Pages

11 Aug 2017

40 days Pantang Challenge - 3/8/2017 - 10/8/2017

Salam semua....wowww...dah setahun lebih tak update blog...huhuhu.....macam banyak benda tertinggal tak direkodkan. Semenjak failed IVF 2015 dan diagnos pula ada fibroid rasa down sangat. Macam2 usaha dah buat. Makan itu makan ini. Sakit pulak on off. Dah nampak ok sikit sakit tu sakit pulak balik. Oh ya...awal bulan Februari 2017 yang lepas saya warded PPUM sebab anemia. Macammana boleh dapat anemia? Period non stop for 2 weeks uolllsss. Terus drop hb. Badan cepat penat, jantung laju dan tak bermaya. Buat checkup pasal lain terus doktor soh admit hari tu gak. Period panjang relate pulak dengan fibroid sebesar 10x7. Lepas tu doktor detect pulak ada tiroid. Allahuakbar....besarnya dugaan..sakit yang sedia ada pun tak baik lagi datang lagi satu penyakit. Tak pikir panjang terus buat appointment kat PPUM sebab takut tiroid melarat. Alhamdulillah lepas makan ubat doktor selama 2 bulan lebih hormon tiriod saya dah normal. Cuma sekarang doktor turunkan dos ubat sebab nak kena makan ubat tiroid untuk setahun setengah sekurang-kurangnya baru boleh stop. Berkaitan fibroid pulak, masa bulan puasa hari tu saya buat MRI untuk tengok detail sebab saya still sakit perut walaupun tak period. Everyday painkiller. Dalam 30 hari sebulan adalah 1,2 hari je sihat. Lain2 hari yilekkk. Lepas dapat result MRI tu doktor cakap tiub saya bengkak dan dia bagi ubat Medroxyprogesterone untuk 2 bulan. Kesannya period tak berhenti pulak sebulan. Terpaksalah saya minum air rebusan kayu manis untuk stopkan darah period. Fuhh...Dugaan.

Okaylah kita tutup cerita pasal masalah kat atas tu. Yang saya nak cerita ni pasal saya nak start balik apa yang saya dah stop sebelum ni. Orang kata saya tak istiqamah...Hehehhhe....kejap buat kejap tidak. Senang cerita sakit endo, adeno, fibroid, cysts dan yang seangkatan dengannya ni berkait jugak dengan corak pemakanan kita. Kita makan ubat, supplement macam2 tapi makan kita tak control. Emosi dan stress kita abaikan. Sekarang adalah masanya untuk saya tekad nak sihat dan nak pregnant cepat2.

Sekarang saya tengah join 40 days Pantang Challenge yang bermula 3/8/2017. Apa yang saya pantang? Saya akan cuba pantang ayam, daging, telur, seafood dan ikan. Dalam masa yang sama saya ambil lemon panas+ teh hijau, vitamin D3 dan satu ubat herba xue fu zhuyu untuk rawat endo saya ni. Teh hijau dan vitamin D3 ni adalah untuk rawat fibroid saya. 

Kalau fikir nak pantang ni cabaran memang banyak tapi bila memikirkan nak sihat dan kalau boleh masa next appointment saya kat PPUM 30/8/2017 ni ada fibroid saya kecutla kan. Saya tutup mata je tengok makanan2 tu. Terus terang saya cakap sepanjang seminggu ni memang saya ada on off pantang tu. Ada jugak hari2 saya terlanggar pantang but it's a good start for me. Untuk minggu pertama ni saya agak sibuk dan tak sempat nak simpan senarai apa yang saya makan untuk cabaran ni tapi boleh bagi sedikit gambaran.

Untuk permulaan ni saya dapat mengurangkan makanan seperti ayam, daging dan telur. Seafood memang tak usik langsung minggu ni. Yang terlajak pantang tu kadang2 terambik dengan kuantiti yang sikit. Saya tak boleh drastik terus tidak makan sebab berat badan saya pun tak berapa nak cukup. Berusaha untuk makan sup sayur macam sup sawi dan sup kentang. Untuk sumber protien yang saya tak boleh ambik tu (walaupun ada yang dah terambik sikit...huhuhu) saya ada ganti dengan makan tempe goreng sambal campur ikan bilis. Yummm....sedap tau. Saya juga ada ambil roti, dan ambil kuih muih untuk breakfast. Hari tu masa balik rumah mak dapat makan sambal jering. Sedap betul rasa dia.

Saya masih kekalkan minum air teh hijau, air lemon panas, vitamin D3 dan herba xue fu zhuyu setiap hari.

Okaylah.. next entri nanti saya share sumber protien yang boleh dimakan untuk gantikan ayam, daging, telur, seafood dan ikan.

p/s: Untuk period bulan ni saya masih ada sengugut tapi tidak berapa sakit. Ya allah! Kau hapuskanlah semua kesakitanku ini dan semua rakan2ku yang senasib denganku. Ssesungguhnya kami amat merindui nikmat sihat itu. Amiin....

3 comments:

Nurul Asma' said...

Aminn.. moga Allah bagi kesembuhan buat mu.

Miss Orked said...

seronoknya.. kita tak dapat join.. insyaAllah next time..

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر