Pages

5 Mar 2015

IVF:Hanya sampai di sini



Betul tu....tajuk tu x salah....selepas buat TVS semalam...maka berakhirlah perjalanan IVF saya yang baru nak bermula....IVF saya terhenti di tengah jalan berbanding kawan2 lain yang sempat merasa apa itu 2ww......dan saya pun dah ready dengan situasi ini. Di mana silapnya saya tak ada jawapan untuk itu. Semuanya ketentuan Allah. Saya dah cuba sebaik mungkin tetapi mungkin belum masanya....Dia nak saya cuba dan cuba lagi tanpa henti. Sebenarnya saya dah dapat agak keputusan doktor semalam dan saya jadi lebih tenang bila doktor ckp x boleh proceed to the next stage. Maybe saya dah bersedia dengan segala kemungkinan dan keputusan doktor. Ubat tak respon dan saya hanya berjaya dapat satu telur ajer....Mula2 memang saya frust tapi bila menangis puas2 saya cool balik. Kena move next step. Tak boleh terus menangis dan menangis. Tak jadi apa pun kan.

Doktor bagi saya tarikh appointment sebulan dari sekarang maknanya bulan 4 nanti datang jumpa dia balik. Nak jumpa husband n wife. Maybe proceed dengan next IVF tetapi guna dos ubat yang lagi tinggi.

Lepas habis appointment semalam sementara nak tunggu hubby ambik saya duduk kt lobi. Macam2 ragam orang saya tengok...Kebetulan dekat lobi tu ada Klinik Pediatrik (Kanak-kanak). Bila fikir nasib saya yang x ada anak lagi  nie, membuatkan saya sedar kejap....Ada orang tuhan tak bagi anak lagi, ada yang senang je dapat anak...ada yang dapat anak yang sihat..dan ada yang dapat anak yang ada penyakit dan perlukan perhatian.....tuhan ni adil sebenarnya...Dia bagi kita kurang kat sini, tapi lebih kat sini.....kalau kita rasa kita ni susah ada lagi yang susah.......Cuba kadang2 kita cuma fokus apa yang kita x ada tapi tak nampak apa yang tuhan dah bagi pada kita...bersangka baiklah pada Allah.....

Sepertimana yang saya mentioned sebelum ni saya mmg dah ada plan B dah kalau IVF ni fail. Terima kasih pada kawan2 yang follow blog saya dan bagi cadangan yang saya fikir sangat baik untuk saya cuba. Ya allah....terharunya dengan cadangan korang tu......Apa yang terfikir dalam minda saya skrg nie...saya nak try treatment akupuntur sebelum saya proceed next step utk IVF....mungkin saya plan nak buat IVF balik selepas raya......saya nak make sure sistem badan saya ready sebelum  proceed next IVF.....so saya ada dlm 3 bulan lagi untuk betulkan apa yang patut dalam sistem badan saya nie...rahim, ovari dan sebagainya. Cuma tempat jer saya tak decide lagi nak buat kat mana.....dalam pertimbangan.....Ada beberapa tempat akupuntur yang dlm pertimbangan saya berdasarkan cadangan kawan2 dan baca dalam blog

  1. Ummi Firdaus cadangkan http://www.goldengatefertility.com Klinik perubatan cina khas untuk rawatan kesuburan
  2. Pusat Homepathy Dr Nik Omar di Bangi - Saya pernah beberapa kali buat tapi lepas tu stop. Maybe akan pertimbangkan untuk buat kt sini sebab dekat dengan Kajang
  3. Saya pernah baca blog ni yang TTC selama 12 tahun , pregnant selepas buat rawatan akupuntur di PJ. Tapi dengarnya sekarang dah berpindah ke Serdang. Boleh baca detail dalam blog ni yer.
Kalau kawan2 ada lagi tempat cadangan untuk saya cuba dialu2kan....Kalau boleh dekat dengan rumah saya di Kajang. Saya cadang nak start Sabtu nie....Kalau kawan2 ada petua or apa2 untuk share dengan saya pun ok....petua nak banyakkan n matangkan telur ker..huhuhu.......

Terima kasih kepada korang semua yang sudi baca luahan dan celoteh saya dalam blog nie. Segala cadangan korang saya hargai...Doakan dipermudahkan usaha saya selama ini. Kadang2 apa yang kita nak sangat tak dapat tapi tuhan dah ada perancangan terbaik un tuk kita. Insya Allah.


9 comments:

zarith said...

saya buat dengan ms lim, dia datang rumah. but harga mahal, rm100 per treatment. Tapi tak kira jarum. Selalu buat dia akan cucuk 30-35 jarum.

Ms lim tu kata, untuk efek cepat kena guna banyak jarum. Kalau guna jarum sikit, efek lambat sikit. itu katanyallah.

Kalau nak noo telefon dia, email saya ye.

Anna said...

zarith, boleh bagi emel?

zarith said...

ganthene@gmail.com

Iedajeff said...

Bersabarlah menerima ujian Allah...mayb ada hikmah disebaliknya yg kita tidak sedar...apapun teruskn usaha berttc n jgn pts asa yea...Oh yea..mayb awak blh cuba berbekam gak...minta utk bekam kesuburan...bekam ni sunnah.Barangsiapa yg beramal dgn amalan sunnah insyaallah ada keberkatannya disitu...

Mrs Opi said...

Kuatkan semangat anna! Jangan cepat mengalah...
Insyaallah.. Allah akan berikan pada waktu yang terbaik..think positive

Anna said...

ieda jeff, Mrs Opi tq my dear :) esok nak start buat akupuntur....ehheheh

aiena said...

Anna, kuatkan semangat ye. Sy faham perasaan awak, sbb sy pun TTC..
Untuk besarkan telur, boleh cuba makan telur separuh masak start dari first period sehingga O.
pastu amalkan makanan2 sunnah seperti susu kambing, delima, habatussauda, madu dan kurma.. shatavari himalaya pun boleh. Saya dapat info2 ni pun dari group TTC Malaysia.
InsyAllah, kita ikhtiar, selebihnya Allah yang tentukan.

Anna said...

Tq aiena, sgt2 membantu info tu... Tqqq😍

sweet tooth said...

Anna, be strong dear... InshaAllah, ada hikmah... Smg Allah permudahkan utk kita semua...amin... take care...