Bukan mudah menjadi orang yang TTC ni..apalagi kalau sudah bertahun2 berkahwin....soalan2 cepu emas tak lekang dibibir org2 yang tidak pernah faham hati dan perasaan kita..nak tak nak itulah yang kita perlu hadapi....Mungkin nasib kita tidak sebaik mereka yang cepat dikurniakan rezeki pregnant.....dah bahagian kita lambat..tapi percayalah..setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.....
Bohonglah kalau saya katakan saya tidak tertekan, sedih , jeles dan sebagainya...berita orang tiu, orang ini pregnant kdgkala bagaikan satu halilintar bila mendengarnya..apa lagi diselangi dengan pertanyaan2 yang tak sepatutnya ditanya kepada kita.........bila saya suft internet, join forum, baru saya tahu bahawa saya tidak keseorangan......ya....saya tidak keseorangan......ramai yang senasib dengan saya....dan itulah pembakar semangat saya kerana sama2 berkongsi masalah dan suka duka.....hanya orang yang berada dalam keadaan yg kita lalui saja yang faham....lain2 cuma tahu memandang sinis....menghina secara tak sedar dan sebagainya....
Sebenarnya kita golongan TTC ni bertuah sebenarnya.....
1. Sebab kita diberi ujian dan dugaan hebat ni.....tuhan tak akan menduga dan menguji kalau Dia rasa kita tak mampu nak harungi semua tu...
2. Bertambah2 ilmu kita sebab masalah yang kita hadapi ni membuatkan kita sentiasa mencari jalan penyelesaiannya... Pernah masa saya jumpa doktor untuk rawatan kesuburan saya ni, doktor macam terkejut bila saya tau apa yang dia ckpkan...sampaikan doktor tu tanya saya, "Mana tau semua ni?" saya jawab, "Saya banyak membaca doktor"...kebetulan masa tu ada ramai student yang sedang jalani praktikal dengar dan doktor siap cakap dengan student dia, "Tgk, pesakit ni pun tahu dari awak semua, malu sikit"...tiba2 rasa kembang sikit..ehhehehehe.......
Percaya atau tidak kadang2 kita golongan TTC ni banyak ilmu yang kita dapat sebenarnya..dan kita menjadi semakin peka dengan kesihatan diri sendiri.....Dulu2 masa belum kahwin saya pun x ambil hal sangat benda2 kesuburan ni, bila dah termasuk golongan TTC ni...banyak benda yang saya cari dan pelajari.......
3. Secara tak langsung, kita akan bertambah dekat dengan Allah kerana setiap hari kita berdoa untuk dikurniakan zuriat....ada banyak doa dan zikri yang boleh kita amalkan....Insya Allah....saya sendiri mengamalkan doa2 dan zikir yang saya ambil dari blog2.....hati pun tenang.......selain mencuba cara moden, doa juga penting......Tuhan tu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita........
Kepada semua kawan2 yang senasib dengan saya, marilah kita sama2 sentiasa positifkan diri...perasaan rendah diri dan segalanya tak dapat dielakkan tapi mungkin boleh dikurangkan ........
Kesulitan dan dugaan yang kita lalui ni akan membuatkan kita bertambah kuat!
2 comments:
jika xkeberatan add la group nie
http://www.facebook.com/groups/167649886692064/
group apa ni
Post a Comment