Pages

5 Nov 2013

PPUM : First Appointment


Semalam saya ke PPUM untuk first appointment. Sampai lambat sikit sebab ada hal ditambah pula jalan jem. Sepatutnya appointment pukul 9 tapi saya sampai dalam pukul 11. Hhuhuhuu.....

Sampai jer PPUM terus saya ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar dan dapatkan nombor giliran.

Dalam pukul 1 baru saya dapat jumpa Dr...huhuhuh......Saya tunjukkan semua report saya yang lepas yang saya buat di Hospital Serdang dan ceritakan history saya yang lepas. Memandangkan saya pun tak tahu saiz cyst saya yang sebenar so Dr decide nak scan saiz cyst saya. So Dr ckp saiz cyst saya dalam 3x4cm.  Tak perlu risau katanya sebab bawah 5cm dan tak perlu dibedah dan dia detect cuma ada satu jer cyst sebelah kiri. Alhamdulillah. Maknanya cyst saya yang ada sebelum ni memang dah mengecil hasil pemakanan supplement saya yang macam2 tu....hehehehehe....

Tapi Dr mintak jugak saya buat scan yang lain. Yang lebih detail so saya kena ambil tarikh untuk scan. Tarikh untuk scan 15/11/2013 (Jumaat) pukul 9.30 pagi. 2 minggu lepas scan pulak ada next appointment. So Dr bagi 3/12/2013 pukul 10 pagi. Hopefully hasil scan tu memuaskan nanti dan saya boleh proceed buat IVF seperti yang dirancang. Insya Allah. Doakan saya yer kawan2......:).

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan rezeki memihak kepada saya.