Pages

16 Jan 2013

Hampa dan hampa :(

Semalam adalah tarikh appointment saya di Hospital Serdang dan sekaligus mengambil result2 yg telah saya jalani sebelum ini. Sebelum ni husband dah buat Semen Analysis (SA) dan keputusannya adalah 'perfect'.....so persoalannya adakah saya yg bermasalah?...

Seperti yang dijangkkan, keputusan HSG saya tidak memihak kepada saya...kedua2 tiub saya tersumbat.....rasa macam nak jatuh jantung ni ....air mata terpaksa tahan depan doktor...keluar jer dari bilik doktor berjurai2 air mata keluar....husband masuk balik bilik doktor nak ambil mc untuk saya dan terus bertanya itu dan ini pada doktor.....saya mmg tak boleh nak pandang muka doktor..sedih....hasilnya sepanjang hari air mata saya berjurai2 keluar tanpa henti!...nak update blog pun rasanya tak mampu semalam asik menangis dan berfikir tentang kos IVF yg mmg mahal.....tapi saya tidak keseorangan...ada juga yg senasib dengan saya dan mereka sungguh kuat melawan dugaan..tapi sekurang2nya saya dah tahu masalah saya..maybe sebab sebelum ni saya pernah menjalani operation buang cyst..dan ada kesan pada tiub saya...mungkin..entahlah........

Bila hati dah reda sikit malam tu saya tanya husband apa kata doktor....katanya..doktor akan call balik dan akan syorkan buat laparoscopy untuk repair balik apa yg patut dan clamp. Saya ada juga terbaca dalam blog seorang blogger ni ...Tiub sebelah kiri dia juga kena clamp dan tiub sebelah kanan ok lepas buat laparoscopy..then she did IVF dan berjaya..alhamdulillah..apa yg dia lalui itu buat saya bersemangat semula.....

Sekarang ni saya pula x sabar2 rasanya nak buat laparoscopy ni dan menunggu panggilan dari hospital......dalam masa tu ada lah masa saya untuk menambah duit simpanan untuk buat IVF...ya allah...semoga dipermudahkan segalanya.......paling tidak pun kena ada dalam RM10 ribu untuk kos IVF ni.....mungkin kurang atau lebih bergantung pada ubat2 yg kita ambil. Ini mmg diberitahu oleh seorang kawan saya yg dah pun memulakan prosidur IVF di HUKM......

Nampak gayanya bermula sekarang saya dah kena ikat perut untuk menabung sikit demi sedikit demi kos IVF..kalau ini jalan yang saya kena lalui saya terima ..redha...walaupun semalam saya terpikir kenapalah orang yg buat maksiat tu senang je tuhan nak bagi anak....huhhh.....x patut kan pikir macam tu....maklumlah semalam emosi tak stabil......

So dari semalam saya asyik mencari info berkaitan IVF ni dan rasanya saya nak proceed di HUKM...insya allah...tunggu panggilan telefon dari hospital Serdang sama ada kena buat laparoscopy ataupun tidak....masih menunggu dan menunggu........dan tahun 2013 ni mmg akan jadi tahun treatment untuk saya dan saya tak nak stress langsung......:)


5 comments:

Unknown said...

Insyaallah, saya doakan...jgn sedih, kuasa Tuhan mengatasi segalanyakan? Kadang kita rasa tak mungkin tapi kalau Allah kata mungkin, siapa kita nak menafikannya? :)

Anna said...

terima kasih hanie...huhuhuhu...sedang bermuhasabah diri....dan kita sebenarnya tidak keseorangan kan

Anonymous said...

salam
awak org mana ye? sy pun buat IVF tp kat terengganu. kat sini ubat utk IVf masih lg diberi percuma. tak kira kakitangan kerajaan ke tak. so sy spent dlm 3K++ je untuk IVf termasuk cost untuk frozenkan embrio yg lebih. ramai chinese dr luar yg dtg buat kat sini sbb tahu murah.. so sy fikir why not bgtau pada org2 kita. if u're willing to travel le.... klu u mmg asal pantai timur lg mudah.. kira balik kg.... sy kerja kat kelantan... so nak buat ivf kena bercuti gak sbb kena balik trg. rasanya thn lepas byk jugak kena sacrifice cuti... untuk iui(free kat trg.. kena bayar rm45 je untuk cost lab)sy cuti dua hari.. since failed, dr bagi siap2 pill perancang n bagitau bila kena makan. lepas tu dtg sehari lg untuk ambik ubat untuk ivf.. pastu sy cuti seminggu untuk procedure. Alhamdullillah setakat ni masih berjaya (sy pregnant now 18 weeks) klu ini blh membantu

aida

Anna said...

salam aida...

hospital kt terengganu tu kt mana yer...saya dok di selangor....tapi adik saya ada di terengganu..mcm berminat pulak....kos tu mmg murah dan boleh buat 2,3 kali ivf....kalau ada contact number lagi bagus....sy mmg tgh survey tempat untuk buat ivf ni....aida buat ivf tu berapa kali yek baru berjaya..kalau boleh share lah kt sini :)

Anonymous said...

Useful info. Lucky me I found your web site accidentally,
and I’m shocked why this coincidence didn’t took place earlier!
I bookmarked it.

Here is my homepage :: http://www.vtv.am