Pages

3 Mar 2015

Result TVS : Sedih


Semalam (2/3/2015) hari ke-6 selepas sesi cucuk mencucuk di perut sendiri dan datang PPUM lagi untuk buat TVS untuk check berapa banyak telur yang dapat. 

Senang cerita dipendekkan lah citer yer..malas nak tulis panjang2... resultt TVS cuma ada 1 je telur....mmg down giler semalam..tak tau nak cakap apa..depan doktor cool ajer....masa balik satu hari banjir sampai sakit kepala nie.....tak tau nak ngadu dengan saper.....masa tu tuhan je yang tau perasaannya bila fail.....itu belum start IVF..baru untuk telur....so doktor bagi lagi 2 hari ubat untuk tengok keadaan telur tu....kalau still sama macam semalam...so dengan rasminya perjalanan IVF saya terhenti setakat ini....padahal dos yang doktor guna adalah untuk perempuan yang berumur 40 tahun ke atas katanya.......mula2 saya tak boleh nak pikir apa.......tapi hari ni dah cool sikit..dah boleh terima hakikat yang menyakitkan kalau result TVS saya esok tidak memihak pada saya...saya yakin ada hikmahnya....nak tau?...belum scan lagi esok, semalam saya dah cari plan B......nampak saya macam putus asa..tapi dalam hati saya masih ada harapan nak cuba.......Doktor cakap kalau telur tak berkembang jugak, stop prosedur IVF dan tunggu next cycle untuk proceed dengan dos ubat yang lagi tinggi....tapi saya rasa maybe saya akan start balik selepas 3,4 bulan....saya plan nak buat treatment tradisional yang lain....maybe akupuntur, perubatan holistik dan berurut.....itu just plan B.....saya dah ready jawapan yang akan doktor bagi esok..so saya tak jatuh kuat sangat kan......

Kalaulah tiub saya ni ok..dengan satu telur ni mesti saya boleh pregnant kan.......allahuakbar....semua dengan kuasa tuhan......saya nak try natural jugak.mana tau...tiub tersumbat bukan x de tiub langsung...yg x ada tiub pun boleh pregnant....itu yang jadi motivasi saya......kuasa Allah tak siapa yang boleh halang kan kalau nak bagi...apa2 pun saya tunggu je result esok......plan B tetap berjalan walaupun x keluar result lagi....

Kalau kawan2 ada cadangan untuk saya bolehlah share yer.....treatment apa lagi yg boleh saya buat....ini bukan penamat bagi saya....semalam mmg rasa dunia ni x adil pada saya..menangis sepanjang hari......tapi hari ni dah ok sikit.....mmg betul lah...prosedur IVF ni membuatkan kita ada macam2 emosi.. Sakit, sedih, suka, duka...ermmm.........

6 comments:

Ummi Firdaus said...

Assalamualaikum Anna,

Salam perkenalan... Saya selalu singgah ke blog-blog TTCian... Bila singgah ke post Anna kali ni saya, saya terasa nak share tempat yang pernah saya pergi.. http://www.goldengatefertility.com/ Klinik perubatan cina khas untuk rawatan kesuburan. Ubat-ubatnya semua menggunakan ubat-ubat herba Cina. Bila baca testimoni diwebsite dan diklinik sendiri, ramai yang berjaya selepas mengambil ubat. Ada yang sudah 3 kali cuba ivf gagal, selepas ambil ubat untuk 5 cycle berjaya pregnant. Ada juga yang sudah lebih enam kali gugur, berjaya pregnant. Tapi semua itu dengan izin Allah kan...
Cuma agak mahal kos perubatannya. Untuk wanita perlu ke klinik setiap minggu, doktor akan scan untuk monitor perkembangan rahim dan telur. Ubat dibeli setiap minggu. Minimum ubat untuk seminggu RM160. Kalau ada masalah lain dan perlu ambil ubat lain, maka kos bertambah. Untuk lelaki juga sama, ubat minimum seminggu RM160, tapi tak perlu datang setiap minggu. Kos scan, RM50 setiap kali scan, lepas 8 kali scan percuma.
Saya pernah dapatkan rawatan untuk hampir dua bulan tapi mungkin badan saya tak serasi dengan ubatnya. Perut saya selalu kembung sehingga jadi gastrik dan pedih ulu hati.
Mungkin boleh mencuba sebab setiap orang lain-lain penerimaan badan dengan ubatkan. Saya pernah menangis dan mengadu ke suami, rasa rugi pergi ke situ lepas selalu kerap sakit perut dan sesak napas. Jawapan suami saya mudah sahaja : Sekurang-kurangnya kita dah cuba, kalau kita tak cuba mana kita tau ubat tu berkesan ke tidak.. nanti asyik terpikir-pikir kenapa lah tak cuba.
Maaf panjang pula saya menulis di sini. Saya doakan Anna, rakan-rakan TTCian dan diri saya sendiri tabah menghadapi ujian ini dan moga kita dikurniakan cahaya mata satu hari nanti. Insya Allah...

Anna said...

Thanks umi. Insya allah boleh juga utk sy cuba kan tempat yg umi syorkan ni. Penerimaan badan masing2 lain. Sekarang umi masih ttc ker?

zarith said...

hai anna,

Taktau sempat lg ke tak awak nak buat.. cuba buat akupuntur with moxibustion.
sy ada pcos, period jarang sangat. pas saya buat akupuntur telur membesar dengan jayanya dan banyak egg white..

sweet tooth said...

Anna dear, hugs... i understand the feeling. it's good u have let it out yesterday, and i'm so proud that u've come back on ur feet today. InshaAllah, ada hikmah kan...

Semoga yg terbaik utk u..and smg Allah permudahkan...Amin...

BaTiK_PiNk said...

Anna, semoga rasa sedih awak cepat-cepat pergi dari dalam hati awak dan awak dapat bangkit untuk terus berusaha selepas ini. InshaAllah semoga Allah bantu perjalanan usaha TTC awak ini...amin!

Anna said...

TQ kawan semua yg bagi cadangan...maybe saya akan try buat akupuntur dulu sebelum proceed next ivf......