Pages

17 Jan 2013

Usaha yg sedang dan telah dilakukan sebagai TTC

Salam semua......tiba2 terasa nak menulis sesuatu pula di sini.....

Sebagai seorang yang sedang berTTC, mesti pelbagai usaha yang telah dan sedang kita lakukan.....makan ubat itu, makan ubat ini...macam2 lagi lah.....kalau berkemampuan mungkin tak ada masalah untuk peruntukkan beberapa ratus setiap bulan tetapi bagi yang kurang berkemampuan mungkin susah sikitlah...

Macam saya sendiri, saya akui, selama 3 tahun yang lepas berTTC, kewangan saya amatlah terhad yang membuatkan saya kadang2 makan vitamin @ segala macam ubat...dan kadang2 tak ada pun .....tapi alhamdulillah pada tahun ni ada rezeki lebih sikit dan ringan sikit so bolehlah teruskan pemakanan vitamin yang menyihatkan badan sebagai persediaan untuk mendapatkan baby......

Okaylah berbalik pada topik asal kita yer....antara usaha yang telah saya lakukan untuk pregnant ialah dengan mengambil

1. Jus kumanggo
 Jus kumanggo tu saya start ambil tahun lepas dan hasilnya amat baik. Saya ada terbaca dalam paper yang mengatakan ada seorang wanita ni fibroid dia kecut bila amalkan jus kumanggo ni, Setiap bulan saya mesti dapatkan satu stok untuk saya. Harga dia dalam RM120 termasuk kos penghantaran. Saya dapati ada banyak carian dalam blog saya ni mana nak dapatkan jus kumanggo ni. Saya dapatkan stok dari seorang pengedar. Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini. Setakat ni dah hampir 6 bulan saya dapatkan stok dari pengedar ni. Siapa2 nak beli tu bolehlah terus call pengedar dia yer....jangan risau...jus ni tak ada kesan sampingan....


2. GLA Complex dari Shaklee
Vitamin ni pula sebenarnya saya beli sebab saya ada terbaca testimonial untuk mengecutkan cyst. Terus saya dapatkan vitamin ni 3 bulan lepas. Hasilnya, cyst saya memang mengecut!
Sepanjang 3 bulan saya amalkan GLA ni saya dapati setiap bulan saya pasti ada egg white cervical mucus. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Alhamdulillah..tapi tiub saya tersumbat..camner plak tu ekkk..:(....takperlah...ada rezeki adalah kan...kalau tuhan kata jadi..jadi lah dia....:). Saya akan dapat egg white ni bermula pada hari ke-10 lepas period.....semoga ada rezeki lepas ni.

Selepas merasai kesan GLA ni terus saya daftar jadi ahli. Pada kawan2 semua yang nak cuba GLA ni bolehlah terus hubungi saya yekk...Boleh dapat harga best punyer...hehehehehe......


3. Alfalfa Complex dari Shaklee
Ni satu lagi vitamin yang saya amalkan bersama2 GLA....sangat bagus untuk wanita yang menjaga kesihatan dalaman. Selain daripada menghilangkan keputihan boleh juga menghilangkan masalah sembelit.



4. Makan buah kurma
Makan buah kurma setiap hari. Selain baik untuk kesihatan, boleh juga menghilangkan masalah sembelit. Tak percaya?...Cubalah...

5. Ambil ubat homepathy Dr Hassan (PKNS Bangi)
Murah jer. Sekali ambil ubat dalam RM30. Doktor akan check tangan dan bagitau apa masalah kita. Masalahnya saya selalu jer lupa nak makan dan pantang larang yang saya terlajak....huhuuhuhu..

6. Ambil Asid Folic
Ubat ni saya ambil kt hospital serdang. Setiap kali appointment doktor akan bagi stok untuk 3 bulan. Free kan..ambik jer lah kan....


Perkara yang AKAN saya lakukan sebagai TTC

1. Selepas mendapat result HSG, saya lebih redha....apa yang tuhan dah tetapkan untuk saya ada sebabnya walaupun pada mulanya saya agak down sgt2....tapi saya cuba untuk bersifat lebih positif. Antara perkara yang akan saya lakukan sebagai TTC ialah meneruskan apa yg telah saya lakukan sebelum ini. Saya juga akan menerima nasihat doktor andaikata memerlukan untuk saya melakukan laparoscopy.....saya redha jer demi mendapatkan zuriat sendiri.

2. Masa saya suft internet mencari maklumat semalam, saya terjumpa tentang rawatan kesuburan yang dilakukan di Klinik Homepathy Dr Nik Omar di Bangi. Sebelum ni memang saya pernah membuat rawatan di sini tapi entah mengapa saya berhenti. Bila saya tgk2 balik, klinik ni ada menawarkan rawatan khas untuk kesuburan yang dinamakan Kaedah HTI-P2000. Ada banyak testimonial daripada pesakit yg dah berjaya. Ada yang dari luar negeri dan sebagainya dengan pelbagai jenis masalah. Saya mesti cuba!!!

3. Saya nak cuba buat rawatan akupuntur di Klinik Homepathy Dr Nik Omar. Pernah buat sebelum ni. Tak mahal sgt. Tunggu next gaji...huhuhuh

4. Alternatif terakhir saya ialah nak buat IVF!!!.....Sedang berusaha mengumpul duit untuk buat IVF. Semoga dipermudahkan segalanya. Sebelum mulakan IVF saya nak pastikan kesihatan saya dalam keadaan baik, rahim saya selamat untuk baby saya dan memastikan usaha saya nak buat IVF ni berbaloi...mahal tauuuuuu......hehehehe....mungkin ada hikmah apa yang tuhan turunkan pada saya untuk saya lebih dekat padanya dan sentiasa menjaga kesihatan saya.



5. Nak makan habatussauda dan susu kambing...huhuhu......banyak khasiat yg saya baca..korang google lah sendiri yekk....banyak je info.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Hanna, saya pun Sedang ttc. Dah masuk 2 tahun mencuba but belum ada rezeki lagi. In sya Allah saya ajan tunggu saat yg membahagia kn tu. Saya bru start gla n alfalfa today :D

Dee.

Anna said...

Sama2lah kita berTTC..:) Semoga usaha kita dirahmati allah....dah start GLA n alfalfa ekk....good luck :)

dihatikukamu said...

Salam, Dian pun sedang ber TTC..dah kawen 2 tahun lebih. semoga ada rezeki buat kita ye.in sya Allah...

zool said...

UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya, wassup /sms 0148004302