Pages

16 Nov 2012

Rawatan seterusnya di Hospital Serdang

Lama pula rasanya tak menulis di blog ni. Bersawang dah rasanya....Okaylah sebelum ni saya ada tulis tentang rawatan yang saya dah lalui di Hospital Serdang dan antara usaha-usaha saya untuk mengecutkan cyst selain mencuba dan terus mencuba untuk pregnant.

Sebenarnya sebelum ni saya dah dijadualkan untuk menjalani laparoscopy pada 31 Oktober 2012 tetapi telah ditangguhkan sehingga 16 November 2012. Maknanya pada hari saya menulis entri ni saya sepatutnya dah menjalani prosedur laparoscopy ni. Ehh..kenapa saya masih berblog lagi nih...huhuhu...

Jawapannya ialah...sebab tak jadi lah...hhehehe.....masa second appointment hari tu.....doktor ada syorkan untuk buat operation. Bukannya laparoscopy. Sebab saya ada history cyst dan doktor nak bukak (bahasa doktor la kot) untuk senang nak kenalpasti. Masa tu doktor ada terangkan implikasi pada operation tu dan membuatkan saya dan husband gerun sikit sbb kalau boleh saya tak nak lalui lagi operation macam 4 tahun lepas...nak elakkan.....so doktor bagi option..nak teruskan boleh tak nak pun boleh..dia x nak paksa...so kami decided untuk tidak teruskan.....so my husband tanya doktor boleh tak untuk kami teruskan dengan IUI. Doktor kalau boleh nak kami selesaikan masalah cyct ni dulu sebab kalau condition rahim tidak bagus mungkin susah untuk baby lekat dan sebagainya....tapi dia juga tidak menolak kemungkinan kalau dah rezeki dari Allah nak bagi..bila2 masa Dia boleh bagi pada kita..asalkan kita berusaha...

Memang betul kita perlukan pandangan doktor dan tak salah kalau kita nak usaha cara lain kan. Saya kalau boleh tak nak lagi melalui proses operation yang menyakitkan tu. Selain ke berMC selama 2 bulan dan perlu disuntik ubat hentikan period untuk 6 bulan, cukup2lah pengalaman lepas. Saya sentiasa berfikir +ve selagi kita berdoa dan berusaha..InsyaAllah ada jalan untuk kita

Doktor bagitau pada kami husband n wife dia boleh proceed dengan IUI kalau kami nak cuba. Mana tau ada rezeki..itu semua kerja Allah.....So...untuk next cycle bila firt period saya kena call hospital untuk dapatkan tarikh HSG.



HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir ke dalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG ni biasanya dibuat pada hari ke-10 period tapi saya dapat tarikh hari ke-13. Maybe ramai yang buat appointment. Bila dah buat HSG dan confirm yang tiub ok barulah boleh proceed dengan IUI. Harap2 ujian HSG saya adalah normal dan baik. Mungkin ini jalan yang perlu saya lalui untuk mendapatkan zuriat. :)

Nanti saya update cerita next appointment saya ok.

p/s: Saya masih mengamalkan minum jus kumango dan pengambilan vitamin Shaklee (GLA Complex) bagi penyelesaian masalah cysts saya ni. Mudah2han.....berhasil.




0 comments: