga dia RM119. Jus Monavie yang saya beli dalam harga RM120. Harga lain2 ikut agen yang menjual...Bagi korang yang ada masalah cyst tu tak salahkan kalau nak mencuba.....dan sekarang kedua jus inilah yang saya cuba..alhamdulillah....dan setiap pagi juga saya akan makan buah kurma dan madu......mudah-mudahan dipermudahkan semuanya....doakan saya yer kawan2......harap2 tahun depan tak perlulah saya menjawab soalan2 cepu emas lagi...huhuhu...



 

1 comments:

Anonymous said...

Do you have to raise your deductible just to afford it.
VPI is a comprehensive insurance for your dogs and cats.

Choose the best pet insurance by their customer service department, not just the sales department.



Feel free to surf to my web blog: health insurance cover boulder, ,