Pages

19 Sept 2014

Set tarikh operation


Appointment kali ni bagi nak tentukan tarikh operation yang kami dah decide sebelum ni bagi membetulkan kedudukan ovari then proceed dengan IVF.

Semasa berjumpa dengan doktor, doktor tanya dah decide betul2 ke nak buat operation ni dan kami cakap ya....dah ready..then my hubby tanya doktor apa komplikasi yang bakal berlaku dengan operation nie...Berikut adalah antara komplikasi yang berkemungkinan.....huhuhu

  1. Ovari tu berada di belakang rahim...so maybe susah sikit nak dapatkan ovari tu
  2. Mungkin akan mencederakan usus sebab sebelum ni pernah operate utk cyst...usus dulu ada lekatan2 dengan organ lain
  3. Doktor tak tahu macammana condition dalam perut saya tu...so takut nak jangkakan apa yg akan berlaku masa operation
  4. Sebelum ni pernah ada infection....so takut ada komplikasi lain
  5. Kalau boleh doktor cuma akan buat laps sahaja....tapi kalau tak boleh.complicated dengan organ yang melekat2 tu...maybe kena buat open surgery jugak...huhuhuh  
Bila dah dengar penerangan doktor tu saya jadi seriau plak........huhuhuhu.......kemungkinan komplikasi tu ada cuba berserah je lah ....moga2 dipermudahkan operation tu nanti...lepas doktor check tarikh so dapat tarikh 11/11/2014........10/11/2014 dah kena masuk wad.....2 minggu sebelum tu kena buat pra pendaftaran dulu untk buat beberapa test berdasarkan borang yang saya dah isi untuk kemasukan ke wad....apa2pun doktor cakap kami masih boleh nak cancel operation ni kalau x nak...tapi kalau cancel IVF pun tak boleh buat kan....so rasanya redah jer lah.....moga2 dipermudahkan semuanya.....dulu pun masa operation cyst (agak besar jugak) tahun 2008....doktor cakap nak buang satu ovari saya..tapi alhamdulillah..x buang pun.....okay....

Saya hanya mampu berdoa...ada 2 bulan lagi sebelum tarikh operation ...huhuhu

p/s: Ya allah!...kau permudahkanlah semua urusanku....

5 comments:

nuriz said...

Speechless membacanya anna..tetapi kena yakin, setiap kesusahan, akan ada kemudahan..semoga dipermudahkan ya..Amin..

Anna said...

yup...kena yakin kan...tq nuriz :)

Pam Rn said...

Dapat bayangkan betapa sukarnya perjalanan TTC Anna. Simpati dengan Anna & husband. Semoga dipermudahkan segalanya.

Anna said...

Tq pamela. Semoga kesusahan skrg ada sinar dikemudian hari

ejan said...

semoga awak tabah menghadapinya,,saya juga lebih kurang senasib dengan awak