Pages

29 Mar 2019

I'm Back!!!

I'm backkkkkkk...... woww......lama betul rasanya tak update blog ni..... almost 2 years jugak tak berupdate... nak kata merajuk tak jugak...tapi sebab kekangan masa dan ada banyak sangat blog nak manage kan.....dalam masa tak aktif ni memang macam-macam perkara berlaku...sampai dah tak ingat dah....still TTC lagi.....never give up...never...never.....

Okay....meh la nak cerita sikit apa jadi sepanjang tak aktif kt blog kesayangan ni.....

Selepas saya diagnos dengan tiroid pada Februari 2017 yang lepas, TTC saya masih berjalan tapi on off....berat badan pun dah ok tapi makin naik la pulak...tapi tak pe...orang cakap makin cute sebab tak kurus sangat....ehhehehe......x de la nampak macam sakit ya amat muka cengkung tu kan....tapi disebabkan tiroid ganggu pulak hormon saya.....tahun lepas lebih 6 bulan saya tak period....ayooooo....kalau sebab pregnant takpe jugak keeennnnn.... 

Awal tahun lepas saya start nak buat treatment IVF di HKL....lepas dah ambik semua darah...seperti dijangka...tak boleh jugak proceed sebab AMH rendah dan macam pre-menoupos....ermmm....macam biasa la kan....lepas keluar dari bilik doktor, mata merah berjurai2 menangis....tak boleh tahan perasaan tu...ya allah...dugaan apa lagiiii.....tapi macam biasa....saya sedih 1-2 hari jer.....lepas tu tangan ligat balik search sana sini....saya seorang yang yang tak akan mengalah walaupun macam-macam fakta yang doktor bagi kat saya...fakta itu cumalah apa yang doktor dapat dari hasil ujian, tapi yang lebih berkuasa hanya tuhan...saya pegang kata-kata tu.....

Apa yang membuatkan saya sangat positif?... Sebab ada satu cerita dari group yang saya join, dia dah dinasihatkan doktor untuk buang rahim, suami pulak masalah sperm....tapi...tapi.....siapa lah sangka kan...dia conceive natural!!...... amalan yang dia buat ialah everyday bangun solat tahajud dan macam2 lagi amalan yang dia buat.....allahuakbar...allahuakbar.....semuanya atas kehendakNya kan....

So start dari tu, saya cuba jugak amalkan almost every day saya akan bangun tahajud, buat dhuha, sedekah walaupun RM1, solat hajat, istigfar 100x sehari, makan vitamin tapi banyak skip..ehhehe....senaman 2x seminggu..... walaupun tuhan tak bagi saya rezeki anak lagi tapi alhamdulillah, banyak urusan saya dan suami dipermudahkan, rezeki pun alhamdulillah...kalau dulu rasa dengan berdua ni pun kadang2 sesak jugak gaji tu, but now rasa mudah dan cukup jer malah bertambah2....

Maybe tuhan nak kami suami isteri betul2 bersedia mental dan fizikal dulu, kewangan yang stabil, baru dia akan bagi rezeki anak...terpikir jugak dulu....dengan berdua pun kdg2 sesak, kalau ada anak?....now dia dah bagi rezeki kewangan yang lebih jugak sekarang, insya allah lepas ni rezeki anak akan menyusul....bersangka baik dengan Dia....Dia dah bagi siki-sikit dah apa yang saya mintak.  Teruskan berdoa, berdoa, berdoa......

Sebenarnya saya dah malas nak buat treatment lagi tapi ada jugak terpikir nak buat kat KL Fertility Centre... masalah saya ni kalau kat government hospital biasanya akan stop kat situ jer..mana tau kat KLFC ni ada penawar untuk masalah saya ni... kalau ada kawan-kawan yang ada pengalaman bleh la share dengan saya ehhh....

Oh ya....tahun ni genap 10 tahun saya TTC diumur 41 tahun.....apa saya rasa? Still ada rasa sedih, down dan kecewa bila dengar ada yang baru kawin dah pregnant, update morning sickness la..penat la muntah2,..ermmm..... tapi tu lah cuba kawal emosi kadang-kadang...... ada jugak yang cadangkan kami stop aje treatment sebab letih tgk kami suami isteri keluar masuk hospital 2 tahun lepas...tapi saya tak ambil pusing pun..yang negatif ni saya buang terus, ambik yang porsitif jer... tahun ni nak hadap 2 adik saya yang akan bersilih ganti bersalin. Ermm..... tak tau nak face macammana.... cuba ok...mana tau rezeki saya bulan depan....aminnnn....saya doakan semua kawan-kawan yang TTC dimakbulkan doa hari Jumaat ni. :)

Nanti saya share lagi yer....

11 Aug 2017

40 days Pantang Challenge - 3/8/2017 - 10/8/2017

Salam semua....wowww...dah setahun lebih tak update blog...huhuhu.....macam banyak benda tertinggal tak direkodkan. Semenjak failed IVF 2015 dan diagnos pula ada fibroid rasa down sangat. Macam2 usaha dah buat. Makan itu makan ini. Sakit pulak on off. Dah nampak ok sikit sakit tu sakit pulak balik. Oh ya...awal bulan Februari 2017 yang lepas saya warded PPUM sebab anemia. Macammana boleh dapat anemia? Period non stop for 2 weeks uolllsss. Terus drop hb. Badan cepat penat, jantung laju dan tak bermaya. Buat checkup pasal lain terus doktor soh admit hari tu gak. Period panjang relate pulak dengan fibroid sebesar 10x7. Lepas tu doktor detect pulak ada tiroid. Allahuakbar....besarnya dugaan..sakit yang sedia ada pun tak baik lagi datang lagi satu penyakit. Tak pikir panjang terus buat appointment kat PPUM sebab takut tiroid melarat. Alhamdulillah lepas makan ubat doktor selama 2 bulan lebih hormon tiriod saya dah normal. Cuma sekarang doktor turunkan dos ubat sebab nak kena makan ubat tiroid untuk setahun setengah sekurang-kurangnya baru boleh stop. Berkaitan fibroid pulak, masa bulan puasa hari tu saya buat MRI untuk tengok detail sebab saya still sakit perut walaupun tak period. Everyday painkiller. Dalam 30 hari sebulan adalah 1,2 hari je sihat. Lain2 hari yilekkk. Lepas dapat result MRI tu doktor cakap tiub saya bengkak dan dia bagi ubat Medroxyprogesterone untuk 2 bulan. Kesannya period tak berhenti pulak sebulan. Terpaksalah saya minum air rebusan kayu manis untuk stopkan darah period. Fuhh...Dugaan.

Okaylah kita tutup cerita pasal masalah kat atas tu. Yang saya nak cerita ni pasal saya nak start balik apa yang saya dah stop sebelum ni. Orang kata saya tak istiqamah...Hehehhhe....kejap buat kejap tidak. Senang cerita sakit endo, adeno, fibroid, cysts dan yang seangkatan dengannya ni berkait jugak dengan corak pemakanan kita. Kita makan ubat, supplement macam2 tapi makan kita tak control. Emosi dan stress kita abaikan. Sekarang adalah masanya untuk saya tekad nak sihat dan nak pregnant cepat2.

Sekarang saya tengah join 40 days Pantang Challenge yang bermula 3/8/2017. Apa yang saya pantang? Saya akan cuba pantang ayam, daging, telur, seafood dan ikan. Dalam masa yang sama saya ambil lemon panas+ teh hijau, vitamin D3 dan satu ubat herba xue fu zhuyu untuk rawat endo saya ni. Teh hijau dan vitamin D3 ni adalah untuk rawat fibroid saya. 

Kalau fikir nak pantang ni cabaran memang banyak tapi bila memikirkan nak sihat dan kalau boleh masa next appointment saya kat PPUM 30/8/2017 ni ada fibroid saya kecutla kan. Saya tutup mata je tengok makanan2 tu. Terus terang saya cakap sepanjang seminggu ni memang saya ada on off pantang tu. Ada jugak hari2 saya terlanggar pantang but it's a good start for me. Untuk minggu pertama ni saya agak sibuk dan tak sempat nak simpan senarai apa yang saya makan untuk cabaran ni tapi boleh bagi sedikit gambaran.

Untuk permulaan ni saya dapat mengurangkan makanan seperti ayam, daging dan telur. Seafood memang tak usik langsung minggu ni. Yang terlajak pantang tu kadang2 terambik dengan kuantiti yang sikit. Saya tak boleh drastik terus tidak makan sebab berat badan saya pun tak berapa nak cukup. Berusaha untuk makan sup sayur macam sup sawi dan sup kentang. Untuk sumber protien yang saya tak boleh ambik tu (walaupun ada yang dah terambik sikit...huhuhu) saya ada ganti dengan makan tempe goreng sambal campur ikan bilis. Yummm....sedap tau. Saya juga ada ambil roti, dan ambil kuih muih untuk breakfast. Hari tu masa balik rumah mak dapat makan sambal jering. Sedap betul rasa dia.

Saya masih kekalkan minum air teh hijau, air lemon panas, vitamin D3 dan herba xue fu zhuyu setiap hari.

Okaylah.. next entri nanti saya share sumber protien yang boleh dimakan untuk gantikan ayam, daging, telur, seafood dan ikan.

p/s: Untuk period bulan ni saya masih ada sengugut tapi tidak berapa sakit. Ya allah! Kau hapuskanlah semua kesakitanku ini dan semua rakan2ku yang senasib denganku. Ssesungguhnya kami amat merindui nikmat sihat itu. Amiin....

22 Jan 2016

Dugaan lagi: Fibroid

Yes, dugaan silih berganti. Apa2 pun saya redha. Ada hikmah yang saya masih x nampak. Alhamdulillah. Dua minggu lepas saya sakit perut. tak tau nk describe macammana. Then pergi klinik scan doktor cakap ada fibroid dalam 7x4cm. Besar jugak. Patutlah sakit. Bergantung pada ubat tahan sakit. Doktor bagi surat refer ke hospital. Ya allah..... takutnya nak ke hospital lagi. Operate? Lagilah takut..takut sangat2....tapi kalau dibiar lagi besar lagi bahaya n lagi sakit. Saya lepaskan dulu pergi kursus kt JB 3 hari. Kebetulan 27hb ni saya ada appointment kat PPUM. Kalau ditakdirkan saya kena masuk wad hari tu, saya ready. Kalau tak saya ok jer. Tapi sekarang ni sakit tu alhamdulillah, tak perlu saya nak bergantung pada ubat tahan sakit. Bila sakit saya tekan je perut tu sampai dia baik sendiri. Dalam 2 minggu ni pagi2 saya ambik arabic gum n lemon panas. Usaha kan. Bangun tajahud n Dhuha, mohon diringankan kesakitan saya nie.. Kalau x mampu nak bangun tahajut, masa terjaga tu saya doa mohon diberi kesembuhan. Allahuakbar... semua ini ujian dari Allah.., saya terima walaupun kadang2 tergelincir jugak hati nie..berlinang airmata sedih.....

Saya mintak nasihat kawan2 saya. Semua ckp better saya buang fibroid ni sementara masih kecil dan jangan dibiarkan. Mudah jugak untuk saya buat IVF nanti. Saya sebenarnya takut nak melalui operation tu...takut sangat......tapi kalau tak buat saya akan menanggung sakit setiap hari dan x boleh nk proceed IVF. Terpulang pada appointment saya minggu depan. Semoga dipermudahkan untuk saya. Doakan saya yer kawan2... i need ur support...:)

10 Dec 2015

Alhamdulillah...hubby dah ok!

Sebelum ni saya ada cerita tentang keadaan hubby saya kan..alhamdulillah..walaupun nampak macam mustahil...dia tak perlu lagi buat dialisis..Doktor minta hold dulu n kena makan ubat untuk keluarkan racun dalam badan dia melalui air kencing. Untuk pengetahuan semua, walaupun hubby saya ada masalah buah pinggang (dr diagnos end stage), tapi dia ada air kencing..maknanya masih boleh kencing macam org yang sihat dan racun boleh dikeluarkan melalui air kencing. Mula2 dr bagi test dulu untuk seminggu boleh tahan ke tidak kalau x buat dialisis (asalnya IJC kabel kat leher tu tercabut n kena tunggu hari Isnin bar boleh pasang balik). Bila test darah, kreatanin dah turun....then test lagi untuk 2 minggu..turun lagi kreatanin..n now dah 3 minggu tak buat dialisis  tapi masih bergantung pada ubat..hopefully lepas ni tak perlu bergantung pada ubat pulak..insya allah...

Oh ya...memandangkan hubby pun dah macam semakin sihat....barulah saya terfikir nk start balik treatment.....masa hubby masuk hospital n buat dialisis hari tu saya tinggalkan semua ubat2 n supplement saya tu...sebab risaukan hubby..x pikir diri sendiri.....skrg nak start balik..walaupun hari tu nak start buat IVF bulan 12 kan..tapi kita merancang tuhan yang menentukan....

Ada berita yg x best jugak nie..tadi g buat scan kt klinik sbb sakit perut belah kiri walaupun dah habis period... ada cyst kecik sangat belah kiri tu n dr suspect ada fibroid but not confirm yet... next month kena check balik...harap2....bukanlah....n skrg ni nk start balik minum air lemon, madu, susu kambing, kurma dan vitamin2....apa2 pun..doakan saya yer dipermudahkan...saya anggap setiap musibah tu ada hikmahnya... mungkin belum nampak sekarang.

23 Oct 2015

Dugaan dan ujian menerjah lagi

Salam semua.....Maaf sebab dah lama tak membebel dalam  blog ni. Last updated bulan 5 hari tu. Bayangkan dah berapa lama saya takmembebel dalam blog nie. Dalam masa tu jugak mesti dah banyak yang jadi kan. Memang betul pun. Selama hampir 5 bulan tu macam2 jadi. Jadi saya nak mintak maaf pada kawan2 yang ada em el saya tanya berkaitan serra dan sebagainya. X sempat saya nak balas disebabkan kesibukan dan masalah yang datang.

Saya pernah plan nak buat IVF selepas raya. Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Selepas raya hari tu, suami saya masuk hospital. Diagnos kidney failure. Sebenarnya dia dalam sebulan sebelum tu mmg x der selera makan, tapi tak tau sebab apa. Husband saya ni penakut jarum  so mmg takde lah kan nk g check bagai kt hospital. Hari raya kedua, kaki dia bengkak. Dah agak dah ada problem dgn kidney. So dia buat test kt pathlab. Result dia bacaan kreatanin dia high. Boleh google ehh pasal kreatanin nie..ehheheh.....

Sebulan lepas dapat result tu keadaan dia makin teruk. Cepat penat, susah nak tidur, tak lalu makan. Last sekali terpaksa panggil ambulan ke PPUM. So bila doktor buat fully checkup rupanya ada problem buah pinggang. Berkampunglah saya kat PPUM selama hampir 2 minggu.

Now dah okay sikit tapi planning IVF saya tersangkut sikit. X apa. Janji dapat tgk husband sihat. Pun dah ok. Sekarang ni baru nak rancang balik nak buat IVF. Pantang saya sebelum ni pun dah ke laut semenjak husband masuk hospital. Now baru nk start balik. Huhuuhuhu.....

Selepas ni saya akan aktif balik berblogging. :). Sekarang ni pun saya dah sibuk sebab dah join jadi agen Prudential. Kalau ada kengkawan yang nak dapatkan konsultansi berkaitan Medical Card, Income Replacement, Pelaburan, Perancangan tunaikan haji boleh contact2 saya yer. Quotation FREE. :).


Boleh baca info kt blog saya yang lagi satu 
http://prubsntakafulsuzy.blogspot.com

20 May 2015

Persediaan IVF 2: Masalah telur


Lama dah rasanya tak berblogging. Saya agak sibuk kebelakangan ni. Dengan audit yang silih berganti. Rasa tak terkejar rasanya. Ni sempat nak berblog ni pun sebab tunggu hubby sebab lambat datang ambil kat office.

Usaha TTC masih lagi saya teruskan. Cuba sedaya upaya untuk terus konsisten. Selepas fail untuk proceed IVF yang lepas, doktor suruh datang balik buat appointment dan dicadangkan untuk saya ambik test AMH (Anti Mullerian Hormone). Ujian ini membantu untuk menganggarkan 'ovarian reserve' dengan mengukur bilangan folikel membangun dalam ovari pada masa tertentu. Dalam masa 2 minggu dah dapat resut. Resultnya ialah bacaan AMH saya tersangatlah rendah berbanding umur saya yang tak lah tua sangat.....bacaan AMH saya ialah 1.2. AMH rendah ni maksudnya bilangan telur rendah atau penurunan dalam bilangan telur, berkurangan pengeluaran dan kemudian berhenti sebagai folikel berkembang. Sedih kan.......dan doktor inform maybe sebab saya pernah kena infection masa akhir tahun 2013 yang lepas dan bagi kesan pada perkembangan telur saya. Tapi hubby sangat positif.... dia bagitau bukannya x ada langsung cuma sikit....so kami decide untuk proceed IVF lepas raya nie. Maybe dalam bulan 8. Sbb nak bagi badan saya sihat balik dengan ambik supplement2 untuk masalah telur saya yang tidak matang dan tak berkembang ni.

Maybe sebelum raya ni saya nak ambik lagi sekali test AMH ni untuk tengok perkembangan sebab sekarang saya memang mengamalkan supplement2 yang mungkin boleh bantu masalah saya nie. Ambik jugak makanan sunnah. Kos untuk buat test AMH ni ialah RM169 di PPUM. Test ni doktor akan ambik darah dan buat ujian di makmal. Kt farmasi luar maybe mahal sikit.

Oh ya....saya ada pertambahan vitamin yang saya ambik selain yang pernah saya cerita dalam entri sebelum nie. Saya ada ambil Serrapeptase enzym , NAC, Vitamin D3 dan COQ10.

Serrapeptase enzym , NAC ni saya order dari kawan saya sebab kena beli online dari oversea. Fungsinya adalah untuk membantu masalah endo,cyst dan tiub yang blok. Saya dapat tahu ni pun dari group FB....so saya pun cuba lah....setakat ni dah 2 bulan saya amalkan.....period saya mmg dah kembali ke cycle normal dan alhamdulillah period pain tu tak berapa teruk dan x banyak macam dulu2.....bab tiub tu saya x check pun lagi..seriau tu ada lagi nak buat HSG.....Ada kawan dari group FB bagitau, tiub dia dah unblocked bila buat HSG balik selepas makan Serrapeptase enzym dan NAC. Dan sampai sekarang masih amalkan. Mula amalkan dari tahun 2014.Itu yang buat saya nak cuba jugak tu.

Untuk masalah tiub tersumbat

Untuk masalah endo, cyst dan yang sewaktu dengannya

Fokus saya sekarang ni untuk solve untuk problem telur yang tidak berkembang dan matang nie. Dan dari pembacaan saya vitamin D3 dan COQ10 adalah vitamin yang sesuai untuk dicuba. Kalau nak diikutkan hati banyak yang saya nak makan, tapi x apalah...saya cuba yang ini dulu....ini pun hubby dah bising sebab banyak sangat saya nak cuba....dah berderet vitamin kat umah tu. Akupuntur setakat ni dalam sebulan saya buat 2 kali. Saya start makan supplement ni secara konsisten masa akhir bulan 3 selepas saya fail nak proceed IVF.... saya join group2 TTC dan dapat banyak ilmu vitamin apa yang sesuai untuk masalah macam saya nie.......Saya tak nak terlalu merintih sedih...saya akan usaha selagi boleh......

Ok, nanti saya sambung cerita lagi yer.....doakan my next AMH test ni ada perkembangan positif yer kawan2.....sebelum raya ni nak g buat test kt PPUM then kalau ok terus proceed dengan IVF. Sesungguhnya apa yang terjadi itu ada sebabnya yang kita tak ketahui..Maybe tuhan bagi saya lambat sikit sebab ada banyak yang nak saya kena uruskan. Mmg betul pun, sebelum raya ni banyak betul kerja-kerja office yang perlu saya selesaikan. Harap2 lepas raya n buat IVF dan ditakdirkan success saya dah boleh rest dari pikir bab2 kerja nie...Doakan saya tau :)

LUV U!!!


27 Mar 2015

Persediaan IVF 2: Daun Belalai Gajah


Hari ni dah genap sebulan dari tarikh saya period bulan lepas. Bulan lepas jugak prosidur IVF saya tak dapat dibuat disebabkan masalah telur yang tak respon dengan ubat yang doktor bagi selama 8 hari. Tapi x apa..itu cerita bulan lepas..walaupun pada mulanya saya sedih tapi saya redha...apa nak buat kan...bukan rezeki saya..maybe rezeki saya lepas nie. Dan saya pun selama 3 bulan ni nak bagi badan saya betul2 bersedia untuk next IVF. 

Selepas doktor bagitau IVF saya x boleh nak proceed, saya tak tunggu lama untuk berusaha cara lain. Saya ambil banyak tips dari kawan2 yang sama2 TTC di watsapp group dan FB. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat. Post sebelum ni pun saya dah bagitau supplement apa yang saya ambil. Alhamdulillah, ada yang saya konsisten ambik, ada jugak yang kadang2 tertinggal jugak. Akupuntur pulak saya akan buat insya allah 2 minggu sekali.

Saya ada terbaca dalam FB group ada member yang buat jus daun belalai gajah. Umum dah tau kan khsiat daun belalai gajah nie. Baik untuk cancer dan yang ada ketumbuhan. Kwn2 boleh google sendiri yek khasiat daun nie. Ada yang buat jus sekali dengan epal hijau dan madu. Buat masa sekarang ni saya belum cuba lagi buat jus tu. Maybe saya nak rebus jer daun tu. Daun ni senang je nak tanam. Daun ni kwn husband saya (doktor) yang bagi soh tanam. Katanya utk ubat cancer. Masa tu kami tak tau pun nama daun ni daun belalai gajah. Bawak balik kg mak tanamkan. Then ada sedara datang umah nampak pokok ni then dia cakap mmg utk ubat cancer. Baru2 ni member dalam FB bagitau lepas amalkan buat jus, period ok dan x sengungut lagi. Satu nikmat tu x ada sengugut. Orang yang ada sengugut je tau betapa seksanya masa kena. Serba serbi x senang duduk.

Daun belalai gajah dah selamat amik dari umah mak cuma belum minum jer lagi airnya....ehehhehe......cadang nak start minum esok...mudah-mudahan kan......oh ya....selepas saya proceed dengan IVF yang lepas, saya dah stop mkn Duphaston. Walaupun saya makan Duphaston sebelum nie, period saya still tak normal cyle dia....21 hari...awal seminggu.....sekarang ni plak x period 2 plak.....cuma tanda2 tu dah ada....x keluar fresh blood je lagi.......maybe period saya dalam proses nak nak jadi normal cyle balik. Insya allah....

Baru2 ni ada baca dalam watsapp dan FB group ada produk dari oversea yang boleh membantu yang ada masalah tiub tersumbat dan endo stage 4....next post saya cerita yekk.....tungguuuuu....:)

17 Mar 2015

Persediaan IVF 2: Vitamin & Makanan yang diamalkan


Ni ibarat bermula dari zero selepas IVF saya sangkut di tengah jalan. Nak start balik makan vitamin dan makanan2 sunnah. Ada yang saya dapat dari pembacaan di blog dan ada juga yang saya dapat dapat dari kawan2 group watsapp. Terima kasih guideline yang diberikan. Okaylah kt bawah ni saya nak senaraikan makanan dan vitamin yang saya akan dan sudah amalkan untuk persediaan IVF kali kedua ni.

  1.  Telur rebus@separuh masak (untuk mencantikkan dan kualiti telur)
  2.  Vitamin D
  3.  Madu+Apple cider
  4. Asid folic
  5. Aberet Folik (x larat nak makan hari2 sebab sure saya sembelit, so kena make sure minum air yang banyak)
  6. Multivitamin
  7. Vitamin C
  8. Jus Delima Gulsan
  9. Lemon+air suam
  10. Susu Kambing (yang ni belum amalkan sebab x suka susu...huhuhu)
  11. Buah Kurma
  12. Air Zamzam 
  13. Air masak
  14. Air Herba Cina (Yang ni paling tak suka nak minum, bau tak best. Setiap kali minum kena ada air lain kat sebelah nak elak muntah)
  15. Akupuntur (Sila rujuk post sebelum ni pasal akupuntur yang saya dah buat) 
  16. Buah delima (yang ini belum makan lagi sebab saya ambik jus delima. Insya allah nanti nak cari jugak buah delima ni)
Dari segi rohani saya amalkan solat Dhuba, Tahajud, Hajat, baca quran, sedekahkan alfatihah (boleh baca post sebelum ni) dan beberapa zikir harian.

Semoga usaha saya kali ini membuahkan hasil. Rancang untuk next IVF selepas raya. So saya ada lebih kurang dalam 4 bulan untuk buat persediaan. Bulan 6 puasa. Bulan 7 raya. Semoga usaha saya ni berterusan bukan hangat2 taik ayam....heheheh.....

Minggu ni saya nak pergi balik tempat akupuntur tu. Sepatutnya saya pergi minggu ni tapi air herba ni tak habis minum lagi..heheheh......asik x minum jer.....x sedap......tapi bak kata hubby, mahal tu, kena habiskan jugak...okaylah....ada lagi 3 bungkus tak minum...caiyok2.....

 p/s: Saya selalu berangan pregnant natural. Tak mustahil kan. Tak kisahlah dengan cara apa pun yang penting kita usaha. Kalau kawan2 ada tips lain bolehlah kongsikan dengan saya yer....Boleh bertukar2 pendapat.

8 Mar 2015

Persedian IVF 2 : Rawatan Akupuntur


Yang dah berlalu biarkan berlalu. Biarpun perit nak terima hakikat, hidup perlu diteruskan. Tipulah kalau saya cakap saya tak sedih. Sedih tetap sedih. Terus sedih pun tak guna kan. Usaha tetap diteruskan selagi hayat dikandung badan. Cuba untuk terus positif walaupun kadang2 down sikit. 

As I mentioned before, saya nak try buat rawatan akupuntur sebelum proceed next IVF treatment. Persediaan badan sangat penting. Apa2 pun pengalaman first IVF memang sangat berharga pada saya walaupun separuh jalan. Tak apa. Itu bahagian saya. Tuhan nak saya terus berdoa dan merintih lagi.

Semalam saya pergi ke tempat akupuntur cina sepertimana yang saya baca dalam blog sebelum nie. Dulu kt PJ but now dah pindah kat Seri Kembangan. Tak susah pun cari tempat dia. Ikut jer Waze tu.

Kami sampai dalam pukul 11 lebih disambut oleh seorang lelaki cina. Sebelum tu memang hubby ada call then dia soh dtg utk check dulu. Sebelum jumpa Dr Lim, lelaki cina ni interview kitaorg dulu. Rupanya lelaki cina ni husband  Dr Lim, hehehehe.....lepas tu kitaorg kena jumpa Dr Lim kt tingkat atas. Sampai je kt tingkat atas tu terpampang gambar baby dlm blog Hanim. I saw ur son pic! :).....comel tau......menguatkan hati memang tempat  ni betul....hehehehehe.....

Then Dr Lim interview plak. Komunikasi dalam English walaupun English dia tak berapa baik. Janji faham kan. Dia mintak maaf sebab English dia tak berapa baik. Ok jer Dr. Janji kita paham susah kan........kadnag2 pandai jugak dia selit Bahasa Melayu dia..ehhehehe...not bad......dah kawin dengan org Malaysia kan :).....adalah dalam 1/2 jam interview tu......Dia cakap badan saya sejuk dan saya ni je nis tak tahan sejuk. Memang betul pun. Then dia syorkan buat akupuntur, makan ubat yang dia bagi dan scan. Kos adalah seperti berikut:

  1. Akupuntur - RM20
  2. Scan          - RM50
  3. Ubat          - RM300 (untuk 10 hari, tapi saya try ambik untuk 5 hari dulu iaitu RM150)
Buat akupuntur dalam 1/2 jam. Lepas tu sambung buat scan dalam 15-20 minit macam tu.

Bilik Akupuntur
Lepas habis scan Dr Lim print hasil scan tu. Dia terangkan ada tempat2 dalam badan yang tak berapa nak sihat. terutama perut. Itu saya akui. Sebab itu agaknya telur saya tak respon masa cucuk ubat Puregon n Orgalutran tu. Dua-dua ovari saya tak sihat. Sebelah kanan ok sikit dari kiri sepertimana yang doktor PPUM bagitau...sebelah ovari je nampak ok sikit, itupun x berapa sangat lah....sebab tu telur tak membesar dengan jayanya walaupun dah bagi ubat untuk rangsang ovari tu.

Selesai scan saya turun bawah balik untuk ambil ubat. Ada 5 paket ubat herba yang perlu minum 2 kali sehari. Satu hari satu paket. Belum tau rasa sebab belum rebus...sebab umah x de air semalam...malas nak rebus..hehehehehe........

Saya kena datang balik selepas 5 hari minum ubat herba tu. Insya allah Jumaat atau Sabtu depan saya datang balik tgk progress macammana lepas minum ubat herba tu. Harap2 ada perkembangan positif. Kita hanya berusaha kan..tuhan yang tentukan. Saya cadang nak proceed balik IVF sebelum atau selepas raya nie. Nak sihatkan badan dan dalaman saya dulu. Continue makan supplement2 yang ada dan tambah apa yang patut. Ibarat start from zero....x apa....kalau tak cuba kita tak tahu kan...

Kalau ada kawan 2 yang nk try akupuntur kat sini ni alamat dia

25, Jalan PSK 6, 
Pusat Perdagangan  Seri Kembangan
Tel : 03-89430392, 016-2969628

p/s: Selamat mencuba kawan2.....:) Sentiasa positif akan buat kita lagi tenang....


5 Mar 2015

IVF:Hanya sampai di sini



Betul tu....tajuk tu x salah....selepas buat TVS semalam...maka berakhirlah perjalanan IVF saya yang baru nak bermula....IVF saya terhenti di tengah jalan berbanding kawan2 lain yang sempat merasa apa itu 2ww......dan saya pun dah ready dengan situasi ini. Di mana silapnya saya tak ada jawapan untuk itu. Semuanya ketentuan Allah. Saya dah cuba sebaik mungkin tetapi mungkin belum masanya....Dia nak saya cuba dan cuba lagi tanpa henti. Sebenarnya saya dah dapat agak keputusan doktor semalam dan saya jadi lebih tenang bila doktor ckp x boleh proceed to the next stage. Maybe saya dah bersedia dengan segala kemungkinan dan keputusan doktor. Ubat tak respon dan saya hanya berjaya dapat satu telur ajer....Mula2 memang saya frust tapi bila menangis puas2 saya cool balik. Kena move next step. Tak boleh terus menangis dan menangis. Tak jadi apa pun kan.

Doktor bagi saya tarikh appointment sebulan dari sekarang maknanya bulan 4 nanti datang jumpa dia balik. Nak jumpa husband n wife. Maybe proceed dengan next IVF tetapi guna dos ubat yang lagi tinggi.

Lepas habis appointment semalam sementara nak tunggu hubby ambik saya duduk kt lobi. Macam2 ragam orang saya tengok...Kebetulan dekat lobi tu ada Klinik Pediatrik (Kanak-kanak). Bila fikir nasib saya yang x ada anak lagi  nie, membuatkan saya sedar kejap....Ada orang tuhan tak bagi anak lagi, ada yang senang je dapat anak...ada yang dapat anak yang sihat..dan ada yang dapat anak yang ada penyakit dan perlukan perhatian.....tuhan ni adil sebenarnya...Dia bagi kita kurang kat sini, tapi lebih kat sini.....kalau kita rasa kita ni susah ada lagi yang susah.......Cuba kadang2 kita cuma fokus apa yang kita x ada tapi tak nampak apa yang tuhan dah bagi pada kita...bersangka baiklah pada Allah.....

Sepertimana yang saya mentioned sebelum ni saya mmg dah ada plan B dah kalau IVF ni fail. Terima kasih pada kawan2 yang follow blog saya dan bagi cadangan yang saya fikir sangat baik untuk saya cuba. Ya allah....terharunya dengan cadangan korang tu......Apa yang terfikir dalam minda saya skrg nie...saya nak try treatment akupuntur sebelum saya proceed next step utk IVF....mungkin saya plan nak buat IVF balik selepas raya......saya nak make sure sistem badan saya ready sebelum  proceed next IVF.....so saya ada dlm 3 bulan lagi untuk betulkan apa yang patut dalam sistem badan saya nie...rahim, ovari dan sebagainya. Cuma tempat jer saya tak decide lagi nak buat kat mana.....dalam pertimbangan.....Ada beberapa tempat akupuntur yang dlm pertimbangan saya berdasarkan cadangan kawan2 dan baca dalam blog

  1. Ummi Firdaus cadangkan http://www.goldengatefertility.com Klinik perubatan cina khas untuk rawatan kesuburan
  2. Pusat Homepathy Dr Nik Omar di Bangi - Saya pernah beberapa kali buat tapi lepas tu stop. Maybe akan pertimbangkan untuk buat kt sini sebab dekat dengan Kajang
  3. Saya pernah baca blog ni yang TTC selama 12 tahun , pregnant selepas buat rawatan akupuntur di PJ. Tapi dengarnya sekarang dah berpindah ke Serdang. Boleh baca detail dalam blog ni yer.
Kalau kawan2 ada lagi tempat cadangan untuk saya cuba dialu2kan....Kalau boleh dekat dengan rumah saya di Kajang. Saya cadang nak start Sabtu nie....Kalau kawan2 ada petua or apa2 untuk share dengan saya pun ok....petua nak banyakkan n matangkan telur ker..huhuhu.......

Terima kasih kepada korang semua yang sudi baca luahan dan celoteh saya dalam blog nie. Segala cadangan korang saya hargai...Doakan dipermudahkan usaha saya selama ini. Kadang2 apa yang kita nak sangat tak dapat tapi tuhan dah ada perancangan terbaik un tuk kita. Insya Allah.


3 Mar 2015

Result TVS : Sedih


Semalam (2/3/2015) hari ke-6 selepas sesi cucuk mencucuk di perut sendiri dan datang PPUM lagi untuk buat TVS untuk check berapa banyak telur yang dapat. 

Senang cerita dipendekkan lah citer yer..malas nak tulis panjang2... resultt TVS cuma ada 1 je telur....mmg down giler semalam..tak tau nak cakap apa..depan doktor cool ajer....masa balik satu hari banjir sampai sakit kepala nie.....tak tau nak ngadu dengan saper.....masa tu tuhan je yang tau perasaannya bila fail.....itu belum start IVF..baru untuk telur....so doktor bagi lagi 2 hari ubat untuk tengok keadaan telur tu....kalau still sama macam semalam...so dengan rasminya perjalanan IVF saya terhenti setakat ini....padahal dos yang doktor guna adalah untuk perempuan yang berumur 40 tahun ke atas katanya.......mula2 saya tak boleh nak pikir apa.......tapi hari ni dah cool sikit..dah boleh terima hakikat yang menyakitkan kalau result TVS saya esok tidak memihak pada saya...saya yakin ada hikmahnya....nak tau?...belum scan lagi esok, semalam saya dah cari plan B......nampak saya macam putus asa..tapi dalam hati saya masih ada harapan nak cuba.......Doktor cakap kalau telur tak berkembang jugak, stop prosedur IVF dan tunggu next cycle untuk proceed dengan dos ubat yang lagi tinggi....tapi saya rasa maybe saya akan start balik selepas 3,4 bulan....saya plan nak buat treatment tradisional yang lain....maybe akupuntur, perubatan holistik dan berurut.....itu just plan B.....saya dah ready jawapan yang akan doktor bagi esok..so saya tak jatuh kuat sangat kan......

Kalaulah tiub saya ni ok..dengan satu telur ni mesti saya boleh pregnant kan.......allahuakbar....semua dengan kuasa tuhan......saya nak try natural jugak.mana tau...tiub tersumbat bukan x de tiub langsung...yg x ada tiub pun boleh pregnant....itu yang jadi motivasi saya......kuasa Allah tak siapa yang boleh halang kan kalau nak bagi...apa2 pun saya tunggu je result esok......plan B tetap berjalan walaupun x keluar result lagi....

Kalau kawan2 ada cadangan untuk saya bolehlah share yer.....treatment apa lagi yg boleh saya buat....ini bukan penamat bagi saya....semalam mmg rasa dunia ni x adil pada saya..menangis sepanjang hari......tapi hari ni dah ok sikit.....mmg betul lah...prosedur IVF ni membuatkan kita ada macam2 emosi.. Sakit, sedih, suka, duka...ermmm.........

26 Feb 2015

Salah ke buat IVF?


Salah ke buat IVF? Persoalan yang saya nak tanya pada korang semua. Nak tau kenapa saya tanya soalan ni?..Sebab lately heboh pasal Lisa Surihani pregnant kembar dan buat IVF...siap ada yang seolah2 pandang lekeh pada orang yang buat IVF nie..kadang2 nak gelak pun ada bila baca komen2 dlm blog2 hiburan nie....... Hello.....reporter pun satu...kalau tak cukup ilmu di dada jangan nak tulis sesuka hati okay.....itulah kan.....ilmu cetek...tau tak...teknologi IVF ni dah lama wujud...meh baca sikit sejarah:

Wanita pertama yang melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji (IVF) adalah Lesley Brown apabila dia mencipta sejarah pada 25 Julai 1978 apabila anak perempuannya, Louise  Joy Brown lahir di Hospital Besar Oldham.

Lesley, dari Whitchurch, Bristol, mengambil bahagian dalam prosedur ujian IVF yang dikendalikan oleh Profesor Bob Edwards dan Dr Patrick Steptoe di Cambridge.

Bayi Tabung Pertama di Dunia

Nak cerita lebih lanjut sila lah carik kt Google yer.....

So kesalahan ke buat IVF nie..untuk pengetahuan orang di luar sana...

Bila tak pregnant sibuk pertikai bila nak pregnant..sibuk tanya saper yang ada masalah lah...bila dah pregnant sibuk pulak cakap "alah..buat cucuk2 (merujuk pada IVF) la tu, sebab tu dapat"......bila dapat kembar pun pertikai..sebab bukan secara semulajadi....itukan salah satu usaha...x salah rasanya...daripada duduk mengumpat orang itu ini...baik bukak Google tu baca sejarah sikit....ehehehhe......dapat gak ilmu....

Pada kawan2 yg berjuang tak kiralah apa pun cara kita..teruskan usaha okay......saya buat IVF ni pun cuma mak ayah n adik beradik je yang tau....kawan2 opis pun tak tau..sebab pada saya diaorg ni tak faham apa kita rasa...kesian kat Lisa Surihani.....pregnant salah..x pregnant pun salah..apa2 pun sabarlah yer dear.......abaikan mulut2 orang itu (macamlah Lisa baca blog ni kan..)...hehehheh...

p/s: Cerita nak cucuk untuk second day tadi.....nak ready perkakas dalam 15 minit awal konon...sekali bukak cooler bag...alcohol swab x bawak!....Gelabah beruk......12.30 dah kena cucuk.....nasib baik ada klinik panel dekat opis...dlm 5 minit jalan...telefon hubby dah gelabah dah.....terus turun g klinik....soh doktor cucuk..padahal boleh buat sendiri jer.....Doktor plak x pernah tengok Puregon Pen katanya...saya pulak yg ajar doktor..boleh gitu?...doktor tolong cucuk jer..sebab ALCOHOL SWAB punyer pasal....melayang RM15....nasib baik panel.. doktor bekalkan alcohol swab lebih......ehhehehe..pengajarannya..esok jangan lupa.....


Perjalanan IVF bermula


Semalam (25/2/2015) saya ke PPUM sebab D2 period......appointment pukul 9.30pagi..tapi alhamdulillah 9 pagi dah sampai...jalan macam biasa jem sikit...tapi masih ok..maybe ramai yag x balik raya cina lagi kot...huhuhu...macam biasa naik ke Klinik Reproduktif PPUM then pergi bayar pendaftaran kt tingkat 2..free..sebab guna GL..kalau tak...habis jugak lebih RM50 untuk pendaftaran dan buat scan/TVS/konsultansi......selamat duit...huhuhu.....

Then naik balik Klinik Reproduktif dan nurse soh g toilet dulu sebab doktor nak scan....tau dah...nak buat TVS..benda yang saya paling tak suka..huhuhu......baru nak masuk toilet...nama dah dipanggil...mak aii..cepatnyer.. selalunya kalau 2,3 jam baru jumpa doktor....alhamdulillah... dipermudahkan......pastu terus masuk bilik scan.....bukan Doktor Nugu tapi rasanya doktor biasa.....scan....x nampak kilang telur...ermm....hari tu nampak jugak yg sebelah kanan.......adoiii....dah down kejap.........selesai TVS....doktor panggil lagi..nak scan lagi sekali.....Dr Nugu plak nak tgk....lagi sekali.....huhuhu.....Dr Nugu scan pun katanya x nampak kilang telur..maybe kecik sangat atau tinggi kedudukannya yg saya dah sedia maklum sebelum nie....nak operate betulkan saya ambil risiko besar.....saya dah down.....tapi Dr Nugu bagitau bila bagi ubat untuk stimulate telur mudah-mudahan telurb tu berat dan turun ke bawah n senang nk pickup....mudah-mudahan....sy cuma pikir positif jer...kalau tuhan nk bagi...apa pun rintangan dan dugaan dapat juga.....jgn mudah mengalah....dan doktor hanya bagi 30% sahaja untuk sukses...takper...masih ada harapan.....yakin pada Allah....

Doktor soh beli ubat kt farmasi then jumpa kt klinik balik sebab nak ajar cara cucuk.......asalnya saya nak pergi klinik jer cucuk.....tapi bila dah demo untuk cucuk....takper lah saya cuba cucuk sendiri....

Doktor soh beli ubat

Puregon 300iu x 5 (makan untuk 5 hari) RM350 x 5 = RM1750
Orgalutron x 1 RM130X1 = RM130

Total : RM1880

Kos tambahan : Puregon Pen (RM10), Cooler Bag (RM20) - sebab ubat kena simpan dalam peti sejuk..cooler bag cuma untuk sementara....
 

Ubat Orgalutron tu kena beli lagi Isnin depan masa scan..huhuhu..sebab ubat tu sampai hari Ahad jer....

Maka bermulalah siri jelajah IVF saya.......saya masih mengamalkan beberapa suppliment.......doa, ikhtiar, usaha...yg penting yakin pada Allah...insya allah....

Cooler Bag

Puregon 300iu

Puregon Pen
 
Semalam dah start cucuk2...pukul 12.30tghari.......dibantu oleh nurse....so hari ni tengah berdebar nak cucuk sendiri.....fuh......mmg berdebar.......


p/s: Mohon kawan2 doakan dipermudahkan semuanya untuk saya.......saya tak nak dengar cerita2 negatif....hanya cerita positif je saya nak dengar..sebab akan beri kesan pada perasaan saya....saya tak nak down.....saya tetap yakin dengan kuasa tuhan......insya allah.....stay positive....



6 Feb 2015

Macam-macam hal.....


Masa berjalan begitu pantas..sedar tak sedar...dah masuk bulan 2 dah pun.......bulan depan dah bulan 3.....wowwww.......maknanya semakin hampir nak buat IVF......macam2 dalam kepala nie...boleh proceed ker?..ada masalah ker?....berjaya ke nanti IVF tu?.....fuh....macam2.......adakah saya dah bersedia sebenarnya...tapi nak tak nak tak boleh x buat...umur semakin meningkat.....bak kata mak....dapat sorang pun jadi lah kan.....best fren saya pun nak buat IUI bulan 3 nie...harap2 doa kami dimakbulkan.....kami kawin pun dekat2...dia bulan 5 saya bulan 7 pada tahun yang sama.....

Kat office ni masing2 sibuk bercerita pasal anak masing2.....wife staf saya baru je bersalin semalam..heboh jugaklah dalam wataspp group.....bertalu2 ucapan tahniah.....happy for both of them....tapi tetiba rasa tersisih sikit...sorang lagi staf wife dia pun menunggu hari..masa mula2 pregnant heboh kt FB buat pengumuman.....sampai skrg pun checkup pun memanjang update.....maybe tgh excited......sorang staf perempuan saya rasanya tgh pregnant.....gerak hati saya yang cakap....diaorg pun suka cakap bisik2 pasal anak...almaklum..saya belum ada...x boleh masuk group...hehehehe...tapi tak kisah...yg pasti saya sedang fokus dengan IVF saya next month...insya allah....

Berita Lisa Surihani pregnant pun bagi tamparan kat saya..kena tempias jugak...mak cerita...masa dia borak2 dengan makcik....makcik saya cakap..."baguslah dah mengandung tu...dah lama kawin..orang lain dah banyak dah anak dah tu"......kata mak saya makcik saya tu perli saya jugaklah....yelah...mentang2 anak tu pantang cuit jadi kan...tu yg perli saya tu......tetiba saya geram cakap dengan mak "takper..sekurang2nye Jie tak tanggung laki dok umah...tak keje"....hahahahaha......

Kalau ada buat makan2 family pun saya rasa tersisih gak....diaorg cerita pasal anak....saya..pasal anak kucing boleh kot...hehheheeh....tapi dah lali....jadi tak kisah..kadang2 jer perasaan tu datang..lepas tu hilang......

Oh ya..esok saya pergi forum IVF kat Hospital Pantai......saja nak dengar penerangan......dan baca dalam blog Dr Adilah..ada ujian darah percuma...tapi terhad..harap2 ada rezeki esok..hehehehe........

Tgh period skrg...awal seminggu jugak......tapi takde period pain langsung....hari pertama jer sengal2 pinggang...syukur yang amat.....masih teruskan dengan Duphaston.....

Apa2pun hidup kena teruskan jugak walau dikeji, dicaci dan diperli sepanjang masa tak kira kt opis, umah family n umah family mertua....dah jadi darah daging pun...janji saya tak susahkan orang lain kan....

ok...byeeee.....

28 Jan 2015

Surah Al Fatihah


Pagi2 tadi terbaca satu post dari blog Dr Adilah berkaitan surah alfatihah...Ada pesakit dia yang amalkan surah alfatihah ni sepanjang prosedur IVF...Allahuakbar.....kuasa tuhan siapa yang boleh menafikan.....itulah kuasa doa .......sebagai org islam....doa adalah senjata kita...malas nak cerita panjang...apa kata korang baca sendiri dalam blog Dr Adilah

:))

26 Jan 2015

Berangan....


Untuk pengetahuan semua sekarang saya tgh mkn ubat Duphaston untuk regular kan period cycle. Bulan ni period saya awal seminggu.....risau.....cycle 21 hari berbanding 28 hari sebelum nie....sehingga hari ke7 period masih banyak...risau jugak....banyak dah pad dibeli.....hari ke5 saya makan duphaston...entah betul entah tidak aturan yang saya makan tu....dalam masa yang sama saya masih amalkan madu+apple cider..... alhamdulillah...hari ke-8 period slowly stop.....masih teruskan Duphaston.....period kali ni ok...x sakit sangat..setakat sengal2 kt pinggang....telan jugak painkiller sebab nak buat kerja dengan selesa kt opis...huhuhu..ngengada kan...sakit sikit pun x boleh ...ehheeeheh..... sekarang ni selera makan pun memang menjadi2..sebab apa tak tau.....nak2 kalau mak yang masak..lagi lahkan.......sambal petai n jering...fuhhh..berantu bila makan tuh..x toleh kiri kanan dah......baju banyak yang dah sempit sikit...... dan semalam baru je kakak ipar tegur...."pipi dah tembam sikitlah"....huhuhu..memang perasan pun...pipi tu dah tembam.......kat opis ni memang sentiasa kena ada stok makanan....sebab lapar memanjang......

Next....saya cadang untuk call PPUM selepas satu lagi cycle period....di jangka next period 14hb Februari....then period yang seterusnya dijangka 14 Mac .....dan nak start bulan Mac tu..itu cuma perancangan...x tau lah ok ke tidak kan.....kalaulah apa yang dirancang tu dipermudahkan Allah....kalau IVF tu berjaya..maknanya bulan April saya akan terima berita gembira..hehhehe....BERANGANNNNN!!!!.....Well....siapa tau kan....stay positive beb....itu yang penting....kalau lah tarikh tu semua tepat je perjalanan dia....betul2 masa birthday saya saya terima berita gembira tu tau.....huhuhu..bila saya buat kira2 tu kan..x sangka plak kena dengan tarikh birthday saya....kalau dimakbulkan tuhan doa saya tu.....alhamdulillah....itulah hadiah birthday paling best yang akan saya dapat......

Ya allah! Perkenankan doaku ya allah...perkenankan doa rakan2 TTC ku....Semoga tahun 2015 ni tahun kegembiraan kami setelah sekian lama mengharap...amin.....

14 Jan 2015

Semoga ada sinar tahun 2015


Tahun 2015 dah dekat sebulan dah ...heheehhe...baru nak update....sibuk sikit...banyak benda nak setle di hujung2 tahun....

Saya harap tahun 2015 ni ada sinar buat saya sebagai TTC nie.....harap2 perancangan nak buat IVF tu terlaksana....now tengah proceed makan Duphaston sebab hari tu bleeding x berhenti..so doktor soh makan Duphaston utnutk 2 cycle...baru terhegeh2 nak makan utk cycle pertama nie....huhuhu.....period dah normal utk 7 hari je...cuma tak tau lagi sama ada datang 2 kali sebulan ke tidak....kalau ok..oklah...alhamdulillah.....hari tu beri Duphaston ada diskaun...RM55 jer....ni dah nak habis...nak cuba cari kat klinik panel kot2 ada kan...satu kotak ada 20 biji jer.....

Tahun ni jugak dua2 bos saya bertukar....so dengan kehadiran bos baru ni semoga ada sinar sikit...kot2 dapat naik pangkat ker kan..ehhehehe...berangan jer......

Saya cadang nak buat IVF penghujung bulan 2 nie..selepas habis 2 cycle makan ubat Duphaston nie.....doakan yer semuanya dipermudahkan yer kawan2.......x ada apa nak cakap dah......

SELAMAT TAHUN BARU 2015!

28 Nov 2014

Kita hanya merancang...


Dalam post saya yang sebelum ni saya ada mentioned yang saya akan jalani satu pembedahan untuk betulkan kedudukan ovari saya.....seperti yang dijadualkan saya warded pada 10/11/2014 dan dijangka utk operation pada 11/11/2014......Lepas selesai semua proses kemasukan ke wad, tukar baju semua then rehat2 jap.....lepas tu hubby pun balik umah.....tak lama lepas tu doktor panggil ke bilik scan untuk scan dulu sebelum operate...masa tu saya tgh bleeding yg tak berhenti.....start period 23/102014....pastu stop 2,3 hari pastu datang balik....tapi sikit2...x banyak......masa kt hospital tu maknanya dah berbelas2 hari saya period tak berhenti....risau jugak kan....sakit perut pun on off...ubat tahan sakit memang peneman setia....

So  doktor pun scan (TVS).......lepas scan doktor terangkan hasil scan tu......doktor cakap...sebelum ni saya dah pernah operate besar..so mmg dah ada lekatan dalam tu....pastu mmg agak complicated untuk buat operation.... kalau tak boleh tebuk kemungkinan besar kena open....70% adalah untuk tebuk...30% untuk open...bila dengar perkataan open tu saya dah seriau...padahal sebelum ni mmg doktor dah bagitau risiko tu...tapi nak teruskan jugak dengan operation....kali ni saya betul2 dalam dilema......doktor pun takut terkena usus dan menyebabkan usus bocor...

Balik ke wad balik..saya terus menangis..pikir nasib saya dan dilema perlu ke nak buat operation tu yg memang ada risiko...saya watsapp hubby saya.......then dia cakap petang dia dtg nak bincnag dengan doktor....then tgh melayan2 perasaan tu doktor yg rawat saya utk kesuburan dan bagi option untuk operation sebelum ni datang jumpa saya....dia minta saya fikir dan bagi jawapan samada nak teruskan ke tidak..saya cakap saya nak bincang dengan hubby dulu.......

Bila hubby datang, hubby bagitau staff nurse yg dia nak jumpa doktor tu.....then doktor terangkan satu persatu.......apa2 pun keputusan di tangan kami...kalau x nak x apa..kalau nak diaorg akan buat yang terbaik.......

Lepas lama bincang..doktor bagi satu cadangan.....kalau tak nak teruskan operation saya boleh teruskan dengan IVF....bagi ubat macam biasa....then maybe bila telur tu dah banyak ovari tu akan turun ke bawah bila berat.....kalau ada rezeki boleh ambil telur tu.....

Puas saya pikir.....last sekali saya decide utk tidak teruskan operation...saya setuju dengan option yang doktor bagi tu.....pada saya....itu semua kerja tuhan jadi atau tidak.....secanggih mana pun teknologi, secantik mana pun gred telur yang diambil, complicated mana pun....kalau tuhan nak bagi dia bagi...kalau tuhan kata belum masanya kena redha......(dari apa yang saya baca dari blog2 TTC dan Dr Adilah)....kesudahannya kena percaya pada kuasa tuhan....saya nampak doktor lega dengan keputusan saya...saya pun x tau kenapa......apa pun saya kena percaya dengan keputusan saya sendiri...

So hubby tanya bila boleh proceed dengan IVF.... doktor bagitau bila2 bila dah datang period pertama...tapi disebabkan saya masih bleeding so doktor minta saya makan ubat Duphaston untuk regular kan balik cycle period saya.....makan untuk 2 bulan dulu....

Sepatutnya saya dah boleh balik keesokan harinya...tapi tiba2 saya demam lah pulak tak kebah2..sampai 40 suhu saya......jadinya bertapa lah saya kt hospital tu 3 hari 2 malam.......sebab apa saya pun tak tahu dan doktor still kena buat test..amik darah, air kencing, xray nak tau sebab apa....huhu....

Alhamdulillah...12/11/2014 tu dah boleh balik umah.....oh ya..2 hari sebelum saya masuk hospital saya ada pergi minum air pecah kaca di Semenyih......actually air ni lebih kepada org yang ada masalah buah pinggang, kencing tak lawas, batu karang, diabetis dan kanser...saya minum jer utk kesihatan....sbb saya ni selalu sangat kena kencing kotor......tu yg asik sakit perut tu..asal sakit je telan pain killer....sempat minum 2 kali sebelum warded.....then bila masuk hospital seminngu tak minum....tapi sakit perut saya dah x da.....lepas seminggu keluar hospital tu sakit perut saya datang balik..berguling2....dari balik opis pkl 5 ptg tu sampai 12tgh malam x baik2.....makan pun tak..tak lalu......2 kali telan pain killer......esoknyer saya pergi balik minum air pecah kaca tu.....dari hari tu sampailah hari nie sakit perut saya dah hilang (harap2 berpanjangan)...dan yang paling best period saya yang berpanjangan tu dah stop.....selera makan pulak menjadi2......cuma bila minum air ni memang selalu nk kencing....setiap 1 jam sekali....sekali minum sampai 1 jag kecik tu....dok kt kedai tu minum.....kedai ni memang just jual air pecah kaca jer...mmg ramai org...dari 3ptg -12malam dia bukak.....setakat nie dah dekat 3 minggu jugak saya minum air nie.....alhamdulillah....kalau period saya normal balik rasanya saya x ambil lah ubat Duphaston ni.....tgk sampai hujung bulan nie macmmana dulu....kalau period saya masih x normal terpaksa lah saya amik Duphaston...

So perancangan terdekat saya skrg ni awal thn depan nak proceed dengan IVF.....sama ada bulan 1 or 2........insya allah......bila saya rasa down ajer....saya akan baca cerita2 motivasi TTC....kalau ada orang yang nasib lagi teruk dari saya pun berjaya pregnant...kenapa tidak saya........saya masih mengamalkan makanan sunnah....cuma bab berpantang tu kdg2 terbabas jugaklah kan.....

Persediaan lain sebelum IVF adalah 
  1. Sentiasa bgn solat malam kalau saya mampu (kdg2 tu niat je lebih saya nie.....huhuhu)....
  2. Solat Dhuha
  3. Amalkan surah Al waqiah (moga murah rezeki, anak pun rezeki kan)
  4. Amalkan zikir-zikir  murah rezeki (ada banyak zikir2 mudah untuk kita amalkan)
  5. Amalkan baca surah Al-Insyirah (alam nasrah) supaya dipermudahkan segala kesulitan...semoga perjalanan IVF saya dipermudahkan walaupun ada rintangan
  6. Amalkan makanan sunnah (kurma, madu)
  7. Makan Apricot Kernel Powder 
  8. Minum air zamzam
  9. Apple cider (campur dengan air dan madu)
  10. Minum air pecah kaca
 p/s : Teringat Semanis Kurma semalam bincang tentang "Ujian Rezeki"....kita kena selalu bersangka baik pada Allah...mungkin Allah tak bagi apa yang kita nak...tapi Allah bagi apa yang kita perlu..Allahuakbar......mungkin selama ni Allah tahan apa yang kita nak...dalam kes kita nie anak lah kan....mungkin pada masa itu kita belum bersedia....Allah itu adalah sebaik2 perancang......dia tau apa yang terbaik untuk kita....Lagi satu kena redha....saya masih belajar untuk redha dengan ketentuan Allah.....lambat bukan bermakna Allah tak sayang kita...ujian tu tanda dia sayang supaya kita merintih ,berdoa pada dia minta apa yang kita nak....Doakan perjalanan IVF saya berjaya walaupun ada rintangan...saya percaya tuhan tu maha kaya....tak ada yang mustahil...doa..doa...dan terus berdoa....insya allah.....

20 Oct 2014

Menghitung hari


Terasa makin dekat pulak masanya..yee....saya menghitung hari.....menghitung hari nak buat operation betulkan kedudukan ovari...dan menghitung hari untuk buat IVF...terasa pulak debarannya....risau..takut semua ada....huhuhuh......

Operation 11/11/2014.....so maybe IVF paling cepat boleh buat pun awal tahun depan kan.....x per....masih ada masa untuk buat persediaan......tapi kalau lagi cepat lagi bagus kan....umur pun dah meningkat...dah tua dah nie....tak boleh ditangguh2...semoga dipermudahkan....

Bagi rakan2 blogger/FB Group/watsapp yang berTTC yang dah berjaya pregnant, saya ucapkan tahniah.....semua itu bagi semangat pada saya dan saya tahu yang saya tak berseorangan.....cuma lambat atau cepat saja rezeki yang tuhan nak bagi pada kita.......di akhir2 tahun ni saya berusaha untuk tidak terlalu tension dengan kerja, dengan staff dan dengan bos.....saya nak melalui hari2 dengan tenang......

28 Sept 2014

Cerita Motivasi


Pagi2 saya dah on FB....Tiba2 terbaca satu post yang di share dari group Endometriosis Malaysia.....But not from Malaysia..It's from Mexico and inspire me....

Jom baca cerita motivasi ni...

"I'd had five operations on my uterus, and after the last one, the doctor sat me down and told me that I would never have a child. He scheduled a surgery to have my uterus completely removed. I wanted a baby so much, so it was almost like hearing that my life was over. One week later, I started feeling strange. I started craving bread and falling asleep early, but I've always had problems with my hormone levels, so I thought it was nothing. My friends would joke that I was pregnant, but it was too hurtful for me to even joke about. Then after three months, I felt so bad that I had to spend a day in bed, and after that my friend drove me to the pharmacy and forced me to take a pregnancy test. I came home and laid the test on the counter without even looking at it. I didn't want to be let down again. Then right before I went to bed, I finally looked, and there it was. After all these years, I still have that test. One month before they were going to remove my uterus, I'd finally gotten pregnant."
(Mexico City, Mexico)

Allahuakbar.......betapa besarnya kuasaMu Ya Allah...Semoga cerita motivasi ini memberi rakan2 TTC semua termasuklah saya kekuatan....kita kena yakin....Allah Maha Berkuasa.....Segalanya mungkin terjadi......tiada yang mustahil dengan kuasa Allah......
p/s: Semoga ada keajaiban yang berlaku....:)