Pages

28 Mar 2013

Rezeki itu datangnya dari Allah!



Sebagai orang Islam kita kena tahu satu jer...rezeki itu datangnya dari Allah! Walau macammana pun kita mencuba, berapa kali pun usaha kita kalau dia belum nak bagi kita rezeki tu terima lah seadanya. Kalau dah sampai masa dia nak bagi, tak akan lambat dan cepat sesaat pun. Tapi kadang2 kita bila kita terlalu mengharap rezeki tu pasti menjadi milik kita, kita jadi jadi frust bila tak kesampaian...

Setelah tergolong dalam golongan TTC sejak 3 tahun yang lalu, saya redha andai belum rezeki untuk saya mendapat zuriat lagi walaupun jauh di sudut hati sangat2 menginginkannya...cuma masanya belum sampai.

Kadang2 kita dah usaha macam2, buat IUI, IVF, makan ubat itu ubat ini tapi belum juga berhasil. Rupa2nya Allah tu nak bagi pregrant secara natural! Subhanallah.....besarnya kuasa tuhan...dia bagi kita susah, sedih dulu then baru dia nak bagi rezeki yg tak ternilai tu....Saya teringat kata2 doktor di Hospital Serdang yang merawat saya tu, dia ckp semua itu rezeki Allah. Dah bagi macam2 ubat dan dah buat IUI n IVF pada pesakit dia, tak jugak pregnant. Tapi rupanya tuhan nak bagi pesakit dia tu pregnant natural. Saya pegang kata2 dia.

Masa mula2 dapat result HSG saya down sangat sebab kalau result tu ok saya nak proceed dengan IUI. Rupanya tak boleh. Kena go for IVF dengan kos yang sangat mahal. Bila jumap Dr untuk mintak nasihat nak buat IVF, dinasihatkan pulak untuk buang segala macam saki baki cyst yang bersarang ni. Sekali lagi rasa down sbb kalau boleh tak nak lagi nak lalui operate2 ni.....n akhirnya saya redha. ....ada sebab agaknya Allah tu rancangkan semuanya ini untuk saya. Mesti ada rahsia di sebaliknya yang saya tak tahu. N now saya sedang buat rawatan homeopathy.

Berbalik kepada soal rezeki tadi. Saya just nak cerita sikit tentang rezeki ni. Masa mula2 saya kawin dulu mmg saya nak sangat anak....tapi belum dimakbulkan tuhan....kebetulan, masa mula2 kawin tu kami husband n wife ada masalah kewangan sikit. Business hubby tak berapa nak untung....boleh dikatakan duit yg kami dapat bulan2 tu cukup2 untuk kami jer...Cukup bulan jer mmg tunggu gaji...huhuhu.....Dalam masa yang saya kami masih mencuba untuk mendapat baby...tapi untuk buat treatment berterusan tu tak ada sebab masalah kewangan.Dalam masa yang sama usahakan untuk naikkan balik business... Selama 3 tahun keadaan kami sama jer..sehinggalah pada akhir tahun lepas kami nak kembangkan business sikit n perlukan modal...2 bank kami mohon tapi tak lulus....frust sangat sebab semuanya macam serba tak kena..akhirnya kami dapat solution dan akhirnya berkat doa yang tak putus kami dapat jugak modal tu dengan pinjaman dari koperasi...huhuhu....entah macam mana, dalam kecewa dan sedih tu tuhan permudahkan pulak usaha kami selepas gagal dapatkan pinjaman bank.

Dan alhamdulillah, pada tahun ni rezeki kami agak murah dan boleh lah saya teruskan balik treatment untuk dapatkan baby tu. Cuma apa yang saya nak ckpkan kt sini.....Tuhan tu akan bagi kita sakit dulu, bagi kita sedih dulu....dia nak dengar kita doa dengan dia.....insya llah...dia dengar rintihan kita...

Macam tu jugak soal rezeki anak. Saya redha. Maybe Allah dah rancang perancangan yang terbaik yang saya tak tahu apa dia...yang saya tak nampak apa dia..cuma cepat atau lambat sahaja....Dalam masa yang sama saya tetap akan kumpulkan dana untuk buat IVF tu..andaikata IVF juga bukan jalan yg terbaik untuk saya...saya doa Allah berikan saya jalan lain yang mudah....dipermudahkan segalanya.....Saya tetap yakin Allah akan makbulkan doa saya cuma tak tahu bila...cepat atau lambat itu rahsia Dia....kita tak tahu tu......kepada kawan2 TTC yang lain yakinlah rezeki itu tetap ada cuma kita kena tunggu masa yang sesuai...Hanya Allah yang tahu bila kita dah bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa..anugerah anak itu adalah tanggungjawab bukan sekadar suka2...dalam masa yang sama berusahalah dengan apa cara sekalipun.....Insya allah......

p/s : Teringat masa perbulana dengan kawan2 di meja makan semalam. Masing2 sibuk bercerita tentang nak kurangkan bayar income tax. Tiba2 ada sorang kawan saya ni bersuara pada saya dan sorang lagi kawan saya yg wife dia juga sedang TTC .."Alah, dia ni bukan ada anak pun...tak payah nak mintak kurang cukai tu, lain kali beranak ramai2"...(Sambil dalam hati bersuara) ..."YaAllah....kalau lah buat anak tu boleh dapat dengan senang dah lama kami ni dapat anak setahun sekali...bercakap tak pikir perasaan orang langsung kan....huhuhu........




4 comments:

putris said...

betul tu sis..rezeki sume dr Allah.. sy juga ant TTC yg sentiasa berharap dan bersabar terutama dengan kata2 yg -ve..semoga kita mendapat rezeki ini nanti..=)

Anna said...

insya allah putris :)

Carmello said...

assalam anna. Salam kenal. insyaallah.. Semoga allah permudahkan segalanya yer..

Anna said...

Salam carmello. Salam perkenalan. Thanks visiting my blog :)