Pages

14 Sep 2012

Ovarian Cyst penyebab susah hamil?

Ovarian Cyst ialah kantung yang mengandungi cecair yang berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini ini boleh jadi seperti air atau mengandungi tisu-tisu seperti gigi dan rambut. Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita.

Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Itu adalah story serba sedikit tentang cyst yang menghantui wanita....kalau nak tahu detail korang boleh google jer....x susah pun.....persoalannya sekarang adakah cyst penyebab bagi seseorang wanita tu mengandung? Persoalan ni susah nak diterangkan sebab mengikut secara perubatannya memang ya jawapannya sebab cyst melibatkan kesuburan wanita. Tetapi ada juga dalam sesetengah kes, wanita yang ada cyst ni boleh mengandung.....semua ni kuasa tuhan kan..saper kita nak menentukannya.

Saya sendiri ada history penyakit cyst ni..pada tahun 2008 saya telah dikenalpasti ada cyst...masa tu saya belum kahwin lagi...dalam perancangan nak kahwin...saya kena period pain secara berterusan + demam yang tak kebah2....bila check dekat hospital rupanya saya dah di stage 4. Macam2 dalam fikiran saya masa tu....nak kena buang ke ovari saya?...walaupun asalnya doktor memang nak buang sebelah ovari saya..tapi alhamdullah ovari saya tidak diusik dan masih ada kedua2nya......berkat doa mak dan ayah agaknya masa tu kan....

Setahun lepas tu saya kahwin (tahun 2009)...dan sehinggalah hari ni saya masih belum ada tanda2 untuk mengandung :(....sedih tu memanglah sedih...tapi saya sentiasa positif....mungkin tuhan belum nak bagi kami rezeki lagi......

Pada tahun 2011, saya pernah check di klinik sebab saya sakit perut yg amat sangat...rupa2nya cyst saya tumbuh lagi dan hampir2 untuk dibedah pada Februari 2011. Tapi saya dan husband decided utk tak teruskan sebab kalau boleh nak selesaikan masalah cyst ni dengan cara lain bukan dengan pembedahan......saya redha dengan apa yang diberikan pada saya...mungkin ada hikmahnya yang saya tak nampak lagi kan.....tapi alhamdulillah....cyst saya dah kecut sikit hasil usaha saya.....cuma masih ada lagi.....insya allah...pada bulan Oktober ni saya akan memulakan rawatan kesuburan di Hospital Serdang....doakan saya :)

p/s : Kawan saya yang ada cyst masih boleh mengandung so pada kawan2 yang ada masalah cyst seperti saya, jgnlah kita putus asa.....doa + usaha....tak mustahil kan...



2 comments:

Nur Ezqy said...

RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

sms: 0122429082 (puan nor)
email: lovidoobidoo@gmail.com

anna said...

boleh check kesuburan ek