Pages

7 Dec 2012

Menunggu rawatan seterusnya

Ernmm....terasa lama plak nak tunggu next cycle untuk period sebab nak proceed untuk next treatment......First period nanti saya kena call hospital untuk set appointment untuk buat HSG pada D10......lepas habis jer HSG kena set appointment plak dengan doktor kt untuk rawatan seterusnya. Doktor cakap appointment untuk kesuburan akan dibuat 2 minggu selepas HSG sebab nak dapatkan result HSG tu dalam 2 minggu......Lepas tu kena lah tunggu next period untuk proceed makan clomid start pada D2. Then boleh proceed terus dengan IUI kalau x ada apa2 halanganlah.

So, sementara menunggu tu saya hanya mampu berdoa dan amalkan pemakanan yang sihat dan vitamin tambahan. Mana tau kan.....dalam menunggu tu, saya boleh pregnant secara semulajadi. Sebab ada kes yang doktor bagitau saya, ada pesakit yang tengah tunggu nak buat IUI, akhirnya pregnant tanpa bantuan clomid dan IUI...best kan...ada jugak yg saya baca dalam forum, ada yang berjaya pregnant dalam bulan yang sama buat HSG...maybe masa tu, proses HSG bantu bukakan saluran untuk memudahkan pregnant. Kuasa Allah...Tak ada siapa boleh nafikan..walaupun kadang2 doktor kata mustahil...tapi berkat doa dan usaha, semua tu tak ada yang mustahil......saya tetap percaya yang itu.........

Antara pemakanan yang saya amalkan ialah
1. Ambil vitamin tambahan untuk meningkatkan kesihatan badan
2. Makan buah kurma setiap hari. (Saya pun tak tahu berapa biji saya makan sehari. Ikut suka jer)
3. Minum jus kumanggo yang dikatakan dapat memperbaiki dalaman wanita selain dapat mengecutkan cyst.
4. Makan ubat homeopathy Dr Hassan (klinik ni kt PKNS, Bangi..cubalah)
5. Tak sentuh jeruk langsung walaupun itulah makanan kegemaran saya dulu.
6. Makan asif folic (setiap kali appointment doktor bagi so makan je lah kan bagi persediaan un tuk mengandung nanti....Insya allah)



0 comments: