Pages

25 Jan 2013

Persediaan seterusnya...adakah IVF jalan penyelesaiannya?

Selepas melalui appointment dan prosidur di Hospital Serdang, saya pun jadi keliru nak mulakan treatment macammana....nak buat IVF terus atau buat laparoscopy dulu sepertimana yang disyorkan oleh doktor...atau cuma alternatif lain dulu ker.....ermm..dalam dilema plak rasanya skrg..kalau nak buat IVF terus kena make sure kesihatan adalah baik jugakkan..maklumlah..kos IVF bukan seratus dua ratus...berpuluh ribu..huhuhuh.........adakah saya perlu selesaikan dulu masalah cyst saya ni ker....pening jugak memikirkannya...

Tapi sebagai langkah permulaan saya dah pun call HUKM (private wing) untuk set appointment......memandangkan bulan Januari ni dah penuh so saya dapat appointment pada 21/2/2013 dengan Prof Zainul.......Yg set appointment tu soh pilih so saya pilih lah Prof Zainul.....byk saya dengar cerita pasal Prof ni....mudah-mudahan dipermudahkan.......kwn saya ckp, dr akan bagi cadangan apa yg perlu kita buat masa first appointment tu nanti..so skrg ni saya sedang siapkan diri dengan kesihatan yang baik......so far alhamdulillah......saya rasa dalam D10-D14 mmg saya dapat rasakan hari2 subur saya tuh...perut senak, keluar lendir putih jernih tu dan suhu bdn yg meningkat....alhamdulillah..satu pentanda baik tentang kesihatan bdan saya....saiz cyst pulak saya tak check lagi...maybe sebelum berangkat ke JB ni saya nak check dulu saiz cyst ni....

Saya juga bercadang untuk pergi ke klinik Homepathy Dr Nik Omar di Bangi....insya llah Ahad ni untuk buat akupuntur dan buat treatment utk tiub saya yg tersumbat ni.....mudah-mudahan lah....

Rasanya nak juga dapatkan second opinion tentang kes saya ni....yelahh...sampai skrg pun Hospital Serdang tak call saya lagi adakah saya patut buat laparoscopy tu........nak buat tak nak..nak buat tak nak..ishhh...peninglah pikir........kalau boleh saya tak nak la stress kan.......relax jer kan...kalau stress apa pun tak jadi....kalau pasal keje pon seboleh2nya saya nak kurangkan stress........

Sementara nak menunggu 21/2/2013 ni saya boleh cuba macam2 alternatif utk rawat kes saya ni...kita hanya mampu berusaha..tuhan yang menentukannya.....




17 Jan 2013

Usaha yg sedang dan telah dilakukan sebagai TTC

Salam semua......tiba2 terasa nak menulis sesuatu pula di sini.....

Sebagai seorang yang sedang berTTC, mesti pelbagai usaha yang telah dan sedang kita lakukan.....makan ubat itu, makan ubat ini...macam2 lagi lah.....kalau berkemampuan mungkin tak ada masalah untuk peruntukkan beberapa ratus setiap bulan tetapi bagi yang kurang berkemampuan mungkin susah sikitlah...

Macam saya sendiri, saya akui, selama 3 tahun yang lepas berTTC, kewangan saya amatlah terhad yang membuatkan saya kadang2 makan vitamin @ segala macam ubat...dan kadang2 tak ada pun .....tapi alhamdulillah pada tahun ni ada rezeki lebih sikit dan ringan sikit so bolehlah teruskan pemakanan vitamin yang menyihatkan badan sebagai persediaan untuk mendapatkan baby......

Okaylah berbalik pada topik asal kita yer....antara usaha yang telah saya lakukan untuk pregnant ialah dengan mengambil

1. Jus kumanggo
 Jus kumanggo tu saya start ambil tahun lepas dan hasilnya amat baik. Saya ada terbaca dalam paper yang mengatakan ada seorang wanita ni fibroid dia kecut bila amalkan jus kumanggo ni, Setiap bulan saya mesti dapatkan satu stok untuk saya. Harga dia dalam RM120 termasuk kos penghantaran. Saya dapati ada banyak carian dalam blog saya ni mana nak dapatkan jus kumanggo ni. Saya dapatkan stok dari seorang pengedar. Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini. Setakat ni dah hampir 6 bulan saya dapatkan stok dari pengedar ni. Siapa2 nak beli tu bolehlah terus call pengedar dia yer....jangan risau...jus ni tak ada kesan sampingan....


2. GLA Complex dari Shaklee
Vitamin ni pula sebenarnya saya beli sebab saya ada terbaca testimonial untuk mengecutkan cyst. Terus saya dapatkan vitamin ni 3 bulan lepas. Hasilnya, cyst saya memang mengecut!
Sepanjang 3 bulan saya amalkan GLA ni saya dapati setiap bulan saya pasti ada egg white cervical mucus. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Alhamdulillah..tapi tiub saya tersumbat..camner plak tu ekkk..:(....takperlah...ada rezeki adalah kan...kalau tuhan kata jadi..jadi lah dia....:). Saya akan dapat egg white ni bermula pada hari ke-10 lepas period.....semoga ada rezeki lepas ni.

Selepas merasai kesan GLA ni terus saya daftar jadi ahli. Pada kawan2 semua yang nak cuba GLA ni bolehlah terus hubungi saya yekk...Boleh dapat harga best punyer...hehehehehe......


3. Alfalfa Complex dari Shaklee
Ni satu lagi vitamin yang saya amalkan bersama2 GLA....sangat bagus untuk wanita yang menjaga kesihatan dalaman. Selain daripada menghilangkan keputihan boleh juga menghilangkan masalah sembelit.



4. Makan buah kurma
Makan buah kurma setiap hari. Selain baik untuk kesihatan, boleh juga menghilangkan masalah sembelit. Tak percaya?...Cubalah...

5. Ambil ubat homepathy Dr Hassan (PKNS Bangi)
Murah jer. Sekali ambil ubat dalam RM30. Doktor akan check tangan dan bagitau apa masalah kita. Masalahnya saya selalu jer lupa nak makan dan pantang larang yang saya terlajak....huhuuhuhu..

6. Ambil Asid Folic
Ubat ni saya ambil kt hospital serdang. Setiap kali appointment doktor akan bagi stok untuk 3 bulan. Free kan..ambik jer lah kan....


Perkara yang AKAN saya lakukan sebagai TTC

1. Selepas mendapat result HSG, saya lebih redha....apa yang tuhan dah tetapkan untuk saya ada sebabnya walaupun pada mulanya saya agak down sgt2....tapi saya cuba untuk bersifat lebih positif. Antara perkara yang akan saya lakukan sebagai TTC ialah meneruskan apa yg telah saya lakukan sebelum ini. Saya juga akan menerima nasihat doktor andaikata memerlukan untuk saya melakukan laparoscopy.....saya redha jer demi mendapatkan zuriat sendiri.

2. Masa saya suft internet mencari maklumat semalam, saya terjumpa tentang rawatan kesuburan yang dilakukan di Klinik Homepathy Dr Nik Omar di Bangi. Sebelum ni memang saya pernah membuat rawatan di sini tapi entah mengapa saya berhenti. Bila saya tgk2 balik, klinik ni ada menawarkan rawatan khas untuk kesuburan yang dinamakan Kaedah HTI-P2000. Ada banyak testimonial daripada pesakit yg dah berjaya. Ada yang dari luar negeri dan sebagainya dengan pelbagai jenis masalah. Saya mesti cuba!!!

3. Saya nak cuba buat rawatan akupuntur di Klinik Homepathy Dr Nik Omar. Pernah buat sebelum ni. Tak mahal sgt. Tunggu next gaji...huhuhuh

4. Alternatif terakhir saya ialah nak buat IVF!!!.....Sedang berusaha mengumpul duit untuk buat IVF. Semoga dipermudahkan segalanya. Sebelum mulakan IVF saya nak pastikan kesihatan saya dalam keadaan baik, rahim saya selamat untuk baby saya dan memastikan usaha saya nak buat IVF ni berbaloi...mahal tauuuuuu......hehehehe....mungkin ada hikmah apa yang tuhan turunkan pada saya untuk saya lebih dekat padanya dan sentiasa menjaga kesihatan saya.



5. Nak makan habatussauda dan susu kambing...huhuhu......banyak khasiat yg saya baca..korang google lah sendiri yekk....banyak je info.

16 Jan 2013

Hampa dan hampa :(

Semalam adalah tarikh appointment saya di Hospital Serdang dan sekaligus mengambil result2 yg telah saya jalani sebelum ini. Sebelum ni husband dah buat Semen Analysis (SA) dan keputusannya adalah 'perfect'.....so persoalannya adakah saya yg bermasalah?...

Seperti yang dijangkkan, keputusan HSG saya tidak memihak kepada saya...kedua2 tiub saya tersumbat.....rasa macam nak jatuh jantung ni ....air mata terpaksa tahan depan doktor...keluar jer dari bilik doktor berjurai2 air mata keluar....husband masuk balik bilik doktor nak ambil mc untuk saya dan terus bertanya itu dan ini pada doktor.....saya mmg tak boleh nak pandang muka doktor..sedih....hasilnya sepanjang hari air mata saya berjurai2 keluar tanpa henti!...nak update blog pun rasanya tak mampu semalam asik menangis dan berfikir tentang kos IVF yg mmg mahal.....tapi saya tidak keseorangan...ada juga yg senasib dengan saya dan mereka sungguh kuat melawan dugaan..tapi sekurang2nya saya dah tahu masalah saya..maybe sebab sebelum ni saya pernah menjalani operation buang cyst..dan ada kesan pada tiub saya...mungkin..entahlah........

Bila hati dah reda sikit malam tu saya tanya husband apa kata doktor....katanya..doktor akan call balik dan akan syorkan buat laparoscopy untuk repair balik apa yg patut dan clamp. Saya ada juga terbaca dalam blog seorang blogger ni ...Tiub sebelah kiri dia juga kena clamp dan tiub sebelah kanan ok lepas buat laparoscopy..then she did IVF dan berjaya..alhamdulillah..apa yg dia lalui itu buat saya bersemangat semula.....

Sekarang ni saya pula x sabar2 rasanya nak buat laparoscopy ni dan menunggu panggilan dari hospital......dalam masa tu ada lah masa saya untuk menambah duit simpanan untuk buat IVF...ya allah...semoga dipermudahkan segalanya.......paling tidak pun kena ada dalam RM10 ribu untuk kos IVF ni.....mungkin kurang atau lebih bergantung pada ubat2 yg kita ambil. Ini mmg diberitahu oleh seorang kawan saya yg dah pun memulakan prosidur IVF di HUKM......

Nampak gayanya bermula sekarang saya dah kena ikat perut untuk menabung sikit demi sedikit demi kos IVF..kalau ini jalan yang saya kena lalui saya terima ..redha...walaupun semalam saya terpikir kenapalah orang yg buat maksiat tu senang je tuhan nak bagi anak....huhhh.....x patut kan pikir macam tu....maklumlah semalam emosi tak stabil......

So dari semalam saya asyik mencari info berkaitan IVF ni dan rasanya saya nak proceed di HUKM...insya allah...tunggu panggilan telefon dari hospital Serdang sama ada kena buat laparoscopy ataupun tidak....masih menunggu dan menunggu........dan tahun 2013 ni mmg akan jadi tahun treatment untuk saya dan saya tak nak stress langsung......:)


1 Jan 2013

Mengharap sinar di tahun 2013

Salam semua.....hari ni dah masuk tahun 2013....Segala suka duka tahun 2012 telah kita tinggalkan dengan penuh warna warni......yang lepas biarkan lepas....dugaan yang akan datang bakal menanti. Bagi TTC seperti saya  ni azam tahun baru mestilah nak berusaha dan terus berusaha supaya dikurniakan baby yang comel2....
Saya sungguh jeles bila ada sajer yg post kt FB tentang kebahagiaan mereka yg dah pun pregnant...ermm....maybe seronok sangat pon...tapi hati saya pulak yang terhiris..ehhehehe.....taakperlah..maybe itu dah rezeki dia....ishhh..apalah...nak jeles2 kan...heheheh..tapi kdg2 tak boleh nak control.......15/1/2013 ni saya ada next appointment dengan hospital...nak tahu semua result ujian yg saya dah buat.........

Oh ya....saya baru jer join TTC Group Malaysia...seronok sangat boleh share something kt sini...share perasaan, tips dan lain2.....tak sabar sangat2  dengan next appointment sebab nak proceed dengan next treatment.......kalau HSG result ok, doktor soh buat IUI. Kalau tak ok proceed dengan IVF....semoga dipermudahkan segalanya.....