Hari ni cuti..sepatutnya nak g jumpa dr adilah di Hospital Pantai tapi tak jadi sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan sbb nak settle kan pasal wedding sepupu. X nak rasa buang masa so kami pun pergilah buat balik akupuntur di klinik Dr Nik kat bangi. Sepatutnya pergi last week tapi tak sempat....kebetulan hari ni cuti..pergi kejap lah...buat akupuntur pun bukannya lama...1/2 jam dah siap dah. Weekday ni pun org tak ramai...
Sempat jugaklah tanya dr tadi berapa lama boleh kecut cyst ni....dia ckp ada kes yang sampai 3 bulan cyst pun kecut....kena buat at least 2 minggu sekali.....setakat ni saya buat sebulan sekali..maybe lepas ni saya buat 2 minggu sekali.....
Tak ada pantang larang makan ubat homeopathy dr nik ni..cuma kena jarakkan dalam 1 ke 2 jam kalau nak makan ubat hospital atau nak minum kopi atau teh...fuh...lega....sblm ni bukan nak tanya kan....huhuhu...
Okaylah......kalaulah cyst ni boleh kecut sepenuhnya bolehlah proceed dgn ivf plak kan....x nak operate2 dah....huhuh...takut...terukkan sy ni....hubu..
Next week ingat nak g scan utk cyst tgk perkembangan...so far yg saya check..dia taklah membesar..terkawal...tapi bila lah nak kecut terus kan....ada yg ckp mkn jamu mak dara...tapi husband tak bagi makan sbb panas...x nak lawan ckp husband....i follow...
Rahsia Buat Duit Dengan Template Canva
2 months ago