Pages

7 Mar 2014

PPUM lagi dan Kedai Ubat Ban Kar Hing


Pada 5/3/2014 sekali lagi saya ada appointment @PPUM. Follow up berkaitan cyst. Nak tengok progress lepas Prof bagi makan Visanne. Setakat ni dah makan almost 2 boxes. Sebelum ni ada buat ujian darah untuk Prof nak pantau cyst tu lepas buat drainage bulan 12 tahun lepas. (Boleh baca kisah tu kt sini). Visanne ni kena makan untuk 3 bulan. So ada lagi sebulan lebih lagi untuk complete 3 bulan. Result ujian darah yng lepas (15/1/2014) adalah untuk tgk progress cyst tu samaada aktif ataupun tidak...alhamdulillah...Dr cakap ujian darah tu normal...so cyst tu taklah aktif sangat. Masih boleh di control.

Tak dapat jumpa Prof sebab Prof sibuk so jumpa Dr pakar lain. Dr buat scan lagi untuk tgk saiz cyst. Alhamdulillah..walaupun x banyak beza saiz dari yg lepas tapi dah kecut sikit. Period untuk 3 bulan selepas buat drainage tu pun x sakit. Hopefully sampai bila2 lah kan..still berdebar bila nak period..takut kalau guling2 lagi kan...Cuma period yg baru2 ni tercepat seminggu plak n ada ketul2 sikit sbb sebelum tu sakit perut sebab gastrik n angin kot....huhuhuh...tanya Dr....Dr cakap x ada masalah....okay jer....teruskan makan Visanne tu. 

So husband tanya Dr bila kami boleh proceed dengan next step untuk buat IVF. Dr cakap dalam 3-6 bulan lagi.....huhuhu...itu anggaran yg Dr bagi sampailah cyst tu dah clear...hopefully lagi awal dari tu dah settle dah. Kalau ikut husband biarlah settle semua dulu......harap2 lepas raya tu dah cantik sangat lah kan untuk proceed IVF. Sekarang pun tengah pantang apa2 yang patut. Tapi kadang2 tu terbabas gak terlanggar pantang.....yg pasti air lemon hari2 minum...

Sebelum appointment kt PPUM tu 19/2/2014 saya ada pergi satu kedai cina nie. Nama dia Kedai Ubat Ban Kar Hing @ Jalan Hujan Emas 4, OUG, KL. Tempat ni kawan saya yg cadangkan sebab kawan kepada kawan saya ni cyst dia dah kecut after a few month lepas amalkan makan ubat nie. So saya pun cubalah kan. Mula2 Dr tu akan check nadi...so dia cakap saya ni kurang darah (memang betullah tu), perut tak ok sangat. So dia suruh saya banyak exercise dan pantang beberapa makanan. Ayam, daging, nenas, durian, makanan dan minuman dalam tin @ kotak (contoh macam sardin dan lain2).

Then saya cakaplah tiub saya tersumbat so untuk pregnant memang dengan IVF ajerlah. Dia cakap ramai pesakit dia yang ada masalah macam saya dan Dr cakap tak boleh pregnant natural. Then dia bagi satu ubat yg untuk pregnant n pesakit tu pregnant natural. Tapi dia bagi saya ubat untuk cyst sahaja. Untuk tiub tu after cyst saya clear. Dia bagi saya ubat untuk kecutkan cyst untuk sebulan dulu. So saya cuba lah dulu dalam sebulan ni kan. Yang penting jaga makan, exercise, makan ubat, ikut cakap Dr, usaha dan DOA. Doa kan senjata umat Islam :).....

Ubat yang Dr bagi
Saya ni dah la suka makan durian. Saya tanya Dr cina tu kenapa x boleh makan durian. Dia cakap sebab durian sekarang dah banyak yg cucuk2 nie...huhuhuhu......takpelah..pejam mata jer tgk org lain makan kan. Banyak jugaklah makanan kegemaran saya yang terpaksalah saya kurangkan....terutama ayam n daging......janji sihat cepat n boleh cepat2 buat IVF kan......itu mmg target thn nie....

p/s: Sebenarnya saya selalu membayangkan saya dapat pregnant natural....huhuhuhu......tapi usaha tetap usaha walau apa cara sekalipun......apa org nak kata biarkan...lagi kita layan lagi kita stress kan....so cuba jadi sepositif yang mungkin.....:)

"Ya Allah, perkenanlah doa semua rakan2 TTCku untuk menikmati nikmat menjadi seorang ibu."