Pages

28 Oct 2013

Qaseh Gold dan Habbatus Sauda usaha terbaru


Salam semua....semakin hampir dengan bulan 12....semakin banyak plak usaha saya ke arah itu....huhuh.......salah satu daripadanya ialah mengamalkan Qaseh Gold dan Habbatus Sauda...

 QASEH GOLD

Saya dah amalkan Qaseh Gold ni dah masuk sebulan.. Baru masuk botol yang kedua untuk bulan kedua. Rasa dia manis2 sebab ada campuran kurma, madu, habbatus sauda, buah tiin, zaitun dan air zam-zam serta diperkaya dengan herba tradisi Gingko dan sireh.

Kesan seawal 2-3 hari saya amalkan Qaseh Gold ni ialah saya memang senang sangat nak ke toilet. Kiranya memudahkan penghadaman saya pagi-pagi tu. Apa yang buat saya tertarik nak amalkan Qaseh Gold ni ialah sebab di dalamnya ada kesemua makanan Sunnah. Dan tak dinafikan makanan sunnah ni mmg elok diamalkan dan memang dah diceritakan dalam al-quran.


HABBATUS SAUDA
Habbatus Sauda ni saya baru je amalkan hari ni..ehhehehe..asalnya pergi kedai tu nak beli buah kurma..tersangkut plak mata ni tengok habbatus sauda. Ada yg jenis seed, minyak dan kapsul....So i took capsule...easy for me to eat...huhuhuhu.......telan ajer kan... Habbatus Sauda ni pun terbukti keberkesanannya..

Ia adalah sejenis bijian yang amat penting di dalam bidang perubatan sehinggakan ianya disebut dalam sebuah hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

"Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati".


Rabu ni plak nak walk in ke PPUM...kebetulan hantar makcik ke sana.....last time masa saya call staff kt PPUM bagitau datang dulu bawa surat rujukan doktor then ambik tarikh untuk appointment. Lepas tu baru start lah kot appointment. Lama dah rasanya tak buat treatment kt hospital..rindu plak...hehehe...bleh gitu....

Okaylah..nanti bila dah start treatment nanti saya story detail lagik yer kawan2....doakan dipermudahkan urusan saya nanti.....Insya allah...

5 comments:

sweet tooth said...

my frens pun ramai yg ambik qaseh gold ni. InshaAllah, semoga Allah permudahkan usaha anna :-) amin...

Anna said...

tq sweet.....:).....selagi boleh usaha kita usaha kan....

Pam Rn said...

menarik! betul lah kan senang nak makan & bawa ke mana2. usaha itu tangga kejayaan. semoga dipermudah kan :)

Anna said...

Pamela, saya ni segala mcm nk makan...ehhehehe...tapi x salah cuba kan...:)

Pam Rn said...

batul3x :) saya pun sama..hehe