Pages

17 Mar 2015

Persediaan IVF 2: Vitamin & Makanan yang diamalkan


Ni ibarat bermula dari zero selepas IVF saya sangkut di tengah jalan. Nak start balik makan vitamin dan makanan2 sunnah. Ada yang saya dapat dari pembacaan di blog dan ada juga yang saya dapat dapat dari kawan2 group watsapp. Terima kasih guideline yang diberikan. Okaylah kt bawah ni saya nak senaraikan makanan dan vitamin yang saya akan dan sudah amalkan untuk persediaan IVF kali kedua ni.

  1.  Telur rebus@separuh masak (untuk mencantikkan dan kualiti telur)
  2.  Vitamin D
  3.  Madu+Apple cider
  4. Asid folic
  5. Aberet Folik (x larat nak makan hari2 sebab sure saya sembelit, so kena make sure minum air yang banyak)
  6. Multivitamin
  7. Vitamin C
  8. Jus Delima Gulsan
  9. Lemon+air suam
  10. Susu Kambing (yang ni belum amalkan sebab x suka susu...huhuhu)
  11. Buah Kurma
  12. Air Zamzam 
  13. Air masak
  14. Air Herba Cina (Yang ni paling tak suka nak minum, bau tak best. Setiap kali minum kena ada air lain kat sebelah nak elak muntah)
  15. Akupuntur (Sila rujuk post sebelum ni pasal akupuntur yang saya dah buat) 
  16. Buah delima (yang ini belum makan lagi sebab saya ambik jus delima. Insya allah nanti nak cari jugak buah delima ni)
Dari segi rohani saya amalkan solat Dhuba, Tahajud, Hajat, baca quran, sedekahkan alfatihah (boleh baca post sebelum ni) dan beberapa zikir harian.

Semoga usaha saya kali ini membuahkan hasil. Rancang untuk next IVF selepas raya. So saya ada lebih kurang dalam 4 bulan untuk buat persediaan. Bulan 6 puasa. Bulan 7 raya. Semoga usaha saya ni berterusan bukan hangat2 taik ayam....heheheh.....

Minggu ni saya nak pergi balik tempat akupuntur tu. Sepatutnya saya pergi minggu ni tapi air herba ni tak habis minum lagi..heheheh......asik x minum jer.....x sedap......tapi bak kata hubby, mahal tu, kena habiskan jugak...okaylah....ada lagi 3 bungkus tak minum...caiyok2.....

 p/s: Saya selalu berangan pregnant natural. Tak mustahil kan. Tak kisahlah dengan cara apa pun yang penting kita usaha. Kalau kawan2 ada tips lain bolehlah kongsikan dengan saya yer....Boleh bertukar2 pendapat.

11 comments:

sweet tooth said...

Tiada yg mustahil bagi Nya... teruskan usaha anna :-)

lily said...

As salam..... saya kagum dgn semangat awk dlm usaha tuk mendapatkan zuriat...
nasib kita lebih kurang sama je.. sy mcm nk menngenali dan tau cerita awk dgn lebih dekat.. bole x sy dapatkan no contact awk??

Anna said...

lily...boleh bagi emel? nanti sy contact awak......:)

lily said...

ni email saya.. eila_adie@yahoo.com.my.. contact ye...

Anna said...

ok...tq lily :)

PelangiBonda said...

Salam akk..

If you don't mind, boleh x iqa nk mintak no utk whatsapp.
Iqa pon tgh TTC jgak almost 2 years. First jumpa your blog masa tgh google2 psl Puregon.
Iqa spttnya kena p cucuk Puregon ni.. tp my menses x dtg pon lepas amik Provera.
ni email iqa.. ieqa4409@gmail.com
if you don't mind nk tny sikit pengalaman cucuk Puregon.

Thanks.

Salam,
Iqa. :)

Anna said...

ok iqa...jp g sy emel iqa yer

masrizal said...

salam, sis boleh tak pm no fon kat saya..nak share dan tahu prkembangan sis.. saya pun nak buat IVF..doc suh get ready bulan 5 ni.. ni no fon saya 0176054413 mas

masrizal said...

salam, sis boleh tak pm no fon kat saya..nak share dan tahu prkembangan sis.. saya pun nak buat IVF..doc suh get ready bulan 5 ni.. ni no fon saya 0176054413 mas

myanomy said...

salam... boleh dpt email or ws no sis? menariknya entry ni.plus nk knowledge dr sis.sudikah sis kawan dgn saya

Unknown said...

Salam sis...saya pun fail 1st ivf..plan for 2nd ivf...takut je nk buat 2nd ivf...so nk buat persediaan awal dan rapi...kena bersedia rohani n mental juga..