Pages

29 Nov 2012

Positif untuk ketenangan

Dalam keadaan sekarang ni, berfikiran positif adalah penting.....jangan terlalu berfikiran negatif..walaupun macam2 keputusan yang doktor bagitau.....jangan stress kan kepala tu sebab bila kita negatif apa pun tak boleh jadi...

Macam situasi TTC macam saya sekarang ni...apa2 pun yang orang cakap, kutuk, sinis dan sebagainya saya akan cuba untuk terus berfikiran positif...bergaul dengan orang yang sentiasa positif juga boleh membantu......lagi satu kalau boleh elakkan dari bergaul dengan orang yang sentiasa negatif ni sebab ia akan buat kita lebih stress.......

Contohnya, saya pun ada seorang kawan yang TTC juga seperti saya....bezanya dia dah 10 tahun TTC berbanding saya 3 tahun......bila ada jer org yang pregnant dia bagitau saya dan dia pun sentiasa berfikiran negatif...itu lah..ini lah....daripada saya ni rasa kepala tenang....lagi berserabut pulak...senang cerita elakkan diri..huhuhu..sebab saya tak suka fikiran negatif dia menguasai dan mengganggu saya.........

Saya percaya pada doa..walau apa pun yg doktor cakap..orang di luar sana cakap..walaupun saya sedikit tertekan..saya tetap percaya....dengan izin Allah..segalanya mungkin....dan dengan sebab itu jugalah..selain mencuba secara fizikal (jumpa doktor, makan vitamin macam2 dan sebagainya)...saya juga sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat...sebab saya percaya kepada kuasa doa itu......kerana sebelum ini saya pernah menghadapi dugaan yang hebat hinggakan saya hanya berserah sahaja dengan berdoa selepas habis usaha dah....alhamdulillah.....segalanya dipermudahkan........

Bila kita berfikiran positif, percayalah...kita akan menjadi lebih tenang....Insya allah...buat TTC semua..sama2lah kita positif satu hari nanti kita akan merasai nikmat yang tidka terhingga itu.....

p/s: Dugaan itu HEBAT, sehebat NIKMATNYA....

27 Nov 2012

Prosedur HSG @ Hospital Serdang

Seperti yang dijanjikan. Hari ni saya nak story sikit tentang prosedur HSG yang saya dah buat semalam. Malam sebelum tu saya memang dah tak lena tidur....pikir macam2..apa yang saya baca tu membuatkan saya takut sikit..ada yg cakap sakit..ada yang cakap tak sakit....huhuhu..tang yang sakit tu yg saya seram sikit. Appointment saya dalam pukul 10 pagi n saya sampai dalam pukul 9.30 pagi....En hubby sibuk mencari parking. parking kt sini mmg susah sikit..aduyaiiii......So dengan hati yang berdebar2 saya pun masuk daftar.......then saya disruruh tunggu sekejap...dalam 5 minit lepas tu nurse panggil nama saya...alamak...cepatnya panggil..hehehehe.......dah la takut ni.....dia nak interview dulu....tanya ada alergi ke tidak.......saya cakaplah..saya x ada alergi apa2 pun buat masa sekarang ni.....

Tak sampai 5 minit lepas interview tu nurse panggil nama masuk bilik xray....lagilah berdebar kan...muka cuak giler......dalam hati "alahai....kenapa cepat sangat panggil ni...."....mulut ni dari semalam memang tak lekang baca doa nabi yunus tuh.....

Nurse soh tukar baju untuk xray...sempat lagi tanya kat nurse tu ,...sakit tak?..nurse cakap tanya doktor..ehhehehe......prosidur dia macam pap smear jugak....kena kangkang kaki tu luas2....bila doktor masukkan alat dia tu....ermm....memang sakit jugak....susah nak gambarkan sakit dia......doktor pompuan...okaylah...

Pastu...ada problem lak...doktor cakap x nampak apa dalam skrin xray tu..alamak...apa plak ni.........rasa dah macam experimen dah ni.........pastu masuk plak 3 orang doktor lelaki nak tgk...maybe doktor pakar kot...alamak............malunyerrrrrr...tahan je la malu....

Adalah dalam sejam jugak dalam tu...godek sana godek sini...huhuhu...last2 doktor cakap dah...tapi tak dapat buat sebab sepatutnya akan dimasukkan tiub khas utk check tiub kita tu okay ke tidak....tapi disebabkan tiub tu dah habis stok ..diaorg guna besi...alat besi tu plak x boleh nak masuk n sakit...so....hasilnya....kena tunggu next cycle period untuk buat lagi sekali.......alamakkkkkkkk....kalau boleh tak nak tempuh dah HSG ni.....huhuhuhu.......yg dapat prosedur ni sakit jer lah...n ada bleeding sikit..nurse bagi pad.....

Bleeding ni sampai hari ni ada lagi...hopefully esok dah x ada bleeding lagi lah.....

So, saya kena tunggu next cycle period untuk buat HSG ..kalau tiub saya ok..doktor akan proceed dengan IUI...kalau tak ok....proceed dengan IVF...hopefully tiub saya ni oklah........harap2 sangat.......bila pikir2 macam2 betul dugaan.....tapi saya kena lalu jugak benda2 ni untuk baby....maybe rezeki saya payah sikit....tapi x apalah.....bersabar ajer lah kan...harap2 doakan saya berjaya lalui semua ni.....:)


23 Nov 2012

Ujian HSG minggu depan....takutnya!

Seperti yang dijadualkan......saya akan menjalani ujian HSG minggu depan (26hb November 2012)...perasaan?...macam2....takut dan sebagainyalah.....yelah....dari apa yang saya baca di forum2 dan blog..ada yang cakap sakit dan sebagainya......semua tu ikut penerimaan badan masing2........tahlah.....lagi dekat dengan tarikh tu lagi gerun plak rasanya.......macam2....tapi saya ada terbaca dalam satu blog elok diamalkan baca doa Nabi Yunus masa berada dalam perut ikan yu@paus:

lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin

Doa ni boleh dibacakan bagi mengurangkan kesakitan. Doa ni biasanya diamalkan bagi mereka yang nak melahirkan anak..supaya senang nak melahirkan..

Anyway...wish me luck minggu depan yer.....:)

Tertekan...sedih dan sewaktu dengannya

Bagi TTC ni perasaan sedih, tertekan dan sebagainya memang dah menjadi darah daging...chewaaahhh...huhuhuhu.......kenapa?....sebabnya sekarang ni ramai sangat artis yang berlumba2 nak umumkan kehamilan masing2...siap letak pregnancy test lagi.....nak2 yang baru berkahwin 16 hari tuh...si DD dan Farid Kamil..hehehe..anyway....happy for both of them...cuma ada rasa sedih sikit bila dengar citer2 org pregnant ni......terfikir...bila lah masa saya nak tiba ni.....tapi cuba jugak tenangkan hati ni....Insya allah.....

Kadang2 tu terfikir gak tak nak buka FB dah dengan baca gosip2 artis yang mengandung ni....maklumlah...sedih rasa hati ni...hiba jer.....walaupun diaorg ni tak salah pun..hehehehe..sajer je nak sedih2 kan.......itu belum bab2 tgk kwn2 kat ofis lagi yang sorang2 buncit pastu bercerita pasal anak masing2....huhuhu..dugaan sungguh.....tak habis kat ofis...kt kampung plak mengadap saudara mara ni....macam tak ada soalan lain nak tanya.......dah nampak perut tu tak buncit2 tak payahlah menambahkan sakit hati bila bertanya tu kan...dah nampak berdua tak payahlah tanya " berdua ker?"....tolong jaga sensitiviti orang lain....huhuhuhu.......Bertanya tu sebenarnya bukannya nak simpati dengan kita tapi dengan nada sinis...HINA sangat ke kami golongan TTC ni...kami tak mintak pun.......kami pun berusaha macam orang lain...cuma rezeki tak menyebelahi kami......rezeki itu hak Allah....kami hanya mampu berdoa...

Tapi bila di fikir2kan.....ada hikmah disebaliknya.....bila tuhan turunkan dugaan macam yang TTC sedang lalui ni, terasa diri ni masih banyak yang perlu dipelajari dan mendekatkan diri kepadaNya.....berdoa dan terus berdoa kerana itulah senjata kita orang Islam. Yang itu tak perlu dipertikaikan.....

Teringat saya kata2 kawan saya yang hampir 4 tahun berkahwin baru dikurniakan anak...."Aku nak merancang pun tapi tuhan tu tahu bila Dia rasa kita betul2 dah bersedia untuk menjadi ibu"..

Mungkin ada hikmah lain di sebalik ujian yang tuhan turunkan pada aku ni dan TTC semua....cuma kita yang tak nampak....cuma jangan sesekali pandang hina pada kami.....:)

p/s: kalaulah saya diberikan nikmat untuk mengandung dan menimang cahayamata, Insya allah saya tak nak melukakan hati orang lain dengan soalan2 yang menyentuh perasaan......sebab saya sendiri dah melalui perkara tersebut....Ya allah.....berilah aku nikmat itu ya allah......nikmat yang didambakan oelh semua wanita di dunia ini..lambat atau cepat itu adalah dengan kehendakMu......berilah aku kekuatan untuk menghadapinya...



16 Nov 2012

Rawatan seterusnya di Hospital Serdang

Lama pula rasanya tak menulis di blog ni. Bersawang dah rasanya....Okaylah sebelum ni saya ada tulis tentang rawatan yang saya dah lalui di Hospital Serdang dan antara usaha-usaha saya untuk mengecutkan cyst selain mencuba dan terus mencuba untuk pregnant.

Sebenarnya sebelum ni saya dah dijadualkan untuk menjalani laparoscopy pada 31 Oktober 2012 tetapi telah ditangguhkan sehingga 16 November 2012. Maknanya pada hari saya menulis entri ni saya sepatutnya dah menjalani prosedur laparoscopy ni. Ehh..kenapa saya masih berblog lagi nih...huhuhu...

Jawapannya ialah...sebab tak jadi lah...hhehehe.....masa second appointment hari tu.....doktor ada syorkan untuk buat operation. Bukannya laparoscopy. Sebab saya ada history cyst dan doktor nak bukak (bahasa doktor la kot) untuk senang nak kenalpasti. Masa tu doktor ada terangkan implikasi pada operation tu dan membuatkan saya dan husband gerun sikit sbb kalau boleh saya tak nak lalui lagi operation macam 4 tahun lepas...nak elakkan.....so doktor bagi option..nak teruskan boleh tak nak pun boleh..dia x nak paksa...so kami decided untuk tidak teruskan.....so my husband tanya doktor boleh tak untuk kami teruskan dengan IUI. Doktor kalau boleh nak kami selesaikan masalah cyct ni dulu sebab kalau condition rahim tidak bagus mungkin susah untuk baby lekat dan sebagainya....tapi dia juga tidak menolak kemungkinan kalau dah rezeki dari Allah nak bagi..bila2 masa Dia boleh bagi pada kita..asalkan kita berusaha...

Memang betul kita perlukan pandangan doktor dan tak salah kalau kita nak usaha cara lain kan. Saya kalau boleh tak nak lagi melalui proses operation yang menyakitkan tu. Selain ke berMC selama 2 bulan dan perlu disuntik ubat hentikan period untuk 6 bulan, cukup2lah pengalaman lepas. Saya sentiasa berfikir +ve selagi kita berdoa dan berusaha..InsyaAllah ada jalan untuk kita

Doktor bagitau pada kami husband n wife dia boleh proceed dengan IUI kalau kami nak cuba. Mana tau ada rezeki..itu semua kerja Allah.....So...untuk next cycle bila firt period saya kena call hospital untuk dapatkan tarikh HSG.



HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir ke dalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG ni biasanya dibuat pada hari ke-10 period tapi saya dapat tarikh hari ke-13. Maybe ramai yang buat appointment. Bila dah buat HSG dan confirm yang tiub ok barulah boleh proceed dengan IUI. Harap2 ujian HSG saya adalah normal dan baik. Mungkin ini jalan yang perlu saya lalui untuk mendapatkan zuriat. :)

Nanti saya update cerita next appointment saya ok.

p/s: Saya masih mengamalkan minum jus kumango dan pengambilan vitamin Shaklee (GLA Complex) bagi penyelesaian masalah cysts saya ni. Mudah2han.....berhasil.